Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

16 January 2013

Holiday Kota Kinabalu : Part 1

Cak! Mood berblogging ke laut lepas cincin kawen ilang... sob sob. Takpe..tabahkan ati. Kenangan ni kenangan.

Seploh hari yang lepas kitorang sefamily pergi Kota Kinabalu, Sabah.. Actually Incik Daus ade keje kat sana. So alang2 dia angkut skali aku and Aqeel, boleh gak holiday memandangkan cuti hujung tahun hr tu lebih banyak bedengkur drpd bejalan kan.  

At KLIA


Flight on 5th January 2013 malam..Kitorang naik MAS. Kitorang pilih MAS sebab lepas kira-kira balik harga lebih kurang je kalau naik AA pon, tambah tu tambah ni nak sama dah harga. Kate beli last minute kan. Pastu baru la beralun2 la wallet ditiup angin sebab dah ringan. Kahkah. Kitorang stay 4 malam kat KK.

Kat KK kitorang banyak habiskan masa makan seafood je. Hari kedua kat KK tu, Incik Daus dah sewa siap2 dah kereta, ingat nak pergi Kundasang. Katanya kat situ sejuk and cantik, boleh nampak gunung Kinabalu and also ada dairy farm yang lawa ala2 kat New Zealand gitu.

Tapi masa sewa kereta tu, orang yang hantar tu tanya, nak pergi Kundasang ke? Incik Daus kata aah la kan. Sekali penyewa tu kata, cuaca sekarang tak menentu kalau nak pergi Kundasang. Pikir2 balik, ye jugak kan. Dengan bawak budak tonet Aqeel ni lagi. Dah la sejuk kan. Kensel la. Jalan dahla taktau macam mana gaya kan. Kalau ikutkan kereta yang kitorang sewa ok je, Saga FLX yang baru tu, so kalau jalan liku2 ke kaki gurung tu insyaAllah ok je. Tapi takpela dah kensel. Mari menggemokkan badan sahaja la.

Tempat penginapan: Horizon Hotel, Kota Kinabalu

Selalunya kalau Incik Daus outstation ke KK, dia akan duduk di Hotel Le Meridien. Tapi kali ni, dia suruh aku cari sendiri hotel yang ok. Incik Daus kata Le Meridien ni ok dah tapi terpulang pada aku la. Kot aku rajin carik yang lebih best kan.

Search punya search, berpandukan trip advisor and baca review2 hotel Horizon ni, ramai yang bagi 4 stars kan. Ramai kata hotel cantik selesa, bersih semua la.

So aku kata confirm nak Horizon Hotel. Kitorang book 5 hari sebelum pergi. Incik Daus booked for Deluxe room. Sea view katanya. Kitorang dapat tingkat 11. Hotel ni 12 tingkat. Tingkat 12 to ade ballroom semua tu. 

So bilik cantik and view memang cantik la. Cuma sucks sikit, bebetul depan laut ada satu building yang menghalang sea view kitorang. Building tu under construction. Ceis! So laut tu kira belah kiri and kanan la. Kalau tengok straight nampak bangunan. Double ceis! Cumanya satu je slack sikit, polisi hotel ni kunci bilik boleh dapat satu je. Tak boleh mintak dua. Leceh gakla kalau sorang ke lain sorang ke lain kan. Maybe for safety reason la kan.

But anways..we enjoyed the stay there.

Bangunan kiri sekali tu la kaco sket..tapi lawa je pon viewnye.



Gambar suasana dalam bilik aku lupa nak ambik masa baru sampai. Tak gamak nak ambik gambar lepas dah duduk. Hahaha pempahamla sepah camne. Ni aku tepek dari Horizon Hotel nye official website. Bilik cantik although agak kecik la. Solat pun depan bath tub. Jamban dalam toilet la. Bath tub je kat luar ni. Lomentik la kan. Kuikuikui.




Gayang Seafood Restaurant

Restoran ni kakak ipar aku yang suggest masa sebelum kitorang pegi tu. Pastu aku google2, tunjuk gambar restoran ni kat Incik Daus. Dia pon kata pernah pegi restoran tu. Jadi alang2 kereta dah sewa. Mari lenjan. Guna GPS kat handphone je. Waze nama application tu. Bagus, tak sesat pon. Cuma dia biol hari tu tak keluar suara.

Restoran besar gila and view pon not bad. Price wise aku tak tau la mahal ke murah. Siput apa tah setengah kilo, sotong setengah kilo, udang setengah kilo, telur dadar, nasi dua. Air teh o ais, apple juice and teh o panas, total semua RM90. Aku rasa cam ok, tak mahal sangat kot. Udang banyak gilers sampai dah bawak balik buat makan esok pon still tak habis lagi.



 View daripada restoran.

 Sotong goreng tepung. Macam biasa, seafood restaurant mmg pakar goreng sotong kan. Sedap.

 Creamy butter prawn, saja pilih yang masakan style basah. Biasa kan makan butter prawn masak style dry2, yang ada telur2 halus kan. Sedap gak yang creamy ni.


 Haaa...ini apa ke nama aku taktau. Memula aku cam ngeri nak makan. Biasa la aku nak try benda2 baru ni memang peghak sket. Tengok Incik Daus sikit punya sedap je santap, lepas satu, satu, lepas satu satu..mana bole jadi. 

Aku pon bedal la sekali. Sedap weh. Tapi hujung isi siput ni ada cam cangkuk tajam. Takleh makan la yang tu. Macam biasa siput sedut kan ujung dia ada yang macam plastik tu kan. Ha siput ni dia ada macam cangkuk tajam. Lupa nak ambik gambar isi dia. 

Sambal tu pedas gilo aih. Habis 2 gelas air aku bedal. Calit kat sambalnye sikit je. Pedasnye meletop2. Tapi sedaplaaaaa..aku suke. Apsal menatang ni tak jual kat pasar seksyen 6 ni aaa?

Eh..nantila sambung. Nak mandikan Aqeel...tatatatatatata.

~Wanie~

4 comments:

  1. woih cantik gile bilik eh nihhhh..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawa beb, modern tapi tak bape besor laa..tapi janji boleh berdengkor dengan selese kan hehehe

      Delete
  2. wah bestnya tak pernah sampai KK lg. haha tu mcm siput babi tak? hahah. org kata seafood kat sabah murah yeke?

    btw follow sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks cha..

      Haha nmpak macam siput babi tapi bukan..uuwaaaa tak sanggup..haha bukan2, ni siput dalam air punye hehe. Murah seafood kat sini, fresh2 lagi.tunjuk je mana nak.bayangkan kerapu siap masak rm12 je..murah kan kan :)

      Delete