Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

24 January 2013

Penyakit

Lately ni terbaca banyak jugak blog2 yang cakap pasal masalah sosial dunia maya ni contoh hari ni ada reader kak Di green apple email bertanya kenapa manusia suka dengki mendengki katenya walaupon dkt blog.

Sifat, sikap ni semua terletak pada diri sendiri. Diri kite menentukan samada ko nak ikhlaskan hati redha dengan rezeki orang yang nampak macam lebih di mata ko, atau ko nak redha dan bersyukur dengan rezeki ko sendiri.

Puncanya masalah sosial ni, ramai terpengaruh dengan apa yang digembar gemburkan dalam blog, fb, instagram. Tengok life orang best2, terasa diri ni hina je. Maklumla tak dapat pakai beg riban2 macam org, tak dapat bercoti obersi macam orang, tak dapat makan tempat best2 mcm orang. Yang benarnye orang pon takmo menghebahkan yang tak best2 dalam life diorang.

Tambah2 hal rumah tangga, takkan la org nak canang satu dunia kot yg sebenarnye nak dapat beg riban2 terpaksa amok2 bertempik meraban kat laki sbb laki tak bagi beli sbb membazir. Haha. Ado ko pikir?

Takdenye life org ni perfect. Dalam gambar, dlm ig, dlm fb mmg la letak yg best2 je. Kang ada yg begadoh laki bini kat fb, dah org pung pang kata tak snonoh plk hal rumah tangga pon nak cite kat dunia sosial. Sbb kesedaran mcm tula org takmo dedah2 kan masalah negara kat fb, blog sume ni.

Jangan rasa rendah diri sebab apa yg orang lain tunjuk tu nmpak best je di mata ko. Ni pesanan utk aku jgk. Bersyukur je dengan rezeki masing2 sbb hidup mmg up and down begitu.

Contoh macam aku la, seronok dua ronok bercoti2 KK, balik KK dah takde ronok sebab cincin kahwin ilang. Jadi fair kan. Aku dah rasa sronok, aku dah rasa takde ronok.

Ini tak..orang beli kete besar, ko nak paksa2 laki ko beli kete besar jgk. Laki takmo beli, sanggup keluar savings sendiri. Orang dah bole beli rumah teres setingkat, kelam kabut ko nak beli rumah 3 tingkat, biar up lagi. Kalau bole nak yang lebihhh jela. Ini bukan masalah orang melayu, ini masalah manusia.

Lebih baik teruskan hidup seperti biasa. Sampai masa ko memerlukan kete besar, anak dah 18 orang, ada rezeki, belila ko. Sampai masa, ada rezeki lebih, belila rumah besor mana pon ko nak.

In the mean time, ucapkanla syukur, Alhamdulillah, ada rezeki, InsyaAllah.


posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. knp i suka entry ni eh? muahahah.

    betul tu i selalu ingatkan diri i ukur baju di badan sendiri. buat apa nak tunjuk kt org life kita ni cmni cmni pdhal cite belakangnya lain plak. i selalu ckp dgn husband dia untung dpt i sebab i bukan jenis nk brg2 branded handbag riban riban ke apa no no no hehe

    alhamdulillah walaupun kami tak kaya kami bahagia cewaah :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol btol btol..ukur baju d badan sndri kan, bukannya lagi nak dengki org sana sini tol tak..

      Hahaha sama la i, segan nak mntak kat asben pape walopon asben sndri..kalo belikan syukur, time kaceh..kalo tak beli pon takpe. Sbb tu sume kehendak kan. Kalo keperluan yelah wajib disediakan.

      Yes uu..Tepat skali, yg penting bahagiaaa. Kaya tak semestinye bahagia kan kan ;)

      Delete
  2. haa..nak komen kat sini. kedasaran semua tu..kedasaran

    ReplyDelete