Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

27 April 2012

Pengalaman bersalin tak diduga 2

Bersambung dari episod lepas...

Doktor kate...

"Awk kene caesar ye."

Aku tanye bile?

"Sekarang ni, sebab baby dah makin lemah."

Aku terdiam. 

Dalam hati aku ada jeritan batin la, aku belum bersediaaaa. Macam mana dengan baby aku.. lahir premature. Ya Allah..tak sangka aku macam ni yang aku kena lalui padahal checkup semua normal. Tapi kuasa Allah kan. Kalau lagi lambat bersalin mungkin complication lain ke kite taktau. Wallahualam. Yang pasti aku yakin aturan Allah tu yang terbaik untuk hambaNya. Aku redha la, dah kene caesar, caesar la kan. Apa lagi aku boleh buat. Aku tak terfikir lagi untuk second opinion ke apa sebab memang aku rasa sendiri kejap2 perut aku mengeras, kejap2 perut aku mengeras cuma Alhamdulillah aku takde rasa sakit apa pun. Allah jugaklah yang mengaturkan. Sampai hospital kul 9 lebih ke 10 lebih tak ingat. Tak sampai bape minit dah bagitau kene operate. Agak2 camno la emosi orang. Tadi hospital first kate nak monitor dulu. Aku cam lega la kan. Ni dah kene operate lak, Dr pulak kate baby makin lemah. Oh ye, masa ni jugak masa Dr check air kencing, tetibe gula tinggi, and check blood pressure pon tinggi. Memang dah timing nak bersalin la tu..

Sakit masuk tiub untuk kencing tu yang Ya Allah...sakitnye. Haih..aku menangis-nangis la masa tu kesakitan. Tu belum lagi sakit contraction yang orang cakap sakit paling sakit di dunia kan. Masa nurses tolak aku nak ke operating theater (OT), aku sempat jumpa hubby sekejap and sayu sangat aku rasa. Macam terlalu cepat semua benda ni terjadi. Tak sempat aku nak bermaaf-maafan sangat ke apa. Sempat salam minta maaf sekejap dengan hubby masa atas katil nak ke OT tu je. Sayu pilu sangat masa tu sebab aku rasa kalaula aku ni ditakdirkan jadi pape masa tu, aku doa sangat mudah2an baby selamat and hubby maafkanla semua dosa2 aku yang banyak tu. Almaklumla, aku ni hanyelah insan biasa, time pregnant emonye rasa nak tampor. Hahaha.

Dalam OT, nangis tak abis lagi ni pasal sakit kene sumbat ngan tiub air kencing kat bawah tu kan. Sampaila time pakar bius inject bius kat tulang belakang aku barulah haih legaa...dah tak rasa apa la yang disumbat kat bawah tu. Baru benti nangis. Pastu baringla kan dah nak kene operate. Oh ye aku sedar lagi masa tu sebab bius separuh badan. Dr pun start potong lapisan pertama perut aku. Dia tanya ada rasa sakit tak, kalau sakit dia kena bius satu badan. Aku pulak masa Dr tengah potong perut tu dok, 

"Auww...auww. Auwww..Ada rasa ngilu-ngilu sikit".

Boleh lak aku auw auw aje. So Dr kate, ni kene bius satu badan ni sebab awak rasa sakit. Dia bagi pakai mask apa tah suh kire 1 sampai 10 ke 10 sampai 1 ke ntah tak ingat dah tau-tau aku dah pengsan. Sedar-sedar Dr panggil aku. Aku blur-blur masa jaga tu tengok keliling bilik ape yang besor bebenor ni. Pastu baru betul-betul sedar and tanya mana anak aku. Tah apa Dr tu cakap pun aku tak sedar jugak. Haha. Pastu tau-tau masa kene tolak keluar OT jumpe la Mohamad Aqeel Darwish Bin Mohamad Firdaus kesayangan mama. Ala teciknye kamu...2.2kg je. Maknye yang besor lemari. Naik ke ward, tetibe Aqeel kena bawak gi NICU sebab kurang gula dalam badan. Esok paginya diorang hantar Aqeel kat aku balik untuk disusukan dan dijaga oleh mama nye...

First time jumpa Aqeel? Hmm...the feeling was so surreal. Macam mimpi. Aku dah besalin? Dah ada anak? Kena jaga manusia? Aku pun ala2 tak matured lagi dah kena jaga anak? Boleh ke aku, mampu ke aku? Macam2 feelings la masa tu sebab emosi aku terganggu kan sebab penat, sakit sume, tetibe kene operate pulak kan. Lepas operate letihnye ya Allah. Bukan letih biasa tau, aku tak tau nak kata camna. Ni letih fizikal mental semua. Selalu nangis kepenatan dan kesakitan sampai kene marah sebab takut meroyan ke apa ke kan. Tidur memang dah tak cukup la dah ada anak kan, itu memang expected la dah ada baby. Operate perut kan sakit. Nak bagi susu tu memang terasa ngilu la kat perut. Tapi kalau nak cepat baik, kena berjalan jugak supaya perjalanan darah lancar. So pagi tu aku try berjalan ke toilet untuk buang air. Dr kate baguih baguih sebab dah mula berjalan.

Sayang kepada anak tu kian bertambah dari hari ke sehari. Dengan sendirinye kita rasa kasih sayang and tanggungjawab tu bersatu and dah sebati dalam diri. Kita dah tak rasa penat dah tak cukup tidur ke kena berjaga ke apa semuanya demi anak. Nanti keluar la pertanyaan, tido? Apa tu tido? Yang selalu tengok dalam tv tu ke? Hahaha.

Tu lah pengalaman bersalin aku...Bila ingat balik, bebetulla tanpa diduga, check pregnancy bulanan takde problem apa, semuanya normal cuma overweight je, naik sampai lebih 20kg ko. Makan batu ke ape. Tu lah namanya manusia. Kita hanya merancang, Allah jualah yang menentukan. Ada yang check pregnancy problem itulah inilah tapi lahir Alhamdulillah semuanya normal kan. Tahla Aqeel lahir awal sebab aku selalu travel ke? Sebab aku pernah jatuh ke? Sebab berat aku naik melampau-lampau ke? Wallahualam. Yang penting mama doakan Aqeel sihat, cerdik, bijak, jadi anak soleh, anak yang patuh dan yang penting taat pada perintah Allah ye nak ye...

Aqeel lahir pada 13 November 2010 jam 12.08am dengan berat 2.2kg..Ni bebetul gambar masa Aqeel baruuu je lahir betul-betul lepas dibersihkan.

So tatatititutu...

Eh pesanan penaja, suami-suami, kalau isteri tu emo sangat ke time dia pregnant, harap bersabar jela eh. Orang pregnant ni memang macam tu, macam-macam sakit ada. Kalau jadi cam kes aku ni, camno? Tau-tau bini dah kena operate, tak sempat nak tatap muke isteri puas-puas. Yang isteri pun tak sempat nak bermaaf-maafan kluar ayaq mata lama-lama. Sempat sat ja. Jadi kalau boleh control emosi, dua-dua pon try jela yeeeerrkkk...

~Wanie~

26 April 2012

Pengalaman bersalin tak diduga 1

Aku rasa aku tak pernah share pengalaman aku bersalinkan Aqeel kat mane-mane..Kalau ada pun just secara gitu-gitu je takde la detail.

Alhamdulillah, rezeki dapat anak Allah bagi awal. Aku kahwin bulan 2, bulan 4 camtula aku rasa aku buat pregnancy test and terus turned out +ve. Kirenye aku beli test kit murah kat Watson tu accurate jugak. Haha takde pon gune brand Clear Blue yang glamour tu. Sepanjang pregnant Alhamdulillah chekcup ok je, cuma dalam buku checkup tu, yang selalu merah adalah weight aku. Asik naik dengan melampau-lampau. Mana taknya aku melantak makan macamkan beras tu diramal pupus doplohpat jam kemudian. Sekarang hambik la ubatnye, takleh nak turun-turun dah berat aku nih. Masa pregnant tu aku duk Melaka sebab hubby keje sana kan.

Rutin hidup macam wanita pregnant yang biasa laaa..sampai masa checkup, pergila jadi pak pacak kat Klinik Kesihatan (sile buat buku merah, sangat penting!). Sepanjang checkup Alhamdulillah, tak pernah la ada detect problem diabetes ke hypertension ke anemia ke walaupon berat over, Alhamdulillah.. Cuma aku pernah jatuh terduduk sekali atas jalan tar. Terkoyak lutut ngan buku lali, kene cuci luka sakit gile oi. Oh ye, aku jugak selalu gile travel Melaka-Shah Alam-Melaka. Biasanya jumaat hubby abes keje, kitorang pun berangkat balik Shah Alam, pastu ahad pulak, berangkat balik Melaka. Boleh kata tiap-tiap minggu rutin travel Melaka-Shah Alam ni aku lalui. Nurse KK memang pernah bagitau aku,

 "Awak kerap sangat travel ni boleh menggalakkan kelahiran bayi awal dari tarikh jangkaan tau".

Aku masa tu angguk jela. Travel tetap la travel. Sampai la masuk bulan yang ke 8...Masuk 8 bulan setengah dah pregnant, ada few nights aku rasa restless sangat, sampai tak boleh tidur. Pusing kiri-kanan-melunjur-meniarap-terlangkup sume tak jalan. Sampaila ada satu malam tu, masa buang air kecik, aku prasan ada keluar lendir coklat2. Aku macam pelik, tapi aku wat taktau je sebab aku takde rasa bende pelik2 apa. Baby pun kicking macam biasa. Lendir coklat ni kuar berturut-turut 3 hari. Asal check je ada, check je ada. Aku buat research kat internet, search under brown discharge, ada yang kata its just old blood, nothing to be worried about, normal sume..tapi most articles yang aku jumpa commenting on brown discharge at early pregnancy takdela pulak at the third trimester pregnancy. Maybe aku tak betul-betul search kot. Aku still cool lagi sebab aku tak expect anything serious daripada lendir tu. Aku just mintak hubby tanyakan kat auntie dia pasal condition aku ni, tanye orang dah berpengalaman lagi bagus kan. Sekali auntie hubby kata, 

"Eh tu tande orang nak bersalin tu, bawak Wani pergi klinik check cepat."

Still aku tak panic lagi sebab confident je aku kan brown discharge tu takde pape. Hubby bawak pergi klinik kat area Melaka jugak, lupa la nama klinik, sekali Dr tu trus check bukaan tau. Dia kata bukaan dah 1.5cm. Tak melompat aku kat situ. Confident takde pape konon. Trus aku risau giler2. Aku tanye Dr, sempat tak saye nak balik S.A untuk bersalin. Dr kata insyaAllah sempat. Dr bagi referral letter la dah aku kata nak jugak balik S.A kan. Aku bergegas balik rumah, kemas jela apa yang patut, barang baby sume trus bedesup balik S.A, tapi bukan balik rumah tau. Aku terus gi Pusat Bersalin UMRA. Sampai UMRA tu dah malam.

Sampai kat UMRA, aku admitted overnight. Esoknye Dr pun check, nama Dr memang takde sorang pun aku ingat. Kepala dah ke awangan. Dalam kepala aku dah serabut, betul ke kene bersalin betul ke betul ke betul ke. Sebab tak ready kan campur risau keadaan baby sebab belum cukup bulan. Serabut gile masa tu. Dr check2 sekali Dr cakap, air ketuban aku kurang. Adoih. Dah gitu pulak. So Dr kata, saya akan tulis referral letter ke hospital kerajaan sebab kat sana cukup alat untuk handle premature baby. Kebanyakan serious cases direfer terus pade hospital kerajaan, sebab tu penting buku merah   (buku rekod sepanjang mengandung). Terus discharge UMRA and bergegas ke gomen. Letih jangan cakapla, dengan tido tak lena risau punye pasal, few nights sebelum tu dahla tak dapat tidur kan. Dari Melaka ke S.A, dah nak kene gi hospital gomen lak.

Sampai ke hospital gomen, aku pun menunggu dan terus menunggu. Adoilaaa..lama gila menunggu. Tak tahan aku. Dahla letih kan. Duduk kat kerusi pun dah tak betah aku sebab pinggang dah sakit. Menangis aku kat situ. Pastu sampai turn aku, Dr pun check and confirmed, memang air ketuban aku kurang. Memula Dr kata, aku akan diinduce (bersalin paksa) hari tu jugak. But tetibe dia kata, kejap saya discuss with my colleagues, so dia datang balik kat aku and cakap tak payah induce malam ni, monitor dulu. Kene admit la kan. Aku kena menunggu lagi untuk bed pulak, sampai membawak ke malam, aku terus request untuk tukar hospital sebab dah tak tertanggung letih aku ni. Nama pun pregnant kan, berdouble2 aku punya letih. Memang emosi gila la, aku request jugak nak tukar hospital. Hospital ni ok je cuma ramai gile umat and kes2 serious la yang diberi priority kan.

Hospital tu memang boleh handle kes macam aku ni, cuma nya orang ramai gile and aku yang dah tak tahan menunggu. Ada isu gak la time tu sebab aku mintak tukar hospital lain, seolah-olah hospital ni takleh handle kes aku. Aku cakap bukan camtu, tapi sebab orang terlalu ramai, and aku ni dari Melaka, admitted one day at private in S.A and now here I have to wait for how many hours more? I'm tired and I couldn't stand it. Please arrange my request to transfer to other hospital. So diorang pon agree la dah aku berkeras and aku kena sign la travel at my own risk la apa kan. So aku request untuk pindah ke hospital kedua ni. Sampai sana pergi kat emergency la sebab dah malam 9 lebih ke 10 lebih malam kot masa tu, bagi buku merah and referral letter. So, kat hospital 2 ni, Dr check la kan. Tetibe masa nurse letak tahla apa nama kat perut aku tu untuk check contraction, nurse tu kata dah ada contraction. Dia tanya aku ada sakit tak? Aku kata takde..Nurse tanya aku, rasa ngilu2 sikit pun takde ke sebab contraction dah kerap ni? Aku kata takde..memang takde, aku just rasa memang perut mengeras, jap-jap mengeras but takde rasa sakit langsung masa tu. Nurse pun keluar pi jumpa Dr... Tetibe Dr masuk and jumpa aku, dia cakap, 

"Awk kene caesar ye."

Aku tanye bile?

"Sekarang ni, sebab baby dah makin lemah."

Aku terdiam. 


Akan bersambung sebab aku dah penat menaip hehehe...


~Wanie~

25 April 2012

Bean bag untuk bersantai di depan tv

Living hall aku kan takde apa-apa lagi. Kosong je selain dining table. *Nyanyi lagu Kosong by Najwa Latif*. Browse punye browse deco yang bersesuaian untuk hall aku lantas terjumpe link ini, Bean Bag Malaysia. Wah sungguh menarik tertarik kau memang da bomb. Banyak jenis rupenye bean bag ni. And aku tengok harga bean bags2 kat website ni tak mahal sangat. Kire masih kategori affordable la kan. Aku berminat sangat dengan bean bag Sultan and also bean bag Flower. Comel sangatttt aku rasa yang flower tu. Yang sultan tu sebab dia besar, sesuai untuk aku menghempaskan vuntuit atas dia. Kikikiki. Aku rasa bean bag ni satu aksesori untuk mendeco rumah jugak sebab ada pilihan warna yang vibrant and also design dia simple, tak menyerabutkan rumah tapi practical.


Yang atas ni bean bag Sultan. Amacam? Mesti terasa nak simpan sebijik kat umah tol tak? Kan? Kan? Harga dia RM360 cash and carry. Mahal sikit berbanding yang lain sebab dia besor. Size L. Tengok gambar pon dah bole membayangkan keempukannye kan? Kalau including delivery Semenanjung, RM440.

Yang warne hijau ni bean bag Flower. Chomelll sangat aku rasa. Letak sebijik pun dah menaikkan seri ruang kosong kan sebab design dia polka dot2 and warna pulak hijau. Unik lak design dia tu. Ish..bikin hati gewam je. Harga dia RM230 cash and carry, RM269 including delivery to Semenanjung. 

Ada jugak yang lain-lain, semuanya ada uniqueness sendiri, depends on minat masing-masing la kan. Antaranyer...

RM199 cash and carry, RM230 including delivery to Semenanjung

RM160

Sile-sile la melawat ke website mereka untuk design-design yang lain yerk...


Tataaaa...

~Wanie~

22 April 2012

Aqeel oh Aqeel...

Dah setahun 5 bulan dah umur anak mama..macam-macam ragam ye anak mama...

Hari-hari bangun pagi Aqeel suke tengok book dulu. Aqeel nak tengok gambar cat sambil gamit2 cat and buat cat sound "nyanyau nyau..", gambar dog sambil "wu wu ghauu..ghauu.." *tetibe bunyi dog tecampur dgn bunyi tiger*, gambar fish yang Aqeel sebut "ish, ish", macam2 binatang lagila mama teach Aqeel kan. Tetibe hari ni tah ape penyakit mama, mama terajar "Ni warthog, babi hutan Qil.." naseb baik papa Aqeel nyampuk, "mama Aqeel ni macam dah takde binatang lain nak ajar". Maafla nak, mama terlanjur perkataan, mama hanyut dibuai gambar warthog sebesar2 muke surat tu. Hihihi.

Aqeel sihat ye nak ye..sian Aqeel semalam letih sangat malam2 nangis je..mane taknye dari pagi sampai ke petang kamu lari non stop. Walaupon mama penat kejar kamu, tapi nape suar mama smakin ketat? Oh ye, mama kejar kamu 5 minit, 30 minit pulak mama berenti mentekedarah. Haha jadi kamu bila dah besar n pandai cakap esok2, kalau tengok gambar mama mok-mok, kamu jgn brani sebut2 tau, mama tabab nanti. Apa? Mama kejam? Bukanlah, mama cuma mengaplikasikan kuasa veto mama je. Hihihi.

Semalam kite pergi Singapore tau, ada majlis cukur jambul cousin kamu, Nabil Deniz. Tembam tau Nabil, geram mama. Tapi kan Aqeel, mama terkial2 skit nak pegang Nabil sebab dah lama tak pegang baby kan. Ish kene practice ni kot2 sok2 kamu kata nak kawan ke ape ;P

Eh susahla menaip gune tipon ni, jap-jap nak type Aqeel jadi Aqwwl, jadi jadi jado, tabab jadi yabab. Nanti2 mama sambung lg ye syg. Mama lov lov u la Aqeel. So so much.

posted from Bloggeroid

19 April 2012

Proses mengecat bilik *Updated*

Yeah finally siap jugak mengecat master bedroom. Nak save budget kan, kitorang husband n wife cat sendiri je. Punyela lama ambik masa nak siapkan, sampai seminggu lebih. Padahal cat satu bilik je. Ni la jadi nye bila cat setengah jam, lepak sembang minum 2 jam. Pastu tup-tup dah malam, mari sambung mengecat tulat.

Kan hari tu aku dah berkire-kire nak cat bilik aku either purple or tiffany blue kan. Discuss punye discuss, kitorang pun agreed untuk pilih.......purple! Yeah..purple. Mari saksikannya..

 Soft purple for other walls in the room, the darker one for feature wall. *Deco bersame Eric 2012 sangat*

 Purple untuk feature wall tu takde la gelap sangat mcm dalam pic ni, ni camera phone camni la jadiknye.

 Me loike it mama.

 Aqeel and bibik Bitah. Nape wat mulut camtu Aqeel?

 Merasa la lain gambar lain purple. Kahkah.


 Very soft purple, dalam gambar ni nampak cam pink. No no no definitely not pink. Me hubby no likey2 pink.

Memule masa mengecat first layer rajin la pakai masking tape untuk bagi straight, dah masuk second layer, freehand sajork...

We used Nippon Paint Satin Glo Bouquet Orchid 3126 (Soft purple) and Nippon Paint Satin Glo Mt. Smokey 731 (for dark purple but this one not very sure. I'll check back the colour codes and update later ^__^)

 *Updated*

Confirm, cat yang aku gune for soft purple adalah Nippon Satin Glo Bouquet Orchid 3126 and Nippon Satin Glo Mt. Smokey 731 for dark purple.

Till then...toodles folks...

~Wanie~

18 April 2012

Tudung bawal 3 tone pulak

Aku dapat rasekan yang skarang ni tudung bawal dah kembali 'in'. Betul tak? Betulll...Aku tengok sekarang ni banyak dah online shops yang mula menjual bawal scarfs ni. Aku rasa tudung bawal memang tak lapuk dek zaman la oleh sebab ke'simple'an nyekan.. Tetambah skarang ni Datin Juma yang comey lotey ada pulak bukak online shop, Aidijuma. Masakan hantu tudung macam aku tak terjebak nak membeli-belah dekat online shop ini..kuikuikui.

Browse punye browse punye browse mate terpaku dekat perkataan ini ---> 3-tones. Wah menariks... skarang trend bawal bertone-tone pulak eh. Dulu satu tone tapi manik, sulam bermacam jenis. Sekarang ni kain tu sendiri jadi attraction. Tanpa di sedari aku terclick sana-click sini-click sinun end up dekat cimbclicks. Hohoho. Apo la nasib tak sedar diri aku ni. Duit kureng pun nak jugak beli. Penyakit addicted to the net aku ni kritikal. Aku click myresipi, dan-dan tu terliur nak makan trifle la, nasi goreng sardin la, apa sajalah peel aku nih. 

Tapiii..nasib baik sehelai RM15 je..hehehe jadi aku pun terbeli la 3 helai... Kaler-kaler pilihan aku adelah....



Ala tomey-tomey nye Datin Juma...nak sikit aura tomey pls pls pls.

Pastu skarang ni ada pulak bawal polkadot. Vah vah vah. Aku yang tak kiut pon bole nampak kiut pakai polkadot2 ni kot. Kakaka...



Tomey-tomey kan? Yang polkadot big harga RM32...Polkadot small RM31...Tapi yang ni nanti-nanti baru beli la...Pakai dulu yang 3 dah beli tu...So...

Tatatatatata...

~Wanie~

Puding trifle paling sedap di dunia, cecah juta-juta order

Haha tajuk entry aku sampah kan? Ye aku tau tapi aku tak kisah. Hahahaha. Hari ni aku buat trifle fruit cocktail. Tapi aku salah buat. Eh bukan salah buat, tapi salah susunan. Sepatutnya:

Lapisan bawah sekali : Kek gulung (Aku tukar dengan hirisan pisang *Chef sangat*)
Lapisan kedua dari bawah : Bancuhan custard
Lapisan ketiga dari bawah : Fruit cocktail
Lapisan atas sekali: Jeli stoberi

Aku salah, lapisan kedua and ketiga tu terbalik. Jadi akunyer trifle yang cecah juta-juta order ni nampak tak meriah mak ngah. Sekadar di pinggiran jeli je fruit cocktailnyer. Tu takpe, tadi bila dah beku jeli tu, aku pun mendapatkan suapan pertama trifle paling sedap di dunia. Erk...rasanya ok laaa (kot?)...haha matikla aku buat sebekas besar. Kalau tak laku di mulut orang2 lain dalam rumah ni, aku tak kecik ati. 

Jangan bila aku suap trifle aku ni Aqeel buat muke nak termuntah, mesti meleleh air mate mak ko ni. Sebab selama ni Aqeel makan je sume (yang dia boleh makan la, takdela aku sumbat asam pedas pari lak kat anak aku yang setahun 5 bulan tu), yang dia tolak tahu dengan kayu je. Ye anda tak salah baca, memang Aqeel tak suke tahu. Eh silap eja, tauhu. Ikut mama dia la apo lagi. Ni Aqeel tengah tido, dia bangun kang aku nak suap trifle paling sedap di dunia aku tu. Kalau Aqeel wat muka buek buek buek, memang aku kena bertafakur sejenak dan daftar masuk kelas masakan la. T__T

Trifle paling sedap di dunia. Hahaha.

 Sekadar di pinggiran fruit cocktail aku itu.


Kalau macam kat bawah ni barula cecah juta-juta order ye dak. Letak pulak whipped cream dengan fresh strawberries as toppings. Perghhh!



Resepi trifle ni boleh tengok kat link ni ok. Aku guna resepi ni la...
http://www.myresipi.com/top/detail/421. Simple and sedap! Nyummmeeehhhh


~Wanie~

17 April 2012

My dining table

At last dining table marble jugak jadi pilihan hati. Kunun berat kan, takmo beli, skali tido tak lena, mandi tak basah, makan memang tak penah kenyang2 sebab tu mok-mok haha..aku pun discuss2 dengan hubby, hubby pon agreed nak beli dining set ni sbb dia pon minat jugak black marble nih.. Dah 2 minggu jugak la meja ni dengan kitorang, yang aku dapat detect is meja ni takleh kasar-kasar sangat. Contoh kalo main campak je kunci kete kat atas meja ni nanti lapisan acrylic tu cepat calar. Kena invest beli cermin besar la pulak kan nak cover marble tu. Ceit, aku ingatkan malas tak payah nak beriye-iye jaga meja makan kan, kunun malas nak tukar-tukar plastic cover la bagai, sekali kena pakai cermin. Fadan muke aku. Unless aku sanggup menghadap calar-calar atas meja itam ni feeling-feeling design marble tu jugak. Kihkihkih. 

Lepas orang dah antar meja ni balik, tetibe hubby bersuare, "Bawah meja ni kena letak carpet ni, baru cantik". Aku macam arkk..why now, sapo plk nak mengangkat meja ni. Berat nak mampuih, aku pulak silap adjust masa orang hantar meja ni, aku tersilap suruh diorang letak meja ni agak ke tengah rumah sikit. Bila diorang dah balik, aku try nak alihkan dekat sikit dengan dinding, aku konon hulk kuat try la tolak meja ni, seinci pun tak gerak oii. Tapi takpela, lagipon not now la membeli-beli carpet bagai, we are officially broke now. Haha meja makan dah beli, bedroom set yang penting tak beli lagi, jadi mari tidur berjemaah atas tilam. T__T


And we have finally made our decision on our bedroom colour. A combination of dark and light. Here's a little sneak peek of the colour we chose.

Lalala~

Tatatatatatata...

~Wanie~

12 April 2012

My gate

Setelah 2 minggu menunggu, akhirnye jumaat lepas, siap jugak gate kitorang. 2 minggu jugakla rumah kitorang takde gate, duk ternganga je, memalam tah-tah ade dog datang tumpang menginap kat porch sebab kebelakangan ni, malam2 aku datang jenguk rumah dok nampak dog-dog liar bersuka ria beramah mesra sesama saudara dia kat kawasan tu. T__T 

Kontraktor kitorang cabut gate lama tu siap-siap sebab sub-con dah janji nak siap hari sekian2, tup2 drag sampai 2 minggu. Si Kevin (kontraktor) tu kate, hari-hari kena marah ngan tuan rumah sebab ada gak orang2 lain yang tempah grill ngan gate selain kitorang pun tak siap2 gak. Kesiannn...kesian2 jugak, ko kejarkan jugak sub-con ko pasang gate kalo tak kitorang buat persatuan amukan grill dan gate. Haha akhirnyaaaaa....

Tak saspen pun..gate je pun kan. :P

 Eh silap gambar. Ni gambar kaki yang nak shuh shuh dog liar. Haha

 Bikin kemas-kemas ok bhaiya.


Gate ni adalah galvanized (coat kan wrought iron tak bagi karat) and powder coated wrought iron. Warna powder coated lak kitorang pilih grey.

So dengan terpasangnye gate ni, settle la renovation kitorang. Cuma ada la nak suh kontraktor touch up2 and betulkan apa yang patut. Contohnye macam kat bawah ni, kesengalan maksima oleh pemasang lampu. Garu kapla jela ko Kevin oii dapat anak buah camni.

Tau apa dalam bulatan merah tu? Itu adalah kotak mentol. Haha sakit jiwa aku, nak tergelak ada, rasa nak sembur sedas pun ada. Haha. Bukannye tak nampak masa tengah pasang tu kan, kalau pun tak prasan masa pasang, dah siap pasang kan testing2 nyala ke tak nyala lampu takkan rabun benar tak nampak ada kotak dalam lampu. Haih! Sabor jelaaa...

~Wanie~

09 April 2012

Aqeel, tanya sama pokok...


Aku: Aqeel...mana mama?

Aqeel: "Tu Mimi!" (sambil tunjuk2 tepuk2 aku)

Aku: Tu lorry...(sambil tunjuk lorry la)..tu apa tu? *Tanye balik kat Aqeel*

Aqeel: "Lola!"

Aku: Lorry la Aqeel, lorry...mana lorry?

Aqeel: "Tuu tu lolo!"

Aku: Papa mana? Where's papa?

Aqeel: "Mama! Tu" (sambil tunjuk papa dia)

Aku: Tu tree tu...pokok (again, sambil aku tunjuk kat pokok la).

Aqeel: "Bapok!" 

Aku: Pokok la Aqeel...Poookok.

Aqeel: "Bapok! Bapok! Tuu..bapok!

Arkkk..hahaha anyone can help? Hahahaha

Whattt? I didn't do anything wrong!

~Wanie~

05 April 2012

Shopping yang authentic

Wah tajuk kemain eksen lagi. Haha. Entry ni dibuat khas untuk join Contest Blog Green Apple. Aku singgah kat blog Kak Di, standard la, kalo nak gelak terburai isi perut, kena lawat dulu blog Kak Di. Macam sarapan pagi aku la. Mehla join beramai-ramai, ape salahnye berkongsi peluang ye tak, takde rugi pape pun, dapat pahale lagi ada. Click dengan link Contest Blog Green Apple ni untuk tau cara-cara nak join contest ni ye.

P.e.r.e.m.p.u.a.n! Pompuan manela yang tak suke shopping? Alangkan nyah pun suke shopping ini kan pulak semulajadi pompuan, bukan kepit-kepit punyer. Paham tak kepit? Ala kalo lelaki-lelaki auwww nak bertukar jadi pompuan, kena la kepit ahahaha sebab aaa uuu aaa sebab...aaaa..Ahaks..google la kalo jumpe sebabnye.

Jadinye, kalau dah namanye pompuan mestila suke handbag, kasut, make up betul tak? Cuba bila keluar shopping ke, jalan sana-sini, kalau perati betul-betul mesti perasan, almost semua pompuan yang jalan kat shopping complex tu jalan mesti pegang handbag berjenama. Coach, Prada, Gucci, Louis Vuitton (LV), Mulberry..U name it. Mesti ada punya kat sana-sini. Yang paling banyak semestinye Coach. Sebab apa Coach? Sebab Coach ni designer handbags but still affordable. Kalau kite pergi butik-butik memang mahal tapi kite sekarang kan dah masuk era shopping online. Kite ada alternatif lain, kite boleh shopping melalui online shop yang boleh dipercayai untuk membeli belah online. Salah satu kedai online yang kite boleh beli designer2 handbags ni, iluvbagincorporationHarga memang dijamin murah dari harga butik! Authentic tau. 100% lagi. Bukan replica, bukan tiruan.

Bukan apa, orang mencari-cari handbag berjenama ni untuk pakai lama, bukan setahun dua punya. Like my mom's handbag, sampai sekarang masih cantik, tak rosak apa pun, cume letak dalam dust bag, simpan elok-elok. Nak pakai, keluarkan. Settle. Ada la dah 10 tahun agaknye beg tu, maintain je. Design handbag berjenama ni pulak tak lapuk dek zaman. Sebabnya kalau tengok LV, yang classic2 tu la orang carik. Lagi lama design, lagi meletup-letup harga. Boleh jual balik pulak tu as pre-loved, be it in good condition la. Janganla tetibe dah putus satu tali, eh nak jual pre-loved la, Wanie kata handbag berjenama leh jual balik walaupun dah lama. Panggg sedas. Hahaha.

Dekat iluvbagincorporation ni jugak kite bole beli ready stock items in Malaysia contohnye macam beg longchamp ni.

Cun la bagi aku sebab aku memang dah penah nampak orang pakai beg longchamp warna hitam plain je tapi tu pun dah cantik di mata aku. Aku taktau la kenapa, walaupun design dia simple, tetap la aku tertawan, macam ada aura tersendiri. Dekat iluvbagincorporation  ada jugak European preorder, US preorder di mana kite boleh tengok design2 handbag yang kite berkenan dekat website-website handbag tu sendiri, dapatkan la nama handbag, warna dia ke apa-apa ciri yang kita nakla, e-mail kan kat pertanyaan brand dan harga tu kat order[at]iluvbagincorporation.com atau sms je 0-1-4-2-2-5-0-0-8-2. Senang je shopping sekarang kan? Yang penting kita dah kenal pasti samada kedai tu reliable and jujur, insyaAllah semua berjalan lancar. Dapat la kite handbag idaman hati.

Kat iluvbagincorporation bukan takat handbag je ada, make up pun ada, kasut pun ada. Make up Clinique, Dior ni semua kalau beli over the counter, pempaham la harga nya kan. Kalau biasa survey dekat kaunter, mesti tau punye. Macam aku la, kalau pergi kaunter make up mesti ternganga sambil bunyi bbzzZzzzZ *Bunyi lalat nak masuk mulut* sebab melopong jela tengok harga. Bila aku jumpa website ni, baru aku boleh tutup mulut skit kuikuikui. Kat bawah ni berkenan betulla aku tengok warna-warna dia, cunnn.



So apa lagi, mohla beramai-ramai melawat secara berjemaah kat iluvbagincorporation. Macam-macam ada, jangan risau, melawat je tak kene bayar. Buat je lawatan dulu, range harga dari yang harga affordable sampai la ke yang riban-riban. Semua adaaa..Yang penting authentic!

Eh aku dah jadi follower dekat website iluvbagincorporation and kat facebook diorang tau. Ni..ni bukti kat bawah ni. Anda bila lagi?

Till then..toodles folks!

~Wanie~

04 April 2012

Dah cat tak menjadi, wallpaper la pulak...

Oleh kerana dinding hall aku dah azab dibuat oleh aku sendiri, apa lagi yang aku boleh buat selain kikis dan mengecat semula? Hoho memang rajin bebenor la aku ni nak mengikis kan, memang tak laa..Jadiknye apa lagi alternative..Wallpaper jela..Dengan segera kelmarin zasss aku terus pergi Plaza Perabot kat seksyen 7, Shah Alam untuk survey-survey wallpaper. Eh bukan survey lagi, terus beli. :P Tak nyempat nyempat fomfuan nih. Aku beli wallpaper dekat kedai tingkat bawah, kanan sekali dekat dengan tangga. Kedai kecik je sebab ni branch je, kalo ikut resit nama kedai Moonlight Home Furniture, alamat dekat Medan Makan Taman Bukit Teratai, Ampang. Ada la beberapa katalog, tak berapa banyak tapi untuk aku cukupla pilihan yang ada sebab lagi banyak choice lagi penin aku nak pilih. Lagipun aku bukan nak yang mahal-mahal pun, cukupla untuk cover balik cat aku yang tak menjadik tu.

Tup-tup semalam orang kedai tu dah call aku, orang yang nak pasang wallpaper  nak datang semalam jugak. Wahhh ini sudah bagus. Lagi la tak sabar-sabar aku nak tengok hasil penutupan kan. Orang wallpaper yang datang ada 3 orang, 3-3 melayu. Abang-abang wallpaper tu kata, cat macam aku buat ni bukannya tak cantik, tapi orang selalu buat dekat dinding yang keluasan dia kecik contohnya macam belakang tv ke. Disebabkan aku ni mengecat sepanjang-panjang hall pastu main buat je ikut suke, hambek jela akibatnye. Sayang je cat cantik-cantik, mahal-mahal, aku mensia-siakan je. Eh takmo ingatla dah lepas. Tapi tringat jugak sebab terbang RM300. T__T

Kali ni aku pilih warna beige. Aku takmo dah warna-warna garang ke hape ke. Yang penting aku nak warna selamat. Aku takmo nanti kaler pulak jadi isu. Sofa tak match la, tv tak match la, lantai tak match la. Gedik btol sume nak match. *Dipersilekan la lempang aku laju-laju*. Bile pasang memang nampak betul-betul kaler lighhhttt beige. Ape-ape jela, janji tak sakit mate aku tengok pastu ada rupe bunge-bunge sikit dah okla tu untuk aku. Bagi aku dah cantik la ni sebab dah cover aku punyer painting abstrak tu kan. Kuikuikui. Tu la..dalam pada kata penin nak buat pilihan nak cat ke nak wallpaper, skarang hambik! Due-due aku dah rase. Sapa punye salah. Aku jugakkk.

 Dalam proses memotong-motong wallpaper

Proses pemasangan bermula, start dari tengah baru ke kanan dan kiri

Ini design yang aku pilih bunges-bunges sekuntums-sekuntums, background bunge2 tu ada horizontal lines yang timbul2




Barula kene dengan cat putih kan kan...takla kontra sangat. Aku pilih yang tak kontra sangat sebab nak buat langsir yang ada corak-corak sikit, biarla dinding simple..

Satu tips daripade orang wallpaper tu, kalau bila dah pasang wallpaper, kan kekadang ada gam macam terbanyak berkumpul kat satu-satu tempat, jadi cam ada bonjolan. Kite jangan gatal tangan pi picit-picit tempat tu, nanti bile wallpaper kering, dia akan stay macam mana kite picit tu. Lebih baik biarkan gam tu kering sendiri, nanti dia akan rata sendiri cuma ambik masa sikit la sebab gam tu tebal.

~Wanie~

03 April 2012

Mengimbas nostalgia Si Lim Tat

Kalau dulu sapa baca majalah Ujang, mesti tau jugak pasal Din Beramboi Radio 9 - Pujaan Sirap...lawak nak mampuih, petandingan berbalas pantun. Lawak gile. Tolong la dengar. Hahahahahaha.


Ati jual pantun:

Anak kedidi memakan padi,
Padi dimakan di tengah hari,
Kenapa budaya lepak menjadi-jadi,
Tolong jawab Encik Tat di sana.

Lim Tat jawab pantun: 

"Aiyaa..Manyak olang pakai itu kedidi punye bulung aaa, itu pantun aaa itu kedidi banyak ala pakai aaa, tala kesah, saya boleh jawab, itu pakai bulung lain punya"

Bulung selindit atas pokok,
Bulung merbuk di bawah pokok,
Itu pokok ada bulung selindit,
"Aa apa lagi bulung aaa? Aaaa...sa saya pakai itu bulung aaa, gagak punya, gagak boleh aaa? Boleh aaa?
Aaa bulung gagak itu dalam pokok,
Kalau tuan aaa panjat pokok,
Budaya lepak bawah pokok.

Hahaha buat release tensen boleh la, kalo jawab soalan SPM camnih, boleh la amik semula paper BM. Nah dengar-dengar.



P/s: Tengkiu Maimok krane mengingatkan aku pasal pujaan sirap nih..kihkihkih

~Wanie~

02 April 2012

Proses mengecat rumah tapi...

Hasilnye menyedihkan..uwawawawawaaaaaaaaaaaaaaaaa....T__T. Aku ni poyo. Perasan je semua benda nak buat sendiri. Kalau boleh bertukang pun aku nak buat. Dalam kepala ni duk terpikir apa benda yang aku boleh buat sendiri kat courtyard.  Tapi selepas kejadian ni, aku dah sedar diri, skills aku adalah limited. Aku hanya pandai berimaginasi hasil yang gorjes tapi lupa nak imagine fasa-fasa pembuatan. Paham tak ayat complex aku. Haha biasela ayat pun sama serabut macam aku. Kuikuikui. 

Macam ni, hari tu  kitorang gi kedai cat kat Pandamaran. Katanya cat murah-murah kat kedai ni. Ye kot, aku pun tak sure sebab tak pernah beli cat and bila goole-google pun kedai cat murah, takde yang betul-betul tekankan this particular shop, that particular shop. Hubby tanye member, dia kata kedai ni jual murah gak.

 Kedai cat (date salah haha advance betulla tetibe 2/4/2012 lak dienye resit)

So dah sampai sana, aku pun beli cat untuk master bedroom. Sekali tetibe tepikir, kat hall nak cat tak? Hubby kate on aje. So kitorang pun pilih-pilih sekali tinggg, aku teringat cat Nippon Momento. Aku pernah terbaca pasal Nippon Momento ni dalam  Utusan Malaysia. Konon nak dapat effect macam wallpaper la, kan aku berkira-kira nak beli wallpaper tapi tak jadi masa home deco hari tu. Aku pun belila cat ni. Sebab aku tengok contoh-contoh cat Nippon Momento ni gorgeous gilos. Sekali tadi baru aku terbaca kat blog Fainie, rupe-rupenye groupon punye harga RM98 je untuk 1 set including:-

 Top coat

 Undercoat

Toolkit

Tak ke aku tekanan? Aku beli harga set atas ni total RM150. Toolkit RM30, undercoat RM30, top coat RM90. Aku siap beli 2 set. Walaupun kedai ni jual kire murah tapi disebab kan groupon ada pulak jual Nippon Momento ni, kire aku rugi RM104 la T__T. 

Memang gorgeous la contoh-contoh hasil Nippon Momento ni. Silap aku la masa beli tak ukur baju di badan sendiri, main bedal beli kunun nak buat sendiri. Sekali bile dah buat tak cantik. Pengajaran untuk aku, lenkali nak buat cat special-special effect ni kena suruh yang pakar jugak, baru la hasil letop-letop macam kat bawah ni. Ni hasil imaginasi aku la ni.





Dah cite panjang lebar mesti orang nak tengok jugak kan kan hasil kerja aku kan kan. Walaupun  mengkecewakan, aku uploadla jua untuk tatapan umum. Sesape nak buat tu, buat la dengan penuh dedikasi ye. Jangan jadi macam aku. Study la dulu cara-cara buat nye kat youtube ke atau yang sewaktu dengannye la. Ni hasil kejadian sebenar.

 Lepas ni aku nak bukak galeri. Aku rasa aku ada bakat pelukis abstrak. Hahaha.
 *Ketawa sambil lap air mata bertitisan*

~Wanie~