Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

18 April 2012

Puding trifle paling sedap di dunia, cecah juta-juta order

Haha tajuk entry aku sampah kan? Ye aku tau tapi aku tak kisah. Hahahaha. Hari ni aku buat trifle fruit cocktail. Tapi aku salah buat. Eh bukan salah buat, tapi salah susunan. Sepatutnya:

Lapisan bawah sekali : Kek gulung (Aku tukar dengan hirisan pisang *Chef sangat*)
Lapisan kedua dari bawah : Bancuhan custard
Lapisan ketiga dari bawah : Fruit cocktail
Lapisan atas sekali: Jeli stoberi

Aku salah, lapisan kedua and ketiga tu terbalik. Jadi akunyer trifle yang cecah juta-juta order ni nampak tak meriah mak ngah. Sekadar di pinggiran jeli je fruit cocktailnyer. Tu takpe, tadi bila dah beku jeli tu, aku pun mendapatkan suapan pertama trifle paling sedap di dunia. Erk...rasanya ok laaa (kot?)...haha matikla aku buat sebekas besar. Kalau tak laku di mulut orang2 lain dalam rumah ni, aku tak kecik ati. 

Jangan bila aku suap trifle aku ni Aqeel buat muke nak termuntah, mesti meleleh air mate mak ko ni. Sebab selama ni Aqeel makan je sume (yang dia boleh makan la, takdela aku sumbat asam pedas pari lak kat anak aku yang setahun 5 bulan tu), yang dia tolak tahu dengan kayu je. Ye anda tak salah baca, memang Aqeel tak suke tahu. Eh silap eja, tauhu. Ikut mama dia la apo lagi. Ni Aqeel tengah tido, dia bangun kang aku nak suap trifle paling sedap di dunia aku tu. Kalau Aqeel wat muka buek buek buek, memang aku kena bertafakur sejenak dan daftar masuk kelas masakan la. T__T

Trifle paling sedap di dunia. Hahaha.

 Sekadar di pinggiran fruit cocktail aku itu.


Kalau macam kat bawah ni barula cecah juta-juta order ye dak. Letak pulak whipped cream dengan fresh strawberries as toppings. Perghhh!



Resepi trifle ni boleh tengok kat link ni ok. Aku guna resepi ni la...
http://www.myresipi.com/top/detail/421. Simple and sedap! Nyummmeeehhhh


~Wanie~

3 comments: