Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

27 April 2012

Pengalaman bersalin tak diduga 2

Bersambung dari episod lepas...

Doktor kate...

"Awk kene caesar ye."

Aku tanye bile?

"Sekarang ni, sebab baby dah makin lemah."

Aku terdiam. 

Dalam hati aku ada jeritan batin la, aku belum bersediaaaa. Macam mana dengan baby aku.. lahir premature. Ya Allah..tak sangka aku macam ni yang aku kena lalui padahal checkup semua normal. Tapi kuasa Allah kan. Kalau lagi lambat bersalin mungkin complication lain ke kite taktau. Wallahualam. Yang pasti aku yakin aturan Allah tu yang terbaik untuk hambaNya. Aku redha la, dah kene caesar, caesar la kan. Apa lagi aku boleh buat. Aku tak terfikir lagi untuk second opinion ke apa sebab memang aku rasa sendiri kejap2 perut aku mengeras, kejap2 perut aku mengeras cuma Alhamdulillah aku takde rasa sakit apa pun. Allah jugaklah yang mengaturkan. Sampai hospital kul 9 lebih ke 10 lebih tak ingat. Tak sampai bape minit dah bagitau kene operate. Agak2 camno la emosi orang. Tadi hospital first kate nak monitor dulu. Aku cam lega la kan. Ni dah kene operate lak, Dr pulak kate baby makin lemah. Oh ye, masa ni jugak masa Dr check air kencing, tetibe gula tinggi, and check blood pressure pon tinggi. Memang dah timing nak bersalin la tu..

Sakit masuk tiub untuk kencing tu yang Ya Allah...sakitnye. Haih..aku menangis-nangis la masa tu kesakitan. Tu belum lagi sakit contraction yang orang cakap sakit paling sakit di dunia kan. Masa nurses tolak aku nak ke operating theater (OT), aku sempat jumpa hubby sekejap and sayu sangat aku rasa. Macam terlalu cepat semua benda ni terjadi. Tak sempat aku nak bermaaf-maafan sangat ke apa. Sempat salam minta maaf sekejap dengan hubby masa atas katil nak ke OT tu je. Sayu pilu sangat masa tu sebab aku rasa kalaula aku ni ditakdirkan jadi pape masa tu, aku doa sangat mudah2an baby selamat and hubby maafkanla semua dosa2 aku yang banyak tu. Almaklumla, aku ni hanyelah insan biasa, time pregnant emonye rasa nak tampor. Hahaha.

Dalam OT, nangis tak abis lagi ni pasal sakit kene sumbat ngan tiub air kencing kat bawah tu kan. Sampaila time pakar bius inject bius kat tulang belakang aku barulah haih legaa...dah tak rasa apa la yang disumbat kat bawah tu. Baru benti nangis. Pastu baringla kan dah nak kene operate. Oh ye aku sedar lagi masa tu sebab bius separuh badan. Dr pun start potong lapisan pertama perut aku. Dia tanya ada rasa sakit tak, kalau sakit dia kena bius satu badan. Aku pulak masa Dr tengah potong perut tu dok, 

"Auww...auww. Auwww..Ada rasa ngilu-ngilu sikit".

Boleh lak aku auw auw aje. So Dr kate, ni kene bius satu badan ni sebab awak rasa sakit. Dia bagi pakai mask apa tah suh kire 1 sampai 10 ke 10 sampai 1 ke ntah tak ingat dah tau-tau aku dah pengsan. Sedar-sedar Dr panggil aku. Aku blur-blur masa jaga tu tengok keliling bilik ape yang besor bebenor ni. Pastu baru betul-betul sedar and tanya mana anak aku. Tah apa Dr tu cakap pun aku tak sedar jugak. Haha. Pastu tau-tau masa kene tolak keluar OT jumpe la Mohamad Aqeel Darwish Bin Mohamad Firdaus kesayangan mama. Ala teciknye kamu...2.2kg je. Maknye yang besor lemari. Naik ke ward, tetibe Aqeel kena bawak gi NICU sebab kurang gula dalam badan. Esok paginya diorang hantar Aqeel kat aku balik untuk disusukan dan dijaga oleh mama nye...

First time jumpa Aqeel? Hmm...the feeling was so surreal. Macam mimpi. Aku dah besalin? Dah ada anak? Kena jaga manusia? Aku pun ala2 tak matured lagi dah kena jaga anak? Boleh ke aku, mampu ke aku? Macam2 feelings la masa tu sebab emosi aku terganggu kan sebab penat, sakit sume, tetibe kene operate pulak kan. Lepas operate letihnye ya Allah. Bukan letih biasa tau, aku tak tau nak kata camna. Ni letih fizikal mental semua. Selalu nangis kepenatan dan kesakitan sampai kene marah sebab takut meroyan ke apa ke kan. Tidur memang dah tak cukup la dah ada anak kan, itu memang expected la dah ada baby. Operate perut kan sakit. Nak bagi susu tu memang terasa ngilu la kat perut. Tapi kalau nak cepat baik, kena berjalan jugak supaya perjalanan darah lancar. So pagi tu aku try berjalan ke toilet untuk buang air. Dr kate baguih baguih sebab dah mula berjalan.

Sayang kepada anak tu kian bertambah dari hari ke sehari. Dengan sendirinye kita rasa kasih sayang and tanggungjawab tu bersatu and dah sebati dalam diri. Kita dah tak rasa penat dah tak cukup tidur ke kena berjaga ke apa semuanya demi anak. Nanti keluar la pertanyaan, tido? Apa tu tido? Yang selalu tengok dalam tv tu ke? Hahaha.

Tu lah pengalaman bersalin aku...Bila ingat balik, bebetulla tanpa diduga, check pregnancy bulanan takde problem apa, semuanya normal cuma overweight je, naik sampai lebih 20kg ko. Makan batu ke ape. Tu lah namanya manusia. Kita hanya merancang, Allah jualah yang menentukan. Ada yang check pregnancy problem itulah inilah tapi lahir Alhamdulillah semuanya normal kan. Tahla Aqeel lahir awal sebab aku selalu travel ke? Sebab aku pernah jatuh ke? Sebab berat aku naik melampau-lampau ke? Wallahualam. Yang penting mama doakan Aqeel sihat, cerdik, bijak, jadi anak soleh, anak yang patuh dan yang penting taat pada perintah Allah ye nak ye...

Aqeel lahir pada 13 November 2010 jam 12.08am dengan berat 2.2kg..Ni bebetul gambar masa Aqeel baruuu je lahir betul-betul lepas dibersihkan.

So tatatititutu...

Eh pesanan penaja, suami-suami, kalau isteri tu emo sangat ke time dia pregnant, harap bersabar jela eh. Orang pregnant ni memang macam tu, macam-macam sakit ada. Kalau jadi cam kes aku ni, camno? Tau-tau bini dah kena operate, tak sempat nak tatap muke isteri puas-puas. Yang isteri pun tak sempat nak bermaaf-maafan kluar ayaq mata lama-lama. Sempat sat ja. Jadi kalau boleh control emosi, dua-dua pon try jela yeeeerrkkk...

~Wanie~

No comments:

Post a Comment