Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

22 April 2012

Aqeel oh Aqeel...

Dah setahun 5 bulan dah umur anak mama..macam-macam ragam ye anak mama...

Hari-hari bangun pagi Aqeel suke tengok book dulu. Aqeel nak tengok gambar cat sambil gamit2 cat and buat cat sound "nyanyau nyau..", gambar dog sambil "wu wu ghauu..ghauu.." *tetibe bunyi dog tecampur dgn bunyi tiger*, gambar fish yang Aqeel sebut "ish, ish", macam2 binatang lagila mama teach Aqeel kan. Tetibe hari ni tah ape penyakit mama, mama terajar "Ni warthog, babi hutan Qil.." naseb baik papa Aqeel nyampuk, "mama Aqeel ni macam dah takde binatang lain nak ajar". Maafla nak, mama terlanjur perkataan, mama hanyut dibuai gambar warthog sebesar2 muke surat tu. Hihihi.

Aqeel sihat ye nak ye..sian Aqeel semalam letih sangat malam2 nangis je..mane taknye dari pagi sampai ke petang kamu lari non stop. Walaupon mama penat kejar kamu, tapi nape suar mama smakin ketat? Oh ye, mama kejar kamu 5 minit, 30 minit pulak mama berenti mentekedarah. Haha jadi kamu bila dah besar n pandai cakap esok2, kalau tengok gambar mama mok-mok, kamu jgn brani sebut2 tau, mama tabab nanti. Apa? Mama kejam? Bukanlah, mama cuma mengaplikasikan kuasa veto mama je. Hihihi.

Semalam kite pergi Singapore tau, ada majlis cukur jambul cousin kamu, Nabil Deniz. Tembam tau Nabil, geram mama. Tapi kan Aqeel, mama terkial2 skit nak pegang Nabil sebab dah lama tak pegang baby kan. Ish kene practice ni kot2 sok2 kamu kata nak kawan ke ape ;P

Eh susahla menaip gune tipon ni, jap-jap nak type Aqeel jadi Aqwwl, jadi jadi jado, tabab jadi yabab. Nanti2 mama sambung lg ye syg. Mama lov lov u la Aqeel. So so much.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment