Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

24 October 2012

Sup isi ketam ikut selera sendiri

Kalau ada sharks fin baru la lagi sedap terangkat, kene pulak ada isi ketam, fuhhh. Tak payah sape2 lalu depan dan belakang, jeling pon I tak rela. Hikhikhik.





Simple gak la membuatnye...tapi sukatan bahan ni aku main agak-agak je, tak retila nak bagi yang exact. Kurang tu tambah, kurang ni tambah. Biasala masak ni kena campak-campak orang kate kan, kalau ikut sangat sukatan pun belum tentu umphhh. Jadi adjust ikut citarasa sendiri yerkkk.

Resepi Sup Isi Ketam Terangkat

Bahan-bahan

1) 250gm isi ketam
2) *Stok ayam 10 cawan (rebus beberapa ketul ayam dengan tulangnya dalam 1 setengah jam ke 2 jam - ambil air rebusannya) @ 2-3 ketul kiub pati ayam dibancuh dalam 10 cawan air
3) 150gm isi ayam yang dah direbus, dicarik-carik halus
4) 6 biji cendawan kering-direndam dalam air dan dihiris
6) Sebiji Telur (ambil putih sahaja) -.dikacau
7) 1 sudu besar sos ikan
8) 1 sudu besar cuka hitam
9) 2 sudu besar minyak bijan
10) 2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan air
11) Garam dan lada putih adjust ikut citarasa masing-masing, kalau termasin tambahkan je sedikit air masak.

*Walaupun guna air rebusan ayam asli, aku tetap tambah kiub pati ayam seketul dalam sup untuk tambahkan lagi rasanya.

Cara-caranya

1) Didihkan stok ayam
2) Masukkan isi ketam dan isi ayam
3) Dalam 3-4 minit kemudian masukkan cendawan
4) Masukkan sos ikan, cuka hitam dan minyak bijan
5) Masukkan putih telur dan dikacau dengan pantas supaya telur halus
6) Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau ke dalam sup
7) Perisakan dengan garam dan lada putih.

Manyak syiok makan panas2 dengan cuka hitam. Hirup jek. Enjoyyyy!

~Wanie~


posted from Bloggeroid

4 comments:

  1. Replies
    1. Warna cuka tu memang warne hitam, seakan-akan kicap. kat botol tu memang tulis cuka hitam k.nad..wani beli kat tesco je, kat area kicap2, cuka2 semue tu..ader punye ;)

      Delete
  2. aku beria la baca resepi sume bagai...
    sekali blog ko ke wani? huhu
    windu ah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha percaye tak aku leh bg resipi ni mimi? Percaye tak? Percayelaaaah..tula ko menghilangkan dri lama sgt, sob sob. Tak sudi kwn ngan aku la tu

      Delete