Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

03 October 2012

Cinta sakti, ptuiii - part 2

Sambungan daripade episod lepas, vah vah vah, untuk bace entry sebelum ni, baca kat sini.

Maka keesokannye...

Berjumpelah aku dengan P dekat kolej Kenanga. Aku bawak ape tau mase tu, bawak chocolate Fererro Rocher dengan coklat ape tah satu lagi. Hahaha. Apa motip aku bawak bende manis bagi kat minah tu. Manis sangat ke pertemuan itew? Harkkk tuiii. Keji. Patut aku bagi rebung ke jering ke petai la kan bagi menggambarkan kepahitan ataupun bawak je tapak kaki untuk ajarkan kepahitan pada pompuan itu.

Masa first time aku jumpe die, biasela mesti la judge kan.. Hmm..boleh tahanla minah ni. Kulit putih bersih. Umur mude setahun dr aku. Rupe ok laaa, tapi bak kate sorang kawan laki aku yang pernah terserempak dengan minah tu dengan ex aku kat Menara, "Biase jela minah tu, tapi bukan taste aku la". Hihihi. Orang laki yang cakap eh bukan aku pon :P

Dah jumpe tu, si P ni cakap kat aku, "Akak (dia maksudkan akula) boleh tahan jugak eh, kenape.....". Ayat dia habis kat situ. Aku paham maksud si P ni. Maksud dia tu kenapa eh ex aku nak gak curang gitu. Oh tidak2..aku tak termakan dengan kata-kata manis pujangga ko. Aku nak soal siasat jugak.

Aku bengang sangat masa tu dengan ex aku masa tu sebab rasa tertipu, dikhianati sumela. Kalo tak suke, ko terus terang kan, jangan la tipu aku hidup2. Sebab masa tu aku memang chenta gila la sama ex aku, stok nak kahwin punya, bukan cinta monkey semate2. 

Masa jumpa depan2 biase la, si P ni sopan kemain. Aku je bangang lurus bendul percaya kat kate2 dia. Aku pon taktau apa motip aku pi jumpe si P ni. Buat tambah beban jiwa aku lagi ada. Setelah disoal siasat:

Dia kata dia kenal ex aku sejak cuti semester sebelumnya, kenal thru MIRC (chatting online), dia pon tak sangka la kunun2 nya ex aku ni ada gepren. Konon dia tertipu la. Pastu tetiba dia kata boleh kata hari2 la diorang jumpe, call pon hari2 la, sms semua. Time tu student kan. Kalau call2, sms, kire sanggup berkorban la sbb time tu call2 sms2 ni masih mahal lagi. Nada bangga gila la, kompiden gila cara dia bercakap tu macam dalam hati dia, 'boipren ko dah angau sama gua la kak, melepas la ko kak' gitu.. Pastu jap2 si P ni tengok henpon sorok2 macamkan aku nak tengok henpon dia, jap2 tengok henpon sorok2 padahal aku berdiri selang 6-7 tapak dari dia. Annoying gila babi depan aku nak buat camtu. Motip??? Konon2 balak aku jap2 sms ko la?

Pastu aku tanye die, dah tau ex aku ni dah bergepren ni, dia still lagi ke nak contact2 ex aku? Dia kate "Taknak dah la saya. Memang takmo la, dah dia tipu2 saya". Tuiii. Memang taknak la sangat. Memang la pompuan jugak yang merosakkan pompuan yang lain. Lagi gila babi dia call, sms ex aku. Macam saje la cabar aku gitu. Tu boipren orang dia boleh buat camtu, kalo laki orang camni jugakla kot kesnya. Ade skali tu aku ngan ex aku keluar makan, ex aku bangun gi toilet, hp dia tertinggal kat meja makan. Pastu sat2 lagi si P ni main miss call2 tau. Aku saja angkat nak dengar tapi tak kata ape2 la, keluar la ayat 2 saat si P ni, "Tengah buat ape tu?" pastu letak. Nak ajak sembang 2 saat. Oh memang ko taknak sangatla kan nak berhubungan dengan ex aku tu.

Sebagai pompuan psiko, aku nak biarkan ke? Oh tidakkk...hahaha. Aku sms la pompuan tu, ayat pastila sopan kan walopon dalam hatiiii. "Kenapa P? Ni akak ni. Hp dot dot ada tertinggal kat akak". Lamaaaaaaaaaa dia tak balas2. Pastu dah lama baru dia reply, "Sori kak, saya tertidur.". Tu je dia mampu cakap sebab dah terkantoi. Taknak contact dah kunun. Kah kah in ur face woman!

Aku pon ada tanye lak ex aku. Dia dah sayang ke kat pompuan tu. Dia angguk. Ex aku kata kat aku, kite putus jela. Nanti satu masa nanti mesti dia akan carik aku balik nanti. Tapi dah konon putus tapi kejap2 dia contact balik, tak pon aku contact balik, keluar macam biasa balik. Tapi bila kantoi dia jumpe2, contact2 lagi si P, jadi gaduh balik. Nangis2 balik, drama2 balik. Yang si P ni tau ex aku still dengan aku, tapi dia nak jugak cuba rampas. Kira dia taknak menyerah kalahla. Ex aku bitau aku, si P ni nak pasangan dia samada lelaki yang ambik course engineering je, law pon ok la, yang ambik sama course business cam dia, dia takmo. Vah vah vah. Kena pulak ex aku pon engineering, tu yang takmo lepas tuh.
Benda ni berlarutan lama tau, penuh drama la. Apsal aku stay dengan ex aku, aku pon taktau. Sebab aku dah sayang gila kot, pada masa tu aku rasa dalam dunia ni, aku takkan dapat la yang sebaik ex aku, memahami macam ex aku. Ex aku memang baik pon tapi tahla prangai laki, manelah aku nak jangka.

Sampai kawan aku bawak aku berubat untuk melupakan ex aku tu. Sebab memang gila teruk la aku merana. Hari2 aku menangis je. Aku tau ex aku tu tengah nak test market tapi still aku nak jugak kat dia. Kitorang tak pernah putus yang betul2 putus. Time tu aku rasa hidup aku terkapai-kapai, tergantung gitu. Berat aku turun 7kg kot dalam sebulan dua je. Betapa teruk effect dikhianati nih.

Masa pergi dekat berubat tu, aku gi ngan 2 orang member aku ngan sorang tu bawak boipren sekali. Ok la dah berubat semua kan. Masa kawan aku yang couple ni keluar dari rumah orang berubat tu, sekali orang berubat tu bagitau la , "Boifren kawan kamu tu pon banyak pompuan, tak boleh dipercayai sangat, pandai putar belit". Erk. Aku ngan member aku yang solo ni tak bagitau pon kat kawan aku yang bwk boipren tu. Kitorang diamkan aje sampai la skarang.

Sekali semalam baru aku bagitau kat member aku tu yang dulu orang berubat tu cakap camni2. Hangin gile member, dia kata 7 tahun dia merana dengan ex boipren dia, apsal tak bagitau dia semua. Hahaha. Takkan aku nak bagitau kan, mane la nak tau kesahihan cakap2 orang berubat tu. Sekali ayat member dah hangin dah keluar daaaa:
Sampai ke tetek perginye member dah hangin. Betik terlebih masak? Auwww. Hahahahahaha. Tapi takpelaaa..ko pon dah kawin dengan lelaki yang lebih baik 8 juta kali gande dah pon kannn.

Opsss sambung balik. Akhirnya setelah lama berendam air mata, penderitaan aku pun berakhir...adakah ex aku akan pulang ke pangkuanku dan menyepak si P dari hidupnye? Adakah pompuan itu melutut memintak maap padaku?

Sambung nanti eh..heheheehehehehe. Huahuahuahuahua. tatatatatatatatatata.

~Wanie~

2 comments: