Burp...Alhamdulillah...
Yang ni last week punye sendawa hihihi. Sila tampor aku kalau suke.
Pada suatu hari yang indah, si bini membebel tanpa henti sepanjang pagi. "Kite dah takde seluar laa..seluar satu tu koyak, pastu banyak yang tak muat, pastu yang jeans tu pon koyak jugak, tinggal satu je jeans boleh pakai" x 88 kali ulang ayat yang sama.
Oleh kerana si suami dah stress, maka diajakla si bini ke Empire. Why Empire? Sebab Empire ada Ms Read. Hahaha. I kan gumuk di vontot, kalau beli sebarangan seluar kang tak sedap pakai. Kalau dah tak sedap pakai, jangan harap, diulangi jangan harap aku nak pakai walaupun seluar berharga RM8000 sekalipon. Dah dapat sehelai seluar jeans murah sajer, perut pon berkeroncong.
Incik Daus dah kenyang dah, sebelum keluar dia dah makan nasi lemak. Aku pulak memang breakfast awal gila lagipun kalau keluar tak makan sekali ni rasa macam tak complete je. Selalu kan kitorang makan kat Serai Seksyen 3 tu je, tak pernah lagi try yang dekat Empire ni. Banyak review kata sedap, ada gak yang kata biasa2 je. Jadi mari cuba.
Biasa la, ayam dah terkopek baru aku ingat nak amik gambarnya. Ini adalah Serai Platter. Ada nasi serai, rasa macam nasi minyak (kot?), pastu ada ayam goreng, honey squid, asam pedas ekor and sayur acar, harga RM25. Overall combination food ni not bad la pada aku tapi aku suka gile honey squid dia. Nyam nyam sedap weh. Sebab aku suka masakan ada manis2 kan, jadi aku kata sedapla. Kalau orang tak suka manis, maybe tak suka la. Asam pedas ekor tu pulak daging dia lembut je, dari segi rasa ok, boleh tahan.
Samala dah makan sekerat baru teringat nak ambik gambar. Pavlova Serai as usual, sodappp. Incik Daus dah kenyang, dia la yang order pavlova je tapiii..apsal macam tak segemok dulu pavlova dia ha?
Okla tu je updatenye hehehe...tatatatatatatata.
~Wanie~
Pernah sekali je makan serai ni... Not bad jugak la... Price pun boleh tahan...
ReplyDeleteTula pricenye boleh tahan hehe..tapi sbb dlm shopping complex kan..terime jela pricenye tu..
Deletemakan x ajak!kbye!
ReplyDeleteHaha nak ajak, kamu sumbung! Kbye!
Delete