Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

04 October 2012

Bahaya tau contact lens

Cerita chenta sakti hark tui kena sambung nanti hehehe. Nak cite pasal mata. Mata oh mataaa...

Alkisahnya last week aku pergi Plaza Alam Central dengan Maimok, ada hal dekat SSM. Tah kenapa hari tu aku terlebih rajin nak pakai contact lens sebab selalunya contact lens ni aku pakai masa hari raya ke, kenduri ke sebab time tu je aku rajin nak pakai shawl. Rasa cam rugi kalau tak pakai sebab semenjak beli baru pakai 3-4 kali je. Kalau tak aku belasah pakai spek je. Tapi dah benda nak jadik kan. Pengajaran jugak buat aku supaya berhati2 when dealing with contact lens. Haih.

Aku taktau la masalah berpunca daripada contact lens ataupon kebetulan masa pergi kat tempat ramai2 ni mata aku tetibe nak terjangkit dari sape-sape yang sakit mata ke kan. Contact lens tu aku beli masa hari raya hari tu, katenya contact lens untuk 3 bulan. So aku pikir wah jimat, takyah la tetiap kali nak raye baru nak beli kan. 

Selama ni aku pakai contact lens yang jenis sebulan2 punya, takda sampai jadi macam ni. Yang ni barula aku nak try pakai lens yang tahan 3 bulan, dah tetiba jadi hal pulak. Aku first pakai lens tu masa hari raya puasa, 19/8/2012 kan, last week masa aku kena sakit mata tu, 27/9/2012. Jadi lens yang aku pakai ni baru sebulan lebih. Adakah aku tertipu dengan tokey kedai yang jual lens tu? Adakah lens tu dah expired, ataupon aku cuai membersihkan lens and lens telah dijangkiti bakteria?

Apa-apa pun, effect nya sangat pantas ok. Bukan sebelah mata je kena tapi dua2 belah mata jadi merah. Aku pakai daripada pukul 1 lebih ke 2pm, aku sampai rumah pukul 8pm camtu, kire pakai lens tak lebih dari 8 jam pon, terus aku bukak lens. Bukak2 je lens, within beberapa saat, mata aku terus merah gila and rasa tak selesa. Dia tak rasa sakit menyucuk, more to rasa mata macam kering dan jugak macam ada benda dalam mata. Tapi mata adalah berair. Aku tak ambik gambar time merah tu sebab takut sangat tengok. Macam mata jembalang woo. 

Aku berani ambik gambar masa hari kedua je, dalam gambar ni tak merah sangat dah. Masa hari pertama tu merah mata tu 3 kali ganda lagi daripada ni dan jugak tak nampak mata putih dah, semuanya merah.

Bergegas aku ajak Incik Daus pergi pharmacy, terus beli ubat mata, Xepanicol nama dia. It works like a charm for me. Cepat jugak hilang rasa tak selesa kat mata tu, tapi merah tetap merah. Risau gile, dalam fikiran aku time tu duk terfikir, matila esok bangun tidur macam mana kalau tiba-tiba lagi teruk ke, mata jadi tak nampak ke. Nauzubillah. Ngeri sangat!

Xepanicol - Antibacterial Eye Drops.

Mata memang senang sangat nak rosak kan. Memang serik aku nak pakai lens. Tapi taktau la serik sampai bile. Hehehe. Aku, sile insaf! Tobat la buat sementara ni nak pakai lens. Kadangkala kecantikan itu bisa membinasakan kan? Ewah. Nantila aku jadi pengusaha shawl khas untuk rakyat bercermin mata, impian gitu. 

Si tonet ni tengah batuk selsema and banyak kahak. Sedih kan bila anak sakit. Mama doakan kamu cepat sembuh ye Aqeel. Amin...auntie2 tolong doakan sekali ye. Terima kasih banyak-banyak...


Jumpe lagi...tatatatatatatatatata....

~Wanie~

2 comments:

  1. apa brand lens tu? sy pun pengguna lens jgk..takut lak jd camtu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak sorry, brand nya saya tak ingat sebab kotak dah buang. Lens jenis yang nak bagi anak mata nampak besar, pastu bukan brand glamour2 macam freshlook, freshkon, acuvue semua tu..tapi harga takla murah sangat, seingat2 saya RM70 kot.

      Delete