Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

19 October 2012

Sayang, siapa Azura???!!!

Pagi tadi aku bangun2 je tidur, terus aku tanya Incik Daus. Masa tu dia baru lepas mandi, muka segar bugar ye berseri-seri. Wah wah wah.

Aku tanye Incik Daus, "Siapa Azura?"

Pastu dia dengan muka tak bersalah, "Azura? Tahla, siapa ek? Tak dapat ingat pulak siapa"

Vah vah vah dia cakap tak dapat ingat tu, bukan tak kenal.

Pastu aku cakap, "Meh sini dekat sikit, nak lempang sikit"

Pastu Incik Daus datang dekat tadah je muka. Baguih baguih.

Aku lempang manja, dia lempang balik kurang manja.

Aku sound, "Bukan main siap berwhatsapp bagai dengan Azura".

Dia cakap "Bila masanya ni, pandai2 je awak".

Aku cakap, "Tadi dalam mimpi tu ape?". Hehehehe.

Terkedu Incik Daus. Aku yang mimpi dia yang kena lempang. Kuikuikui.

Siap dalam mimpi tu aku tanye Incik Daus terus terang lagi. "Tak cantik pun Azura tu, apsal awak suka dekat dia?". Incik Daus jawab senang je, "Dah penat mengejar rupa paras". Wah wah wah wah wah. Konon melihat jauh ke dalam hati la tu. Walaupun dalam mimpi opkos tempias nya bila aku dah jaga. Kuikuikui. Mimpi tak mimpi. 

Pastu Incik Daus nak pergi office. On the way ke kereta bukan main menyanyi-nyanyi lagi Incik Daus. Bila aku dah dengar betul2 lagu apa dia nyanyi...

 "Asyik..asyik...asyik, asyik asyiknya bercintaaaaa...seakan dunia milik berdua, satukan rasaaaaa...Asyik asyik asyiknya bercintaaaa, saling melepas rindu di dada, antara kitaaaaaa".

Huh!

~Wanie~

2 comments:

  1. Lol..nsib baik die x nyanyi lagu "azura" hehehhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kalo nyanyi lagu azura besar kemungkinan tak sempat smpai ke kereta dah cedera parah hehehehe

      Delete