Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

02 October 2012

Cinta sakti, ptuiii - part 1

Aku tulis blog sebab aku dah mula suka menulis dan bercerita. Aku start buat blog tahun 2009 tapi mula aktif baru tahun ni. Tersadai je blog aku dah berapa tahun.

Aku very reserve punya orang. Dulu masa aku buat blog, aku jadi bingung, patut ke tak patut aku menulis tentang hal tu tentang hal ni. Padahal kekadang benda2 kecik je. Tapi panik attack macamkan nak cerita hal dalam selimut.

Aku tak reti nak bercerita, aku tak reti nak berkongsi rahsia tapi aku tau aku pendengar yang setia.

Even masa muda mudi dulu, aku tak reti nak share dengan mak aku siapa boyfriend aku walaupun aku tau mak abah aku sporting punya orang asalkan tak melampaui batas la opkos. Duhhh.

Sampaila dah berumah tangga ni. Aku tak reti nak share dengan asben aku yang aku sebenarnya aku tension hal ni hal tu. End up aku carik pasal kat bende lain supaya ketensionan aku dapat disalurkan. Hahaha.

Masalah dalaman betul aku ni. Ke memang perangai orang berbintang Leo generally adalah begini. Mesti orang ingat aku jahat sebab emo je kejenye. Yang sebenarnya problem besar aku kat dalam kepala tapi yang keluar dekat mulut cari nahas benda2 kecik.

Seingat aku penah sekali je aku menangis dan keluarkan semua isi hati aku depan mak abah aku itupun sebab kes putus cinta. Masa tu aku memang dah tak tahan sangat la. I really needed someone beside me masa tu. Biasanya aku tanggung sendiri masalah aku, I don't even share my problems with my bff ke bf ke pun tak. Kalau pressure sangat nangis puas2 kat atas tilam bagi orang tak dengar. Hindustan sangat. Bila keluar bilik buat muka normal tapi mata bengkak. Hahaha.

Masa aku nangis depan mak abah aku tu sebab ex aku curang and tipu aku hidup2. Masa tu time diploma kat UiTM, umur dalam 20 ke 21 time tu. Time tu bebudak dip ni dapat duduk hostel. So masa tu aku dapat hostel Melati. Aku masa tu chenta separuh gila la kat dia. Aku punya percaya gila la kat ex aku masa tu tapi Allah nak bg petunjuk kat aku, ada few nights ni aku dapat mimpi, mimpi yang menunjukkan yang ex aku curang dengan sorang pompuan ni. Samar2 aku nampak muka pompuan tu dalam mimpi tu. 2-3 malam aku dapat mimpi benda yang sama.

Aku anggap semua tu sekadar mainan tidur, sampaila satu tahap peel ex aku jadi pelik gile. Aku kan duk Shah Alam je, ex aku pulak duduk kolej Jati kat seksyen 2 tu je, kalau nak dating memang dekat sesangatla. Jadi kalau nak keluar makan tu, senang sangatla sebat mana2 kete yang ada untuk berdating. Hew hew hew.

Biasanya kalau dating naik kereta, akula drivernya, ex aku belum ada lesen time tu. Boleh je bawak kereta tapi risaula kene saman. Dahla student kan, kitorang sengkeklak tu. Kalau sebelum2 ni, masuk je kete, segala benda dalam poket dia, dia campak je kat ruang tengah kereta tu, termasukla hp sebab rimas poket penuh. Tapi sejak dua menjak tu, hp dah tak nampak langsung, semua kasi sorok dalam poket. Pastu perangai dia pun berubah jadi pendiam, macam keluar makan pun ala2 terpaksa gitu.

Sampai la ada one time tu, ex aku nye hp kejap2 vibrate, kejap2 dengar bunyi vibrate. Oh rupenye silentkan tipon. Oleh sebab aku dah syak wasangka maksima, aku pon apa lagi, bermula la drama melayu, aku nak korek jgk rahsia apsal sampai silent2, prangai berubah semua. Adegan rampas merampas tipon dimulakan, tak kirela mase tu ada orang nmpak ke tak. Haha lantok. Aku kan psiko. Jadi akhirnye aku bejaya jugak dapat tipon sbb ex aku dh malas nak layan pompuan psiko. Kakaka.

Masa time tu kan zaman main missed call2. Ataupun cakap untuk 2 saat je sebab bawah 2 saat kredit tak tolak tak silap aku time tu. Sebab tula hp ex aku tu tervibrate2, pompuan tu nak ajak sembang 2 saatla. Ala contohnya nak tanya,

"Tengah buat apa tu?". Letak tipon.

"Tengah makan. Awak?". Letak tipon.

"Tengah cakap tiponla. Hihihi". Pundek.

Aku membayangkan itulah dialog diorang. Keji la penipuan itu. Rupanya pompuan tu pon duk kat hostel UiTM gak. Sakan gila ex aku. Habis dating ngan aku kat Dataran Melati tu, (bebudak UiTM taula kan di mana tempatnye), pastu ex aku ni gi dating lak ngan pompuan tu. Vah vah vah. Kemain romeo ye kau. Takpe...takpe.

Eh lupa nak cite, dapat rampas tipon maka terbongkar la rahsia bergepren dua. Eh sebenarnye bukan dua, time tu ex aku tengah rancak nak test market maka ramaila kenalan2 pompuan. Tapi yang sorang tu la no hp dia paling byk and also sms dia paling banyak. Aku namakan pompuan tu B. Eh tak jadila, B cam ala2 nak manja2 "baby" lak, tuii apahal aku nak bagi gelaran manja kat ko pulak. Jadi kite tukar ye, tukar nama dia jadi P. P for pompuan merenyam. Hahahaha. Tak pasal je aku dendam kesumat lg. Aku pedulik hape, dia dah penah palit titik hitam dalam ati aku ni. Tercalar hati I dibuatnye. Ouch.

Aku pun dengan segera amik no hp pompuan tu sebab aku ada plan seterusnya. Hew hew hew. Tanduk syaiton dah kluar.

Beberapa hari selepas tu, mase ex aku takde kat Shah Alam,aku pun memulakan misi. Aku sms pompuan tu kunun2 nak berkenalan and guess what. Dilayan okkk. Sonang bebonar nak memikat ekau ye. Last2 cut short jela ek, dalam sms tu aku ngaku kat pompuan tu aku sebenarnye gepren ex aku time tulaaa. Aku nak jumpa dia. Dia pon orait je aku nak jumpa.

Maka keesokannya....

Huarghh..ngantukla. sambung esokla ek. Hehehehehe.

Tatatatatatatata.
posted from Bloggeroid

6 comments:

  1. Adeh,dah syok2 baca..sambung la plak.. Hari ape nk sambung ni? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehehe jeng jeng jeng..sepraisss..tungguuuuu..tengah mengarang ni ;D

      Delete
  2. kena tunggu sambungannye pulak...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kalo panjang sgt tak seprais kan kan kan.

      Delete
  3. nak saya sambung x? hihihihi. (aku marah ko...ko jahat! kbye!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe sabar bukkk..akan ku sambung nnti. Hihihi

      Delete