Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

12 October 2012

Misteri mimpi Salwani

Tah nak bagi tajuk ape...tibai sajalah labu.

Aku bukan nak cakap aku boleh meramal ape2 ke tapi ni sekadar pengalaman aku jela kan...

Dulu2, aku ni selalu bermimpi. Mimpi yang selalunya menjadi petunjuk untuk diri aku sendiri la. Aku tak bela ape2 eh harap maklum. Hahaha kang ada yang tuduh aku bela jin pulak. 

Dulu2 masa belajar, selalunya yang buat aku termimpi2 adalah masa time dah lepas exam. Time result nak keluar. Ha time tu aku punya la takut sampai termimpi2.

Ada sekali tu aku risau sangat pasal satu subject ni, malam tu tido dalam keadaan gelisah la and aku bermimpi. Dalam mimpi aku tu, member aku si K ni pegang result exam subject tu sambil tunjuk2 dekat aku sambil cakap, "fail, fail!". Aku terjaga je terus berdebar2 la aku ingat result exam dah keluar. Sekali esoknya K yang malam sebelumnya wujud dalam mimpi aku tu saja sms nak usik aku cakap, "Wanie, result dah keluar!!". Aku pon apa lagi, terkujat la. Check2 result belum keluar. Member aku cakap balik..dia tipu je. Aku cakapla ko jangan memain, aku dahla mimpi ko cakap "fail! fail!". Sekali dia yang nervous sebab dia tau aku nye mimpi kekadang boleh pakai. Kekadang jela. Hahaha.

Sekali result dah keluar, member aku betul2 fail daaa subject tu...aku pulak lulus. Hehehehehe. Pernah jugak aku mimpi result siap dengan pointer sekali. Kihkihkih. Takut tak kawan dengan aku?

Pastu ada jugak mimpi yang pasal ex aku curang tu, 3 malam berturut-turut dalam mimpi tu ex aku curang dengan pompuan lain. Tak lama lepas tu kantoi memang ex aku curang. Hmm..

Tapiii yang paling aku tak boleh lupa is, aku tak pernah cite kat sape2 benda ni. Tah kenapa rasa nak share. Cuma bf aku je yang tau bende ni dulu.

Ada sekali tu aku tengah cakap phone dengan bf aku. Bf aku masa tu nak balik kampung naik motor konvoi. Aku tanya, dia pergi berapa orang. Dia kata dengan kawan dia sorang lagi. 2 orang je konvoi. Tengah2 cakap macam biasa tu, tiba2 aku "ternampak" satu kejadian dekat highway. Aku bagitau bf aku, "Ada satu geng 4 orang konvoi motor dah berhenti dekat tepi highway, diorang eksiden. Tapi sorang tu terbaring atas jalan, teruk nampak dia..Awak pergi dua orang je kan?". Masa aku "nampak" tu, 3 orang ni dah mengerumuni yang sorang ni, sorang ni dah terlantar dah kat tepi jalan masa tu.

Risau la kan, aku masa tu bukan bermimpi, tapi tahla susah nak cakap. Peristiwa tu aku "nampak" dengan mata hati aku kot. Bf aku cakapla, dia konvoi 2 orang je pastu terdiam je masa tu. Sebab aku and dia pun taktau benda dah jadi ke mungkin kat orang lain atau belum jadi ke khayalan semata2.

So bf aku bertolak la balik kampung dengan seorang kawan dia. On the way nak balik kampung tu, dia singgah dekat stesen minyak kat highway. Kebetulan pulak tiba2 time tu kawan bf aku terserempak dengan kawan dia ada dekat stesen yang sama nak balik kampung jugak dengan adik dia. So diorang gerak sama2. Jadi diorang dah jadi group 4 orang kan.

Tak lama lepas tu bf aku call, dia kata dia terlibat dalam eksiden. Dia dekat hospital sekarang ni. Aku tak ingat hospital mana, dekat Negeri Sembilan masa tu. Adik kawan dia dah meninggal eksiden. Innalillah..itu je aku mampu cakap. Bf aku kata motor adik kawan dia tu rosak, jadi diorang tolak dengan motor masing2. Sorang tolak dari belah kiri, sorang tolak dari belah kanan. Gilir2 la. Tah macam mana sorang tolak terlaju daripada yang sorang lagi jadi benda jadi lost control. Eksiden...

Tak lama lepas peristiwa tu, aku tanya la bf aku, dia ingat tak yang aku pernah terbayang kejadian eksiden tu, yang aku cakap kat dia sorang tu teruk. Dia angguk. Tapi tak mampu nak cakap apa2 sebab sedih kan. 

Hmm...tapi sekarang dah slow sikit. Sekarang ni pun kalau mimpi apa2 kalau boleh taknak layan. Mimpi tu mainan tidur kan..maybe kebetulan ke apa aku taktau la.

Tapi sekarang ni pun kadang2 kalau apa2 benda nak jadi, selalu aku akan rasa semacam 2-3 hari even seminggu sebelum. Sampaikan gaduh dengan asben aku pon aku dah boleh rasa dulu. Hahaha takde angin takde ribut, kalau aku dah terase-rase tu aku selalu pesan dengan asben aku, "Sayang, awk jangan gaduh dengan kite ye". Dia angguk je...jap lagi memang gaduh jugak. Hahaha pesan, pesan jugak. Kang ada je benda nak jadi nya, benda yang tak boleh elak tetiba jadi gaduh. Tahape je kan. Sakit jiwa aku. Asben aku pun dah paham sangat.

Aku ingat aku sorang je kekadang mimpi2 ni. Rupanya adik aku pun sama. Pernah abah aku sekali tu beli briefcase untuk abang aku. Dah bawak balik rumah tu abah aku suruh la abang aku bukak and check semua. Abang aku godek2 tak boleh jugak, kejap lagi aku try pulak, pun tak boleh..pening kepala kitorang. Kejap lagi abah aku panggil la adik aku suruh try, within berapa saat je dia boleh bukak briefcase tu. Terpinga-pinga kitorang. Punyala lama kitorang try godek2. Dia kata malam tadi dia tidur pastu dia mimpi dia bukak briefcase yang sama. Huahuahuahua. Bagus jugak kekadang kan dapat mimpi camtu. Nak2 pulak mimpi jawapan exam. Manyak syiokkk ooo.

Akhir sekali....



Okla...tatatatatata.

~Wanie~

2 comments:

  1. takotlah dgn mokmok ni....uuuuu~~~~ (cinta sakti puiiiii xde part 4 ke? :P )

    ReplyDelete
  2. Part 4 terlalu rumit utk diceritakan hihihi

    ReplyDelete