Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

11 October 2012

Cinta sakti, ptuiii - part 3

Last la...Penat aih nak mengarang. Kenangannn...Sambung daripada episod 1 and episod 2.

Setelah penat dah melayan perasaan yang menyeksa diri tu...finallllyyy...one fine day, atas sejadah selepas solat dan doa...aku bertafakur sekejap. Mengenangkan kembali apa yang aku lalui selama ni. Berbaloi ke aku nak menangis untuk orang yang tak jujur n setia dengan aku. Dia bukan siapa2 pun lagi dalam hidup aku. Belum jadi suami aku. Belum siapa2. Kenapa aku sia2kan masa muda aku untuk bersedih je sepanjang masa. Lama aku duduk berteleku atas sejadah. Aku ada mak, aku ada abah dan aku ada Allah.. Lantas apa yang aku cakap hanyalah, "Aku maafkan dia ya Allah, aku maafkan dia..aku maafkan dia". Itu sahaja...itu sahaja jawapannya...

Dia yang aku maksudkan tu ex aku la. Terus, legaaaaa...rasa macam terbang habis segala perasaan sakit hati, kecewa, amarah, prasangka...Selama ni rupa-rupanya dalam hati aku ni masih menyimpan dendam atas segala perbuatan dia tanpa disedari. Sebab tu aku masih dibayangi oleh ex aku tu. Sampaila Allah bukak pintu hati aku untuk melepaskan diri dari terus menerus menaruh harapan. Sampai bila ye tak nak biarkan diri dilanda stress.

Allah tu maha berkuasa. Sejak dari itu, aku dah takde perasaan dah pada dia. Subhanallah. Rasa macam keluar dari mimpi ngeri. Setahun lebih aku duk frust je, kejap pikir ex aku kuar ke ngan pompuan tu, masa aku takde tah2 kemain cengkerama, macam2 la pikir...tak tenangla pendek kate, serabut! 

Jadi selepas itu, Allah beri aku kekuatan...aku takde nak contact2 dah ex aku tu. Finally putus yang betul-betul putus. Takde keluar, takde call, takde sms. Teruskan hidup macam biasa...tetibe tak lama selepas tu, selang 2 minggu kot dari tu..aku dah disunting oleh jejaka lain. Hahahaha..sunting la sangat. Bukan la sunting, tapi ade org nak berkenalan la dengan aku yang selebet ni. Sms2, calling2, maka hati pun berbunga riang kembali. Hahahahaha.

Tahape-hape je kan. Tapi time tu bukannya aku nak sangat serius dengan orang baru ni cuma lebih kepada nak berkawan je. Dah serik kan nak bercintan cintun. Tak lama pun dengan jejaka baru, berapa bulan je. Tapi...tapi...sempat la jugak pergi prom night dengan jejaka baru. Kakakakaka. Gambar aku sorang je ada. Gambar jejaka tu takde sebab dah buang, asben aku marah. Hihihihihihi.


 Dulu2 punya edit kalau boleh buat bulat2 ni dah kira canggih la nih haha. Ni masa prom night.

 Cam-whoring bukan bermula baru-baru ni ye adik2. Sudah berkurun lama nya akak berada di arena ini.

 Berdiri la aku sorang2 kihkih. Buang gambar lelaki itu, buanggggg kate Incik Daus. Pakai jubah sebenarnye tapi tah la jubah singkat la pulak. Tukar la style.

Ni antara kawan2 yang banyak tolong bagi moral support kat aku time aku tintong. Tengkiu ladies!!! Kalau tak krane korang, sapela aku hari ini. Muah muah muah.

Yang baju oren cantik manis tu Ah namenye, teman menangis dan ketawa...yang baju putih pengantin tu akuleee..

 Si cantik comel belah kiri itu Nassya namenye...yang tak bosan2 dengar rintihan qolbuku...hehehe

Yang cantik molek belah kanan tu (erk! aku puji ko ni Maimok) Na'ilah namenye atau lebih dikenali dalam blog ini sebagai Maimok. Teman menangis dan meroyan skalik dulu, kini dan selamanya kan Maimok kan kan kan. Hihihi.


Sampailaaaa aku abis degree...dan konvo.


Dah keje jumpe pule teman yang cantik bergaya lagi memahami, Siti Shafinaz namenyeee...yang belah kiri sekali tu...

Akhir skali...

Bertemu jodoh dengan jejaka kacak lagi bergaya dan penyayang Incik Daus namenye...


Dah...Saja mengimbau kenangan lalu. Tatatatatatatata...

~Wanie~

4 comments:

  1. dlm byk2 gambar aku dlm simpanan ko, knp gmbr tu yg ko pilih? pfffttt!!! saje kan? kan? tp apapon u tetap my mamamok, besmok, toyonmok forever mok la mok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...abih tu je yang jumpe..aku carik gambar2 lama mude2 dlu yang ada kite berdua tapi tak jumpe laa..ada dlm laptop lama yang yang takleh nak on dah bertahun2 tu..hihi

      Delete
  2. ah. alasan semata. dlm fesbuk ada. ko saja kan? kan? pfffaatttt!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha malas nak godek..mana yg jumpa sauk saje la hihihi

      Delete