Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

31 October 2012

Early birthday present Aqeel


Aqeel ni memang minat sangat2 motor smpai naik risau gak aku. Ikut jejak langkah apaknye btoi. Penggile motor. Baru2 ni tah mana dia belajar, dia suruh Incik Daus sujud, dia pon duduk belakang mcm naik motor la dengan buat bunyi motor grand prix.

"Mimememememememe vroom vroom".

Habis apa2 yang Aqeel rasa boleh jadi motor semua dikudakan. Lengan aku boleh jadi motor, kepala aku pon bole jadi motor.Belum lagi tok dia pon dia suruh sujud dia nak naik motor. T____T

Motor mainan dia yang kecik size botol susu pon dia naik. Hahaha. Kesian pulak kan, ni betul2 kempunan nak naik motor.

Pikir punye pikir, kitorang pun decide nak beli la sebijik motor mainan. Kitorang beli ni dekat Uptown Shah Alam. Ni kire early birthday presentla kan. Sumbangan papa ngan nenek. Mama sumbangkan kek je la nnti.

Bukannye Aqeel reti pun nak memijak pedal tu, motor ni takde remote. Aqeel tau naik turun, pastu bukak lagu kat motor tu kuat2 sampai tokwan nak dengar berita pon tak boleh. Haha. Bila kite slow kan volume, dia kuatkan balik. Bile kite gerakkan motor, dia nak turun. Haha pentakot punye budak.

                                                       Posing sket atas besday present.



Selalu buli tok ini budak. 


                                "Aaaaahhhh bosan naik cara biasa, kite think out of the box skit"
 

posted from Bloggeroid

Batik Terengganu Exclusive untuk dijual cun gilers!


*Sticky post*
*Please scroll down for latest entry*

 Hello2.....

Ada peminat2 batik tak in da house? Mestila adooo...kan hari khamis kene pakai batik, takkan la nak sehelai batik je ulang pakai tetiap minggu ye tak? Suka tak batik design modern lagi menawan dan warna-warna pastel? Suka kan?

Meh tengok meh. Harga adalah bergantung pada design batik, lagi halus of course lagi mahal sebab ke'exclusive'an nye kan and bergantung ada batu ke takde batu pada kain. Batik ni adalah batik crepe ye semua dan berukuran 4m. Harga semua dijamin ok2...jangan risau, silap haribulan korang pulak boleh menjual batik. Hehehe.

Semua design paling baru. Harga belum termasuk caj penghantaran ye. Enjoice!!

Nota: Warna mungkin ada sedikit berbeza oleh sebab pencahayaan, skrin komputer dll. 

Click pada gambar untuk pembesaran gambar yang cemerlang.

 Code: Batik 01
Material: Crepe
Available


 
 Code: Batik 02
Material: Crepe
 Available


 Code: Batik 03
Material: Crepe
Sold


 Code: Batik 04
Material: Crepe
Available


Code: Batik 05
Material: Crepe (with stones)
Sold


Code: Batik 06
Material: Crepe (With stones)
Booked


Code: Batik 07
Material: Crepe
Available


 Code: Batik 08
Material: Crepe
Available


 Code: Batik 09
Material: Crepe
Available


 
 Code: Batik 10
Material: Crepe
Available

Kalau berminat emailkan kepada saya ye: 

sitisalwani262[at]gmail.com 

~Wanie~

24 October 2012

Sup isi ketam ikut selera sendiri

Kalau ada sharks fin baru la lagi sedap terangkat, kene pulak ada isi ketam, fuhhh. Tak payah sape2 lalu depan dan belakang, jeling pon I tak rela. Hikhikhik.





Simple gak la membuatnye...tapi sukatan bahan ni aku main agak-agak je, tak retila nak bagi yang exact. Kurang tu tambah, kurang ni tambah. Biasala masak ni kena campak-campak orang kate kan, kalau ikut sangat sukatan pun belum tentu umphhh. Jadi adjust ikut citarasa sendiri yerkkk.

Resepi Sup Isi Ketam Terangkat

Bahan-bahan

1) 250gm isi ketam
2) *Stok ayam 10 cawan (rebus beberapa ketul ayam dengan tulangnya dalam 1 setengah jam ke 2 jam - ambil air rebusannya) @ 2-3 ketul kiub pati ayam dibancuh dalam 10 cawan air
3) 150gm isi ayam yang dah direbus, dicarik-carik halus
4) 6 biji cendawan kering-direndam dalam air dan dihiris
6) Sebiji Telur (ambil putih sahaja) -.dikacau
7) 1 sudu besar sos ikan
8) 1 sudu besar cuka hitam
9) 2 sudu besar minyak bijan
10) 2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan air
11) Garam dan lada putih adjust ikut citarasa masing-masing, kalau termasin tambahkan je sedikit air masak.

*Walaupun guna air rebusan ayam asli, aku tetap tambah kiub pati ayam seketul dalam sup untuk tambahkan lagi rasanya.

Cara-caranya

1) Didihkan stok ayam
2) Masukkan isi ketam dan isi ayam
3) Dalam 3-4 minit kemudian masukkan cendawan
4) Masukkan sos ikan, cuka hitam dan minyak bijan
5) Masukkan putih telur dan dikacau dengan pantas supaya telur halus
6) Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau ke dalam sup
7) Perisakan dengan garam dan lada putih.

Manyak syiok makan panas2 dengan cuka hitam. Hirup jek. Enjoyyyy!

~Wanie~


posted from Bloggeroid

23 October 2012

This is sadness

Kelaparan-pergi sushi king-duduk 3 saat grab sushi tu sushi ni-order main dish-oh teringat mak n abah dekat rumah yang setia menunggu anakanda balik dengan selamat-orderkan california temaki 2 so that mak dan abah bole ngap sorang satu-main dish tak sampai-sampai-oh ni tak cukup ni-mari order lagi sushi-main dish sampai-makan-kenyang-tolong bungkus sushi baru order-selesai makan-bayar bil-oh boleh register sushi king card-register-bayar extra rm20 untuk register-voucher sushi king pon rm20 jimat-dapat lagi 10% discount on the spot-keluar sushi king bergegas nak balik rumah-pergi kat kereta shait kereta kena saman parking pulak-fcuk!-balik rumah-sampai rumah lepak-lepak tengok barang beli kat daiso yang comel-tetiba teringat apsal tak beli pretzel yang sedap tu-tetibe teringat lagi shaitttttt take away punya sushi and california temaki tertinggal! *!$5%%@* :P{§¦}>\{[§{!!!



Gambar pinjam daripada www.sushi-king.com

T__T
posted from Bloggeroid

22 October 2012

Makan lagi at Tony Romas

Incik Daus redeem voucher Tony Romas ni beberapa bulan yang lepas. Tak silap redeem guna Bonuslink nye point kot. Diorang send by post. Tapi lepas dapat voucher tu, Incik Daus tunjuk kat aku 1 minit je voucher tu pastu dia simpan. Selang beberapa minggu kemudian, bila dah teringin nak makan Tony Romas, dah tak nampak dah batang idung voucher tu. Hilang daa, kitorang pasrah jela tapi ralat gak aa, RM50 nye voucher. Siapa nak bagi oit.

Sekali dalam 2 minggu lepas, hikmah laki aku duk cari geran motor dia yang hilang sampai punggah satu bilik, alih-alih jumpa voucher Tony Romas tu duk elok je dalam envelope. Yiahooo. Joget lambak kejap aku ngan dia.

Tapi pastu Incik Daus berenti menari la, dia punya geran belum jumpa. Kihkihkih..aku terus sambung joget 4 jam seterusnya. 

Jadi mari mulakan acara makan-makan...ngap ngap.

Macam biasa...aku ni susah nak tukar menu dish2 ni, kalau dah suka satu, yang satu tuuula aku order tetiap kali datang. Apakah yang aku order? Macam biasaaa..

Bountiful Beef Ribs - Roma Rack...slurppp...meleleh air liur bila teringat. Side dish aku, mashed potatoes yang mantop dan jugak fries. Kalau tau aku bakal kekenyangan sampai nak tekeluar balik hari tu baik order side dish coleslaw, sihat pon sihat. Ni pergi order fries, dah tentu2 kentang kan mengenyangkan.


 Aiseyman laki den nih...dah bedal baru nak ambik gambor. Terus nampak tak menyelerakan. Dia order Lamb Ribs with Honey Plum Glaze and Shrimp Scampi. Side dish pulak mashed potatoes ngan fries gak.


 Orang kata kan tak elok makan daging haiwan darat campur ngan seafood kan. Tapi...tapi...aku suka udang! Huwaa.. Nak order Kickin' Shrimp kesayangan dah banyak sangat order, jadi order la combo lamb ribs dengan udang. Udang Incik Daus tak suka sangat jadi aku la penghabisnye. Hihi.


Muka kegembiraan sebab dapat makan daging ngan udang. Due2 pebret. Nyummmehhhhh.

Sekarang aku dah teringat-ingat Kickin' Shrimp...laparrrrrrrrrrrrrrr.

Gambar siaran ulangan...Sedap okeh..udang tu sos dia rasa manis2 gitu, kena dengan salad pulak memang umphhh.

~Wanie~

19 October 2012

Sayang, siapa Azura???!!!

Pagi tadi aku bangun2 je tidur, terus aku tanya Incik Daus. Masa tu dia baru lepas mandi, muka segar bugar ye berseri-seri. Wah wah wah.

Aku tanye Incik Daus, "Siapa Azura?"

Pastu dia dengan muka tak bersalah, "Azura? Tahla, siapa ek? Tak dapat ingat pulak siapa"

Vah vah vah dia cakap tak dapat ingat tu, bukan tak kenal.

Pastu aku cakap, "Meh sini dekat sikit, nak lempang sikit"

Pastu Incik Daus datang dekat tadah je muka. Baguih baguih.

Aku lempang manja, dia lempang balik kurang manja.

Aku sound, "Bukan main siap berwhatsapp bagai dengan Azura".

Dia cakap "Bila masanya ni, pandai2 je awak".

Aku cakap, "Tadi dalam mimpi tu ape?". Hehehehe.

Terkedu Incik Daus. Aku yang mimpi dia yang kena lempang. Kuikuikui.

Siap dalam mimpi tu aku tanye Incik Daus terus terang lagi. "Tak cantik pun Azura tu, apsal awak suka dekat dia?". Incik Daus jawab senang je, "Dah penat mengejar rupa paras". Wah wah wah wah wah. Konon melihat jauh ke dalam hati la tu. Walaupun dalam mimpi opkos tempias nya bila aku dah jaga. Kuikuikui. Mimpi tak mimpi. 

Pastu Incik Daus nak pergi office. On the way ke kereta bukan main menyanyi-nyanyi lagi Incik Daus. Bila aku dah dengar betul2 lagu apa dia nyanyi...

 "Asyik..asyik...asyik, asyik asyiknya bercintaaaaa...seakan dunia milik berdua, satukan rasaaaaa...Asyik asyik asyiknya bercintaaaa, saling melepas rindu di dada, antara kitaaaaaa".

Huh!

~Wanie~

18 October 2012

Maka

Aku manusia biasa, of course ada kala aku tewas dengan emosi. Yang boleh buat hanyalah sabar, sabar, sabar, easy di mulut, berbuku di hati. Hew hew hew.

Setengah manusia memang sengaja ambik kesempatan atas kesabaran kite kan. Macam menguji gitu. Nak uji2 aku tu nak tunggu sampai peringkat apa agaknye? Sampai peringkat aku dah nak meletup atau sampai aku dah meletup?

Letihla dengan peel mereka2 ini..Yang adam dengan caranya tersendiri, yang hawa secara halus.

I may be invisible to u now, who knows later kan.

So what? Sebab aku student jadi aku layak dipandang sebegitu rupa?

Saya student so what? I don't have a life?

Haih, mungkin dalam 8 juta orang, akan ada sorang yang appreciate kita no matter what our status pun kan? Chiaow...


O_0 Tudung untuk dijual hihihi
posted from Bloggeroid

13 October 2012

Sendiri mau ingat...

Kalau kita tak mensyukuri apa yang berlaku hari ini, entahkan esok akan lebih perit lagi. Mungkin pada masa itu, kita melihat hari ini adalah saat-saat paling bahagia dalam hidup...

#SelfReminder

posted from Bloggeroid

12 October 2012

Misteri mimpi Salwani

Tah nak bagi tajuk ape...tibai sajalah labu.

Aku bukan nak cakap aku boleh meramal ape2 ke tapi ni sekadar pengalaman aku jela kan...

Dulu2, aku ni selalu bermimpi. Mimpi yang selalunya menjadi petunjuk untuk diri aku sendiri la. Aku tak bela ape2 eh harap maklum. Hahaha kang ada yang tuduh aku bela jin pulak. 

Dulu2 masa belajar, selalunya yang buat aku termimpi2 adalah masa time dah lepas exam. Time result nak keluar. Ha time tu aku punya la takut sampai termimpi2.

Ada sekali tu aku risau sangat pasal satu subject ni, malam tu tido dalam keadaan gelisah la and aku bermimpi. Dalam mimpi aku tu, member aku si K ni pegang result exam subject tu sambil tunjuk2 dekat aku sambil cakap, "fail, fail!". Aku terjaga je terus berdebar2 la aku ingat result exam dah keluar. Sekali esoknya K yang malam sebelumnya wujud dalam mimpi aku tu saja sms nak usik aku cakap, "Wanie, result dah keluar!!". Aku pon apa lagi, terkujat la. Check2 result belum keluar. Member aku cakap balik..dia tipu je. Aku cakapla ko jangan memain, aku dahla mimpi ko cakap "fail! fail!". Sekali dia yang nervous sebab dia tau aku nye mimpi kekadang boleh pakai. Kekadang jela. Hahaha.

Sekali result dah keluar, member aku betul2 fail daaa subject tu...aku pulak lulus. Hehehehehe. Pernah jugak aku mimpi result siap dengan pointer sekali. Kihkihkih. Takut tak kawan dengan aku?

Pastu ada jugak mimpi yang pasal ex aku curang tu, 3 malam berturut-turut dalam mimpi tu ex aku curang dengan pompuan lain. Tak lama lepas tu kantoi memang ex aku curang. Hmm..

Tapiii yang paling aku tak boleh lupa is, aku tak pernah cite kat sape2 benda ni. Tah kenapa rasa nak share. Cuma bf aku je yang tau bende ni dulu.

Ada sekali tu aku tengah cakap phone dengan bf aku. Bf aku masa tu nak balik kampung naik motor konvoi. Aku tanya, dia pergi berapa orang. Dia kata dengan kawan dia sorang lagi. 2 orang je konvoi. Tengah2 cakap macam biasa tu, tiba2 aku "ternampak" satu kejadian dekat highway. Aku bagitau bf aku, "Ada satu geng 4 orang konvoi motor dah berhenti dekat tepi highway, diorang eksiden. Tapi sorang tu terbaring atas jalan, teruk nampak dia..Awak pergi dua orang je kan?". Masa aku "nampak" tu, 3 orang ni dah mengerumuni yang sorang ni, sorang ni dah terlantar dah kat tepi jalan masa tu.

Risau la kan, aku masa tu bukan bermimpi, tapi tahla susah nak cakap. Peristiwa tu aku "nampak" dengan mata hati aku kot. Bf aku cakapla, dia konvoi 2 orang je pastu terdiam je masa tu. Sebab aku and dia pun taktau benda dah jadi ke mungkin kat orang lain atau belum jadi ke khayalan semata2.

So bf aku bertolak la balik kampung dengan seorang kawan dia. On the way nak balik kampung tu, dia singgah dekat stesen minyak kat highway. Kebetulan pulak tiba2 time tu kawan bf aku terserempak dengan kawan dia ada dekat stesen yang sama nak balik kampung jugak dengan adik dia. So diorang gerak sama2. Jadi diorang dah jadi group 4 orang kan.

Tak lama lepas tu bf aku call, dia kata dia terlibat dalam eksiden. Dia dekat hospital sekarang ni. Aku tak ingat hospital mana, dekat Negeri Sembilan masa tu. Adik kawan dia dah meninggal eksiden. Innalillah..itu je aku mampu cakap. Bf aku kata motor adik kawan dia tu rosak, jadi diorang tolak dengan motor masing2. Sorang tolak dari belah kiri, sorang tolak dari belah kanan. Gilir2 la. Tah macam mana sorang tolak terlaju daripada yang sorang lagi jadi benda jadi lost control. Eksiden...

Tak lama lepas peristiwa tu, aku tanya la bf aku, dia ingat tak yang aku pernah terbayang kejadian eksiden tu, yang aku cakap kat dia sorang tu teruk. Dia angguk. Tapi tak mampu nak cakap apa2 sebab sedih kan. 

Hmm...tapi sekarang dah slow sikit. Sekarang ni pun kalau mimpi apa2 kalau boleh taknak layan. Mimpi tu mainan tidur kan..maybe kebetulan ke apa aku taktau la.

Tapi sekarang ni pun kadang2 kalau apa2 benda nak jadi, selalu aku akan rasa semacam 2-3 hari even seminggu sebelum. Sampaikan gaduh dengan asben aku pon aku dah boleh rasa dulu. Hahaha takde angin takde ribut, kalau aku dah terase-rase tu aku selalu pesan dengan asben aku, "Sayang, awk jangan gaduh dengan kite ye". Dia angguk je...jap lagi memang gaduh jugak. Hahaha pesan, pesan jugak. Kang ada je benda nak jadi nya, benda yang tak boleh elak tetiba jadi gaduh. Tahape je kan. Sakit jiwa aku. Asben aku pun dah paham sangat.

Aku ingat aku sorang je kekadang mimpi2 ni. Rupanya adik aku pun sama. Pernah abah aku sekali tu beli briefcase untuk abang aku. Dah bawak balik rumah tu abah aku suruh la abang aku bukak and check semua. Abang aku godek2 tak boleh jugak, kejap lagi aku try pulak, pun tak boleh..pening kepala kitorang. Kejap lagi abah aku panggil la adik aku suruh try, within berapa saat je dia boleh bukak briefcase tu. Terpinga-pinga kitorang. Punyala lama kitorang try godek2. Dia kata malam tadi dia tidur pastu dia mimpi dia bukak briefcase yang sama. Huahuahuahua. Bagus jugak kekadang kan dapat mimpi camtu. Nak2 pulak mimpi jawapan exam. Manyak syiokkk ooo.

Akhir sekali....



Okla...tatatatatata.

~Wanie~

11 October 2012

Cinta sakti, ptuiii - part 3

Last la...Penat aih nak mengarang. Kenangannn...Sambung daripada episod 1 and episod 2.

Setelah penat dah melayan perasaan yang menyeksa diri tu...finallllyyy...one fine day, atas sejadah selepas solat dan doa...aku bertafakur sekejap. Mengenangkan kembali apa yang aku lalui selama ni. Berbaloi ke aku nak menangis untuk orang yang tak jujur n setia dengan aku. Dia bukan siapa2 pun lagi dalam hidup aku. Belum jadi suami aku. Belum siapa2. Kenapa aku sia2kan masa muda aku untuk bersedih je sepanjang masa. Lama aku duduk berteleku atas sejadah. Aku ada mak, aku ada abah dan aku ada Allah.. Lantas apa yang aku cakap hanyalah, "Aku maafkan dia ya Allah, aku maafkan dia..aku maafkan dia". Itu sahaja...itu sahaja jawapannya...

Dia yang aku maksudkan tu ex aku la. Terus, legaaaaa...rasa macam terbang habis segala perasaan sakit hati, kecewa, amarah, prasangka...Selama ni rupa-rupanya dalam hati aku ni masih menyimpan dendam atas segala perbuatan dia tanpa disedari. Sebab tu aku masih dibayangi oleh ex aku tu. Sampaila Allah bukak pintu hati aku untuk melepaskan diri dari terus menerus menaruh harapan. Sampai bila ye tak nak biarkan diri dilanda stress.

Allah tu maha berkuasa. Sejak dari itu, aku dah takde perasaan dah pada dia. Subhanallah. Rasa macam keluar dari mimpi ngeri. Setahun lebih aku duk frust je, kejap pikir ex aku kuar ke ngan pompuan tu, masa aku takde tah2 kemain cengkerama, macam2 la pikir...tak tenangla pendek kate, serabut! 

Jadi selepas itu, Allah beri aku kekuatan...aku takde nak contact2 dah ex aku tu. Finally putus yang betul-betul putus. Takde keluar, takde call, takde sms. Teruskan hidup macam biasa...tetibe tak lama selepas tu, selang 2 minggu kot dari tu..aku dah disunting oleh jejaka lain. Hahahaha..sunting la sangat. Bukan la sunting, tapi ade org nak berkenalan la dengan aku yang selebet ni. Sms2, calling2, maka hati pun berbunga riang kembali. Hahahahaha.

Tahape-hape je kan. Tapi time tu bukannya aku nak sangat serius dengan orang baru ni cuma lebih kepada nak berkawan je. Dah serik kan nak bercintan cintun. Tak lama pun dengan jejaka baru, berapa bulan je. Tapi...tapi...sempat la jugak pergi prom night dengan jejaka baru. Kakakakaka. Gambar aku sorang je ada. Gambar jejaka tu takde sebab dah buang, asben aku marah. Hihihihihihi.


 Dulu2 punya edit kalau boleh buat bulat2 ni dah kira canggih la nih haha. Ni masa prom night.

 Cam-whoring bukan bermula baru-baru ni ye adik2. Sudah berkurun lama nya akak berada di arena ini.

 Berdiri la aku sorang2 kihkih. Buang gambar lelaki itu, buanggggg kate Incik Daus. Pakai jubah sebenarnye tapi tah la jubah singkat la pulak. Tukar la style.

Ni antara kawan2 yang banyak tolong bagi moral support kat aku time aku tintong. Tengkiu ladies!!! Kalau tak krane korang, sapela aku hari ini. Muah muah muah.

Yang baju oren cantik manis tu Ah namenye, teman menangis dan ketawa...yang baju putih pengantin tu akuleee..

 Si cantik comel belah kiri itu Nassya namenye...yang tak bosan2 dengar rintihan qolbuku...hehehe

Yang cantik molek belah kanan tu (erk! aku puji ko ni Maimok) Na'ilah namenye atau lebih dikenali dalam blog ini sebagai Maimok. Teman menangis dan meroyan skalik dulu, kini dan selamanya kan Maimok kan kan kan. Hihihi.


Sampailaaaa aku abis degree...dan konvo.


Dah keje jumpe pule teman yang cantik bergaya lagi memahami, Siti Shafinaz namenyeee...yang belah kiri sekali tu...

Akhir skali...

Bertemu jodoh dengan jejaka kacak lagi bergaya dan penyayang Incik Daus namenye...


Dah...Saja mengimbau kenangan lalu. Tatatatatatatata...

~Wanie~

08 October 2012

Makan-makan at Serai@Empire

 Burp...Alhamdulillah...

Yang ni last week punye sendawa hihihi. Sila tampor aku kalau suke.

Pada suatu hari yang indah, si bini membebel tanpa henti sepanjang pagi. "Kite dah takde seluar laa..seluar satu tu koyak, pastu banyak yang tak muat, pastu yang jeans tu pon koyak jugak, tinggal satu je jeans boleh pakai" x 88 kali ulang ayat yang sama.

Oleh kerana si suami dah stress, maka diajakla si bini ke Empire. Why Empire? Sebab Empire ada Ms Read. Hahaha. I kan gumuk di vontot, kalau beli sebarangan seluar kang tak sedap pakai. Kalau dah tak sedap pakai, jangan harap, diulangi jangan harap aku nak pakai walaupun seluar berharga RM8000 sekalipon. Dah dapat sehelai seluar jeans murah sajer, perut pon berkeroncong.

Incik Daus dah kenyang dah, sebelum keluar dia dah makan nasi lemak. Aku pulak memang breakfast awal gila lagipun kalau keluar tak makan sekali ni rasa macam tak complete je. Selalu kan kitorang makan kat Serai Seksyen 3 tu je, tak pernah lagi try yang dekat Empire ni. Banyak review kata sedap, ada gak yang kata biasa2 je. Jadi mari cuba.


 Biasa la, ayam dah terkopek baru aku ingat nak amik gambarnya. Ini adalah Serai Platter. Ada nasi serai, rasa macam nasi minyak (kot?), pastu ada ayam goreng, honey squid, asam pedas ekor and sayur acar, harga RM25. Overall combination food ni not bad la pada aku tapi aku suka gile honey squid dia. Nyam nyam sedap weh. Sebab aku suka masakan ada manis2 kan, jadi aku kata sedapla. Kalau orang tak suka manis, maybe tak suka la. Asam pedas ekor tu pulak daging dia lembut je, dari segi rasa ok, boleh tahan.

Samala dah makan sekerat baru teringat nak ambik gambar. Pavlova Serai as usual, sodappp. Incik Daus dah kenyang, dia la yang order pavlova je tapiii..apsal macam tak segemok dulu pavlova dia ha? 

Okla tu je updatenye hehehe...tatatatatatatata.
 
~Wanie~

04 October 2012

Bahaya tau contact lens

Cerita chenta sakti hark tui kena sambung nanti hehehe. Nak cite pasal mata. Mata oh mataaa...

Alkisahnya last week aku pergi Plaza Alam Central dengan Maimok, ada hal dekat SSM. Tah kenapa hari tu aku terlebih rajin nak pakai contact lens sebab selalunya contact lens ni aku pakai masa hari raya ke, kenduri ke sebab time tu je aku rajin nak pakai shawl. Rasa cam rugi kalau tak pakai sebab semenjak beli baru pakai 3-4 kali je. Kalau tak aku belasah pakai spek je. Tapi dah benda nak jadik kan. Pengajaran jugak buat aku supaya berhati2 when dealing with contact lens. Haih.

Aku taktau la masalah berpunca daripada contact lens ataupon kebetulan masa pergi kat tempat ramai2 ni mata aku tetibe nak terjangkit dari sape-sape yang sakit mata ke kan. Contact lens tu aku beli masa hari raya hari tu, katenya contact lens untuk 3 bulan. So aku pikir wah jimat, takyah la tetiap kali nak raye baru nak beli kan. 

Selama ni aku pakai contact lens yang jenis sebulan2 punya, takda sampai jadi macam ni. Yang ni barula aku nak try pakai lens yang tahan 3 bulan, dah tetiba jadi hal pulak. Aku first pakai lens tu masa hari raya puasa, 19/8/2012 kan, last week masa aku kena sakit mata tu, 27/9/2012. Jadi lens yang aku pakai ni baru sebulan lebih. Adakah aku tertipu dengan tokey kedai yang jual lens tu? Adakah lens tu dah expired, ataupon aku cuai membersihkan lens and lens telah dijangkiti bakteria?

Apa-apa pun, effect nya sangat pantas ok. Bukan sebelah mata je kena tapi dua2 belah mata jadi merah. Aku pakai daripada pukul 1 lebih ke 2pm, aku sampai rumah pukul 8pm camtu, kire pakai lens tak lebih dari 8 jam pon, terus aku bukak lens. Bukak2 je lens, within beberapa saat, mata aku terus merah gila and rasa tak selesa. Dia tak rasa sakit menyucuk, more to rasa mata macam kering dan jugak macam ada benda dalam mata. Tapi mata adalah berair. Aku tak ambik gambar time merah tu sebab takut sangat tengok. Macam mata jembalang woo. 

Aku berani ambik gambar masa hari kedua je, dalam gambar ni tak merah sangat dah. Masa hari pertama tu merah mata tu 3 kali ganda lagi daripada ni dan jugak tak nampak mata putih dah, semuanya merah.

Bergegas aku ajak Incik Daus pergi pharmacy, terus beli ubat mata, Xepanicol nama dia. It works like a charm for me. Cepat jugak hilang rasa tak selesa kat mata tu, tapi merah tetap merah. Risau gile, dalam fikiran aku time tu duk terfikir, matila esok bangun tidur macam mana kalau tiba-tiba lagi teruk ke, mata jadi tak nampak ke. Nauzubillah. Ngeri sangat!

Xepanicol - Antibacterial Eye Drops.

Mata memang senang sangat nak rosak kan. Memang serik aku nak pakai lens. Tapi taktau la serik sampai bile. Hehehe. Aku, sile insaf! Tobat la buat sementara ni nak pakai lens. Kadangkala kecantikan itu bisa membinasakan kan? Ewah. Nantila aku jadi pengusaha shawl khas untuk rakyat bercermin mata, impian gitu. 

Si tonet ni tengah batuk selsema and banyak kahak. Sedih kan bila anak sakit. Mama doakan kamu cepat sembuh ye Aqeel. Amin...auntie2 tolong doakan sekali ye. Terima kasih banyak-banyak...


Jumpe lagi...tatatatatatatatatata....

~Wanie~

03 October 2012

Cinta sakti, ptuiii - part 2

Sambungan daripade episod lepas, vah vah vah, untuk bace entry sebelum ni, baca kat sini.

Maka keesokannye...

Berjumpelah aku dengan P dekat kolej Kenanga. Aku bawak ape tau mase tu, bawak chocolate Fererro Rocher dengan coklat ape tah satu lagi. Hahaha. Apa motip aku bawak bende manis bagi kat minah tu. Manis sangat ke pertemuan itew? Harkkk tuiii. Keji. Patut aku bagi rebung ke jering ke petai la kan bagi menggambarkan kepahitan ataupun bawak je tapak kaki untuk ajarkan kepahitan pada pompuan itu.

Masa first time aku jumpe die, biasela mesti la judge kan.. Hmm..boleh tahanla minah ni. Kulit putih bersih. Umur mude setahun dr aku. Rupe ok laaa, tapi bak kate sorang kawan laki aku yang pernah terserempak dengan minah tu dengan ex aku kat Menara, "Biase jela minah tu, tapi bukan taste aku la". Hihihi. Orang laki yang cakap eh bukan aku pon :P

Dah jumpe tu, si P ni cakap kat aku, "Akak (dia maksudkan akula) boleh tahan jugak eh, kenape.....". Ayat dia habis kat situ. Aku paham maksud si P ni. Maksud dia tu kenapa eh ex aku nak gak curang gitu. Oh tidak2..aku tak termakan dengan kata-kata manis pujangga ko. Aku nak soal siasat jugak.

Aku bengang sangat masa tu dengan ex aku masa tu sebab rasa tertipu, dikhianati sumela. Kalo tak suke, ko terus terang kan, jangan la tipu aku hidup2. Sebab masa tu aku memang chenta gila la sama ex aku, stok nak kahwin punya, bukan cinta monkey semate2. 

Masa jumpa depan2 biase la, si P ni sopan kemain. Aku je bangang lurus bendul percaya kat kate2 dia. Aku pon taktau apa motip aku pi jumpe si P ni. Buat tambah beban jiwa aku lagi ada. Setelah disoal siasat:

Dia kata dia kenal ex aku sejak cuti semester sebelumnya, kenal thru MIRC (chatting online), dia pon tak sangka la kunun2 nya ex aku ni ada gepren. Konon dia tertipu la. Pastu tetiba dia kata boleh kata hari2 la diorang jumpe, call pon hari2 la, sms semua. Time tu student kan. Kalau call2, sms, kire sanggup berkorban la sbb time tu call2 sms2 ni masih mahal lagi. Nada bangga gila la, kompiden gila cara dia bercakap tu macam dalam hati dia, 'boipren ko dah angau sama gua la kak, melepas la ko kak' gitu.. Pastu jap2 si P ni tengok henpon sorok2 macamkan aku nak tengok henpon dia, jap2 tengok henpon sorok2 padahal aku berdiri selang 6-7 tapak dari dia. Annoying gila babi depan aku nak buat camtu. Motip??? Konon2 balak aku jap2 sms ko la?

Pastu aku tanye die, dah tau ex aku ni dah bergepren ni, dia still lagi ke nak contact2 ex aku? Dia kate "Taknak dah la saya. Memang takmo la, dah dia tipu2 saya". Tuiii. Memang taknak la sangat. Memang la pompuan jugak yang merosakkan pompuan yang lain. Lagi gila babi dia call, sms ex aku. Macam saje la cabar aku gitu. Tu boipren orang dia boleh buat camtu, kalo laki orang camni jugakla kot kesnya. Ade skali tu aku ngan ex aku keluar makan, ex aku bangun gi toilet, hp dia tertinggal kat meja makan. Pastu sat2 lagi si P ni main miss call2 tau. Aku saja angkat nak dengar tapi tak kata ape2 la, keluar la ayat 2 saat si P ni, "Tengah buat ape tu?" pastu letak. Nak ajak sembang 2 saat. Oh memang ko taknak sangatla kan nak berhubungan dengan ex aku tu.

Sebagai pompuan psiko, aku nak biarkan ke? Oh tidakkk...hahaha. Aku sms la pompuan tu, ayat pastila sopan kan walopon dalam hatiiii. "Kenapa P? Ni akak ni. Hp dot dot ada tertinggal kat akak". Lamaaaaaaaaaa dia tak balas2. Pastu dah lama baru dia reply, "Sori kak, saya tertidur.". Tu je dia mampu cakap sebab dah terkantoi. Taknak contact dah kunun. Kah kah in ur face woman!

Aku pon ada tanye lak ex aku. Dia dah sayang ke kat pompuan tu. Dia angguk. Ex aku kata kat aku, kite putus jela. Nanti satu masa nanti mesti dia akan carik aku balik nanti. Tapi dah konon putus tapi kejap2 dia contact balik, tak pon aku contact balik, keluar macam biasa balik. Tapi bila kantoi dia jumpe2, contact2 lagi si P, jadi gaduh balik. Nangis2 balik, drama2 balik. Yang si P ni tau ex aku still dengan aku, tapi dia nak jugak cuba rampas. Kira dia taknak menyerah kalahla. Ex aku bitau aku, si P ni nak pasangan dia samada lelaki yang ambik course engineering je, law pon ok la, yang ambik sama course business cam dia, dia takmo. Vah vah vah. Kena pulak ex aku pon engineering, tu yang takmo lepas tuh.
Benda ni berlarutan lama tau, penuh drama la. Apsal aku stay dengan ex aku, aku pon taktau. Sebab aku dah sayang gila kot, pada masa tu aku rasa dalam dunia ni, aku takkan dapat la yang sebaik ex aku, memahami macam ex aku. Ex aku memang baik pon tapi tahla prangai laki, manelah aku nak jangka.

Sampai kawan aku bawak aku berubat untuk melupakan ex aku tu. Sebab memang gila teruk la aku merana. Hari2 aku menangis je. Aku tau ex aku tu tengah nak test market tapi still aku nak jugak kat dia. Kitorang tak pernah putus yang betul2 putus. Time tu aku rasa hidup aku terkapai-kapai, tergantung gitu. Berat aku turun 7kg kot dalam sebulan dua je. Betapa teruk effect dikhianati nih.

Masa pergi dekat berubat tu, aku gi ngan 2 orang member aku ngan sorang tu bawak boipren sekali. Ok la dah berubat semua kan. Masa kawan aku yang couple ni keluar dari rumah orang berubat tu, sekali orang berubat tu bagitau la , "Boifren kawan kamu tu pon banyak pompuan, tak boleh dipercayai sangat, pandai putar belit". Erk. Aku ngan member aku yang solo ni tak bagitau pon kat kawan aku yang bwk boipren tu. Kitorang diamkan aje sampai la skarang.

Sekali semalam baru aku bagitau kat member aku tu yang dulu orang berubat tu cakap camni2. Hangin gile member, dia kata 7 tahun dia merana dengan ex boipren dia, apsal tak bagitau dia semua. Hahaha. Takkan aku nak bagitau kan, mane la nak tau kesahihan cakap2 orang berubat tu. Sekali ayat member dah hangin dah keluar daaaa:
Sampai ke tetek perginye member dah hangin. Betik terlebih masak? Auwww. Hahahahahaha. Tapi takpelaaa..ko pon dah kawin dengan lelaki yang lebih baik 8 juta kali gande dah pon kannn.

Opsss sambung balik. Akhirnya setelah lama berendam air mata, penderitaan aku pun berakhir...adakah ex aku akan pulang ke pangkuanku dan menyepak si P dari hidupnye? Adakah pompuan itu melutut memintak maap padaku?

Sambung nanti eh..heheheehehehehe. Huahuahuahuahua. tatatatatatatatatata.

~Wanie~

02 October 2012

Cinta sakti, ptuiii - part 1

Aku tulis blog sebab aku dah mula suka menulis dan bercerita. Aku start buat blog tahun 2009 tapi mula aktif baru tahun ni. Tersadai je blog aku dah berapa tahun.

Aku very reserve punya orang. Dulu masa aku buat blog, aku jadi bingung, patut ke tak patut aku menulis tentang hal tu tentang hal ni. Padahal kekadang benda2 kecik je. Tapi panik attack macamkan nak cerita hal dalam selimut.

Aku tak reti nak bercerita, aku tak reti nak berkongsi rahsia tapi aku tau aku pendengar yang setia.

Even masa muda mudi dulu, aku tak reti nak share dengan mak aku siapa boyfriend aku walaupun aku tau mak abah aku sporting punya orang asalkan tak melampaui batas la opkos. Duhhh.

Sampaila dah berumah tangga ni. Aku tak reti nak share dengan asben aku yang aku sebenarnya aku tension hal ni hal tu. End up aku carik pasal kat bende lain supaya ketensionan aku dapat disalurkan. Hahaha.

Masalah dalaman betul aku ni. Ke memang perangai orang berbintang Leo generally adalah begini. Mesti orang ingat aku jahat sebab emo je kejenye. Yang sebenarnya problem besar aku kat dalam kepala tapi yang keluar dekat mulut cari nahas benda2 kecik.

Seingat aku penah sekali je aku menangis dan keluarkan semua isi hati aku depan mak abah aku itupun sebab kes putus cinta. Masa tu aku memang dah tak tahan sangat la. I really needed someone beside me masa tu. Biasanya aku tanggung sendiri masalah aku, I don't even share my problems with my bff ke bf ke pun tak. Kalau pressure sangat nangis puas2 kat atas tilam bagi orang tak dengar. Hindustan sangat. Bila keluar bilik buat muka normal tapi mata bengkak. Hahaha.

Masa aku nangis depan mak abah aku tu sebab ex aku curang and tipu aku hidup2. Masa tu time diploma kat UiTM, umur dalam 20 ke 21 time tu. Time tu bebudak dip ni dapat duduk hostel. So masa tu aku dapat hostel Melati. Aku masa tu chenta separuh gila la kat dia. Aku punya percaya gila la kat ex aku masa tu tapi Allah nak bg petunjuk kat aku, ada few nights ni aku dapat mimpi, mimpi yang menunjukkan yang ex aku curang dengan sorang pompuan ni. Samar2 aku nampak muka pompuan tu dalam mimpi tu. 2-3 malam aku dapat mimpi benda yang sama.

Aku anggap semua tu sekadar mainan tidur, sampaila satu tahap peel ex aku jadi pelik gile. Aku kan duk Shah Alam je, ex aku pulak duduk kolej Jati kat seksyen 2 tu je, kalau nak dating memang dekat sesangatla. Jadi kalau nak keluar makan tu, senang sangatla sebat mana2 kete yang ada untuk berdating. Hew hew hew.

Biasanya kalau dating naik kereta, akula drivernya, ex aku belum ada lesen time tu. Boleh je bawak kereta tapi risaula kene saman. Dahla student kan, kitorang sengkeklak tu. Kalau sebelum2 ni, masuk je kete, segala benda dalam poket dia, dia campak je kat ruang tengah kereta tu, termasukla hp sebab rimas poket penuh. Tapi sejak dua menjak tu, hp dah tak nampak langsung, semua kasi sorok dalam poket. Pastu perangai dia pun berubah jadi pendiam, macam keluar makan pun ala2 terpaksa gitu.

Sampai la ada one time tu, ex aku nye hp kejap2 vibrate, kejap2 dengar bunyi vibrate. Oh rupenye silentkan tipon. Oleh sebab aku dah syak wasangka maksima, aku pon apa lagi, bermula la drama melayu, aku nak korek jgk rahsia apsal sampai silent2, prangai berubah semua. Adegan rampas merampas tipon dimulakan, tak kirela mase tu ada orang nmpak ke tak. Haha lantok. Aku kan psiko. Jadi akhirnye aku bejaya jugak dapat tipon sbb ex aku dh malas nak layan pompuan psiko. Kakaka.

Masa time tu kan zaman main missed call2. Ataupun cakap untuk 2 saat je sebab bawah 2 saat kredit tak tolak tak silap aku time tu. Sebab tula hp ex aku tu tervibrate2, pompuan tu nak ajak sembang 2 saatla. Ala contohnya nak tanya,

"Tengah buat apa tu?". Letak tipon.

"Tengah makan. Awak?". Letak tipon.

"Tengah cakap tiponla. Hihihi". Pundek.

Aku membayangkan itulah dialog diorang. Keji la penipuan itu. Rupanya pompuan tu pon duk kat hostel UiTM gak. Sakan gila ex aku. Habis dating ngan aku kat Dataran Melati tu, (bebudak UiTM taula kan di mana tempatnye), pastu ex aku ni gi dating lak ngan pompuan tu. Vah vah vah. Kemain romeo ye kau. Takpe...takpe.

Eh lupa nak cite, dapat rampas tipon maka terbongkar la rahsia bergepren dua. Eh sebenarnye bukan dua, time tu ex aku tengah rancak nak test market maka ramaila kenalan2 pompuan. Tapi yang sorang tu la no hp dia paling byk and also sms dia paling banyak. Aku namakan pompuan tu B. Eh tak jadila, B cam ala2 nak manja2 "baby" lak, tuii apahal aku nak bagi gelaran manja kat ko pulak. Jadi kite tukar ye, tukar nama dia jadi P. P for pompuan merenyam. Hahahaha. Tak pasal je aku dendam kesumat lg. Aku pedulik hape, dia dah penah palit titik hitam dalam ati aku ni. Tercalar hati I dibuatnye. Ouch.

Aku pun dengan segera amik no hp pompuan tu sebab aku ada plan seterusnya. Hew hew hew. Tanduk syaiton dah kluar.

Beberapa hari selepas tu, mase ex aku takde kat Shah Alam,aku pun memulakan misi. Aku sms pompuan tu kunun2 nak berkenalan and guess what. Dilayan okkk. Sonang bebonar nak memikat ekau ye. Last2 cut short jela ek, dalam sms tu aku ngaku kat pompuan tu aku sebenarnye gepren ex aku time tulaaa. Aku nak jumpa dia. Dia pon orait je aku nak jumpa.

Maka keesokannya....

Huarghh..ngantukla. sambung esokla ek. Hehehehehe.

Tatatatatatatata.
posted from Bloggeroid