Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

26 April 2012

Pengalaman bersalin tak diduga 1

Aku rasa aku tak pernah share pengalaman aku bersalinkan Aqeel kat mane-mane..Kalau ada pun just secara gitu-gitu je takde la detail.

Alhamdulillah, rezeki dapat anak Allah bagi awal. Aku kahwin bulan 2, bulan 4 camtula aku rasa aku buat pregnancy test and terus turned out +ve. Kirenye aku beli test kit murah kat Watson tu accurate jugak. Haha takde pon gune brand Clear Blue yang glamour tu. Sepanjang pregnant Alhamdulillah chekcup ok je, cuma dalam buku checkup tu, yang selalu merah adalah weight aku. Asik naik dengan melampau-lampau. Mana taknya aku melantak makan macamkan beras tu diramal pupus doplohpat jam kemudian. Sekarang hambik la ubatnye, takleh nak turun-turun dah berat aku nih. Masa pregnant tu aku duk Melaka sebab hubby keje sana kan.

Rutin hidup macam wanita pregnant yang biasa laaa..sampai masa checkup, pergila jadi pak pacak kat Klinik Kesihatan (sile buat buku merah, sangat penting!). Sepanjang checkup Alhamdulillah, tak pernah la ada detect problem diabetes ke hypertension ke anemia ke walaupon berat over, Alhamdulillah.. Cuma aku pernah jatuh terduduk sekali atas jalan tar. Terkoyak lutut ngan buku lali, kene cuci luka sakit gile oi. Oh ye, aku jugak selalu gile travel Melaka-Shah Alam-Melaka. Biasanya jumaat hubby abes keje, kitorang pun berangkat balik Shah Alam, pastu ahad pulak, berangkat balik Melaka. Boleh kata tiap-tiap minggu rutin travel Melaka-Shah Alam ni aku lalui. Nurse KK memang pernah bagitau aku,

 "Awak kerap sangat travel ni boleh menggalakkan kelahiran bayi awal dari tarikh jangkaan tau".

Aku masa tu angguk jela. Travel tetap la travel. Sampai la masuk bulan yang ke 8...Masuk 8 bulan setengah dah pregnant, ada few nights aku rasa restless sangat, sampai tak boleh tidur. Pusing kiri-kanan-melunjur-meniarap-terlangkup sume tak jalan. Sampaila ada satu malam tu, masa buang air kecik, aku prasan ada keluar lendir coklat2. Aku macam pelik, tapi aku wat taktau je sebab aku takde rasa bende pelik2 apa. Baby pun kicking macam biasa. Lendir coklat ni kuar berturut-turut 3 hari. Asal check je ada, check je ada. Aku buat research kat internet, search under brown discharge, ada yang kata its just old blood, nothing to be worried about, normal sume..tapi most articles yang aku jumpa commenting on brown discharge at early pregnancy takdela pulak at the third trimester pregnancy. Maybe aku tak betul-betul search kot. Aku still cool lagi sebab aku tak expect anything serious daripada lendir tu. Aku just mintak hubby tanyakan kat auntie dia pasal condition aku ni, tanye orang dah berpengalaman lagi bagus kan. Sekali auntie hubby kata, 

"Eh tu tande orang nak bersalin tu, bawak Wani pergi klinik check cepat."

Still aku tak panic lagi sebab confident je aku kan brown discharge tu takde pape. Hubby bawak pergi klinik kat area Melaka jugak, lupa la nama klinik, sekali Dr tu trus check bukaan tau. Dia kata bukaan dah 1.5cm. Tak melompat aku kat situ. Confident takde pape konon. Trus aku risau giler2. Aku tanye Dr, sempat tak saye nak balik S.A untuk bersalin. Dr kata insyaAllah sempat. Dr bagi referral letter la dah aku kata nak jugak balik S.A kan. Aku bergegas balik rumah, kemas jela apa yang patut, barang baby sume trus bedesup balik S.A, tapi bukan balik rumah tau. Aku terus gi Pusat Bersalin UMRA. Sampai UMRA tu dah malam.

Sampai kat UMRA, aku admitted overnight. Esoknye Dr pun check, nama Dr memang takde sorang pun aku ingat. Kepala dah ke awangan. Dalam kepala aku dah serabut, betul ke kene bersalin betul ke betul ke betul ke. Sebab tak ready kan campur risau keadaan baby sebab belum cukup bulan. Serabut gile masa tu. Dr check2 sekali Dr cakap, air ketuban aku kurang. Adoih. Dah gitu pulak. So Dr kata, saya akan tulis referral letter ke hospital kerajaan sebab kat sana cukup alat untuk handle premature baby. Kebanyakan serious cases direfer terus pade hospital kerajaan, sebab tu penting buku merah   (buku rekod sepanjang mengandung). Terus discharge UMRA and bergegas ke gomen. Letih jangan cakapla, dengan tido tak lena risau punye pasal, few nights sebelum tu dahla tak dapat tidur kan. Dari Melaka ke S.A, dah nak kene gi hospital gomen lak.

Sampai ke hospital gomen, aku pun menunggu dan terus menunggu. Adoilaaa..lama gila menunggu. Tak tahan aku. Dahla letih kan. Duduk kat kerusi pun dah tak betah aku sebab pinggang dah sakit. Menangis aku kat situ. Pastu sampai turn aku, Dr pun check and confirmed, memang air ketuban aku kurang. Memula Dr kata, aku akan diinduce (bersalin paksa) hari tu jugak. But tetibe dia kata, kejap saya discuss with my colleagues, so dia datang balik kat aku and cakap tak payah induce malam ni, monitor dulu. Kene admit la kan. Aku kena menunggu lagi untuk bed pulak, sampai membawak ke malam, aku terus request untuk tukar hospital sebab dah tak tertanggung letih aku ni. Nama pun pregnant kan, berdouble2 aku punya letih. Memang emosi gila la, aku request jugak nak tukar hospital. Hospital ni ok je cuma ramai gile umat and kes2 serious la yang diberi priority kan.

Hospital tu memang boleh handle kes macam aku ni, cuma nya orang ramai gile and aku yang dah tak tahan menunggu. Ada isu gak la time tu sebab aku mintak tukar hospital lain, seolah-olah hospital ni takleh handle kes aku. Aku cakap bukan camtu, tapi sebab orang terlalu ramai, and aku ni dari Melaka, admitted one day at private in S.A and now here I have to wait for how many hours more? I'm tired and I couldn't stand it. Please arrange my request to transfer to other hospital. So diorang pon agree la dah aku berkeras and aku kena sign la travel at my own risk la apa kan. So aku request untuk pindah ke hospital kedua ni. Sampai sana pergi kat emergency la sebab dah malam 9 lebih ke 10 lebih malam kot masa tu, bagi buku merah and referral letter. So, kat hospital 2 ni, Dr check la kan. Tetibe masa nurse letak tahla apa nama kat perut aku tu untuk check contraction, nurse tu kata dah ada contraction. Dia tanya aku ada sakit tak? Aku kata takde..Nurse tanya aku, rasa ngilu2 sikit pun takde ke sebab contraction dah kerap ni? Aku kata takde..memang takde, aku just rasa memang perut mengeras, jap-jap mengeras but takde rasa sakit langsung masa tu. Nurse pun keluar pi jumpa Dr... Tetibe Dr masuk and jumpa aku, dia cakap, 

"Awk kene caesar ye."

Aku tanye bile?

"Sekarang ni, sebab baby dah makin lemah."

Aku terdiam. 


Akan bersambung sebab aku dah penat menaip hehehe...


~Wanie~

2 comments:

  1. suspen3. mcm tgh tgk citer hntu. nk bace siri seterusnye pulak.

    ReplyDelete