Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

22 June 2012

Aku dah gile Tupperware hahaha

Fine...fine...makcik sangat statement aku ni. Tupperware pon nak gile. Hahaha. Dulu masa duk rumah mak, duk la bising, "Buat pe la mak beli tupperware bebanyak ni makkk. Kan dah banyak dalam cabinet tuh". Sekarang hambik. Aku pulak keje nak beli tupperware je. *Hukum karma sangat*. Hew hew hew.

Bila kite dah duduk sendiri baruuuuu la tau. Nak serve lauk pikir tupperware, nak simpan lauk pikir tupperware, nak isi kopok pon pikir tupperware. Hihihi. Ha kau, skarang baru ko perasan ye semua bende memerlukan taperwer ye. Of course la ada bekas2 isi makanan memacam brand. Tapi oleh kerane aku dah didedahkan dari kecik oleh mak aku dengan kemantapan, kekedapan udara dan kualiti tupperware, makanya pembeli tegar Tupperware la mak sekarang noks.

Baru-baru ni aku telah berjaya membeli belah tupperware2 ni. And ada some aku dah terlebih beli, maybe ada yang nak dijual jugak. Bergune I tell you bekas2 nih.

 Mangkuk idaman hati untuk serve lauk sebab ada penutup. Takyah pakai tudung saji. Modern gitew.

 Hasil tangkapan pertama. Taruk gule, rempah dan sebagainye.

Hasil tangkapan kedue, selamat jadi Tupperware export import lauk rumah mak aku dan jugak isi susu formula Aqeel.

Ni la hasil tangkapan terbaru aku. Ho yeahhh. Mase mak pak mentua aku datang ritu, aku serve nasi dengan angkat periuk nasi ke meja makan hahaha sebab takde serving bowl. Kesian tak aku. Best set nih sebab microwaveable, kalo nak panaskan pape trus masuk dalam microwave je. 

Bergune kan? Terpengaruh la tewww. Hihihi.

~Wanie~

4 comments:

  1. owwhh...meh ler jadi ahli... :)

    ReplyDelete
  2. welcome to the club. pasni boleh la wat party tupperware. hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha bole2 kak nad..jangan lupe sertakan skali carrot cake yang marvelous itewww

      Delete