Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

25 March 2013

Tudung baru CouleursHijab & makan2 at Strawberry Fields Kafe

Waduh..waduh..sudah lama gue abandon blog gue..kasihan sih. Nak cite pasal makanla apa lagi pon entry blog ni berkisar pon kan.

Tapi nak update entry baru nak promote tudung baru gak..hehehe *sedang disepak laju2*

Nah tepek gambar sebijik..jemput ke facebook CouleursHijab atau blog CouleursHijab untuk aktiviti seterusnya hewhewhew.


Aku first time dengar pasal Strawberry Fields Kafe ni, tak pernah dengar pun sebelum ni. Restoran ni ada di PJ and USJ 10, Taipan..aku pergi yang kat Usj 10 punye.

Adik aku Safwan yang bagitau pasal restoran ni. First aku tanye opkos harga, Safwan kate harge okla..tak mahal sangat, ada yang bawah RM10 untuk western. Itu sudah bagush. Mari terjah. 

Hari sabtu ritu aku terjah..setelah digodek2 di gugel dan teserempak dengan blogger yang penah pegi makan restoren ni, kebanyakan ada gambar makan Butter Cream Chicken Rice. 

Maka aku pon cube. Not bad at all. Rasa lebih kurang macam The Chicken Rice Shop punyer Butter Chicken tu cumeeee ayam dia tu tak garing la, ayam dia cam masak skali dengan sauce tu. 

Tapi sodap je pon. Boleh request nak cili padi or taknak.

Butter cream chicken rice, price bawah RM10 tapi tak ingat...nyum!


Ni Incik Daus order..beef steak, RM19 ++. Dari segi rasa ok, boleh tahan..maybe gravy tu agak tak kene, sepatutnya order black pepper sauce instead of brown sauce.


Ni order untuk Aqeel, claypot chicken rice and mushroom..ok la, boleh tahan..tapi aku lagi suke kat food court Giant seksyen 13, Shah Alam. 


Amboi model kedai tu, kemain eksen muke :P

Akhir skali gamba kemho tuan tanah nak promote tudung ok. Hahaha.

 Harap jangan tertipu dengan kulit yang konon flawless. Sume tu adalah edit. Rupa sebenar adalah comot gilos.


~Wanie~

07 March 2013

Aquarium dalam bilik tidur

Agak2 possible tak..dengan life orang Malaysia yang sentiasa mengejar masa ni. Pagi subuh dah keluar, balik dah nak maghrib, agak2 ada masa tak nak maintain aquarium? Nak tips please sapa yang ada bela ikan dalam aquarium. Dari segi maintenance cost macam mana pulak eh?

Bestkan kalau ada aquarium dalam bilik terutama kalo bela ikan laut cam fish nemo tu kan. Kiut giler please, dengan terumbu karang semua, awesome! Pastu mesti rasa tenang kan sebab somehow bila tengok ikan2 ni berenang rasa cam release tension, rasa cam turut sama berenang dengan ikan2 tu. Sebab ikan2 ni kan sentiasa berzikir, salah satu nikmat Allah bagi jugak tu kan.

Anyways...ada a few gambar aquarium dalam bilik yang awesome aku nak share, some macam tak termampu la untuk aku dari segi budget eh bukan some, semua aku tak mampu tapi tetap best untuk berangan hehehe. Semua images from Google. Enjoice!

Ok..bilik ni memang awesome tapi aku ni agak trauma lalu bawah tunnel, selalu terbayang memacam yang ngeri2, mungkin aku kejung tak tidur2 kalau dapat bilik camni kakakaka. Mesti terbayang camne kalau leaking pastu nanti lelama tunnel tak dapat bertahan pastu jaws datang menatap aku umpama dinner dia uwaaaa. Tapi bilik ni memang awesome. Cube gugel Conrad Maldives Rangali.












 Lawa gile view oit!! Bangun pagi mesti bertambah malas aku nak gerak kemana2. Melingkau atas katil je kejenye nanti.

Semua tak termampu la den nak realisasikan. Kalau aquarium kecik size biasa tu mampu la kot. Tu pon berpinar mata nak maintain. Macam aquarium kat bawah ni smart jugak letak kat hall kan. Tapi memang rajinla aku nak membasuh aquariumnye kan. Kahkahkah.



Ok la...tatatatatatatatata.

~Wanie~

04 March 2013

Resipi Spaghetti Aglio Olio

Cakkk! Selamat hari isnin...hari paling blues antara semua hari yang ada...

Semakin blues bila memikirkan keadaan di Sabah..aku yang kat Semenanjung ni pun stress...Baca macam2 status kat FB yang menuduh sana sini. Aku tuduh ko, ko tuduh aku. Oh man, enough with the politics already derrr...we're in the middle of a crisis ni. 

Bukan main2 punyer, nyawa dah melayang. Banyak sangat keyboard warriors eh. Dok hentam2 polis bagai, tu pon berani online jela. Kalo suruh pergi barisan hadapan kat Lahad Datu sana, masing2 nyorok blakang di sebalik jamban gamaknye. Bab2 speculate nombor 1. 

Tolongla hargai jasa mereka2 yang berjuang untuk kite lebih2 lagi mereka pon ada keluarga. Kite tak berada di tempat mereka bukan bermakna satu tiket untuk kite cakap ikut sedap mulut. Lebih baik kite yang belum terkena lagi ni berdoa untuk kesejahteraan rakyat Sabah and Malaysia keseluruhannya.

Hari ni berlaku di Sabah, esok lusa tah kat mana lagi..nauzubillahimindzalik...

Sudah cukup saja tazkirah petang isnin...mari lihat resepinyaaa... 

Lately ni kemaruk btol makan benda ni hahaha haruslah penyebab utama kegemokan yang nyata. Resepi ni ikut sedap anak tekak aku je, tengok kat satu blog ni resepi ni pastu bila nak try ingat2 lupa blog mana. Jadi aku campur aduk je yang mana ingat. Maafla tak dapat nak kredit sesape.
 
Resepi Spaghetti Aglio Olio

Bahan-bahan

250g spaghetti (separuh bungkusan) 
6-7 ekor udang size sederhana
2-3 ekor sotong size sederhana (dipotong2) 
1/2 sudu kecik lada hitam (serbuk@coarse)
4 ulas bawang putih
4 biji cili kering dihiris
5 biji cili padi
1 ketul kiub pati ayam
3 sudu besar minyak zaitun(untuk rebus spaghetti dan jugak tumis aglio olio)
Sedikit garam kalau tak masin...

Kalau takde minyak zaitun, guna je minyak biasa. Guna apa yang ada saja ok. Anyways, minyak zaitun kan baik untuk kesihatan, leh la invest ye tak. 

Cara

1. Didihkan air dalam periuk. Bila air dah mendidih, masukkan spaghetti dengan sedikit minyak  zaitun. Rebus sampai masak.

2. Dalam periuk lain, didihkan air dan rebuskan udang dan sotong yang telah dibersihkan bersama sukatan air yang rata2 je cukup untuk cover udang sotong tu bagi tenggelam. Tak payah banyak sangat.

4. Setengah cawan air rebusan udang sotong ni dibancuh dengan 1 ketul kiub pati ayam. Kacau2 sampai kiub pati ayam hancur. Ketepikan dulu, akan digunakan kemudian.

3. Dah siap rebus spaghetti dan udang sotong, boleh la start menumis. Di dalam kuali, panaskan 2 sudu minyak zaitun.
4. Tumiskan bawang putih dan cili kering.

5. Masukkan bancuhan air rebusan udang sotong dan stok ayam. Tuangkan lada hitam dan masukkan cili padi. Kacau2.

6. Masukkan udang dan sotong yang dah direbus. Tak payah lama sangat nanti overcooked liat sotong.

7. Dah agak kering sikit air rebusan tu, boleh la gaulkan spaghetti dalam kuali. Gaul sebati sampai kering ala2 mee goreng punya kering. Tak payah lama sangat gaul tu, kang lembik spaghetti. Siap untuk dihidangkan. Nak pedas berasap dan terbaik, dijemput la tabur parmesan cheese sikit dan chilli flakes lagi. Kuikuikui.

P/s: Kalau tak masin baru masuk garam, stok ayam ni dah masin sebenarnye...

Sekian...

~Wanie~

01 March 2013

Third wedding anniversary dinner at Serai Restaurant

Pergh...lama sudah gua tinggalkan blog. 

26/2/2013 was our 3rd wedding anniversary. No big celebration..just a simple dinner at our favourite restaurant - Serai lerrr...

Tapi asben yang baik hati telah membelikan bini mok2 dia present..cuma bini mok2 je tak belikan pape..tengah kumpul duit nak seprais kan Incik Daus. Hihi..Apakah sepraisnye? Jengjengjeng... :P

Seperti biase, di blog ini adalah penuh dengan lambakan makanan. Harap maklum sejak balik KK tuan punya blog dah gained 5kg sampai skarang tak turun2. Damn u lemak. Grrrrrr!!!

Rasa macam baru je celebrate 2nd wedding anniversary.. tau2 je dah 3rd..aik..copatnya den tuo. Gile laju masa berlalu. Azam tahun lepas nak reduce weight 10kg, tak jalan pon. Tahun ni nak kena reduce 15kg la pulak. Pffftttt.

 Seperti biase...makanan kat Serai tak pernah mengecewakan. Meh tengok satu2...slurppppp.

  Berseni tak amik gambar camni..maklumla orang jakun baru ada instagram. Kihkihkih.

 Chinese fried rice for Aqeel..bukannye dia makan. Yang dia nak popok(keropok).

  
 No 1 dalam hati...Sizzling Seafood...podas melotup. Yang ni memang favourite Incik Daus. Kalau ikut tekak aku order lauk2 yang manis2 pon takpe asalkan ada lauk ni.

 Yang ni memang ikut selera aku.. Honey Squid. Beshnyerrr...manis dan sedap. Honey kan opkos la manis. Lawan ngan kuah sizzling seafood tu memang terbaek! Ni first time order, selalu order sotong goreng tepung je.

Lupekan lemon chicken sebentar...order Mango Chicken pulak..Pedas gak, berasap2 telinge aku. Tapi sedap, ayam tu crunchy di luar, lembut di dalam..pastu dianya gravy tu pedas giles..pastu ada hirisan mango. Walla!

Tah kenapo laki den order mix vege ni..den pon ghoti buat. Kehkeh..teringin kot. Mix vege ni ala2 masak sos tiram la. Sedap jugak..

 Big boss sama small boss. Big boss yang baju putih, small boss yang baju hitam. Kuikuikui. Big boss tu tau order je, "mama, nak susu, nak air", "nak susu, papa", "nak agi(lagi) nasik, asak(masak)!", "nak wet (duit)". Sabor jelah...

Yang menurut perintah,

Gambar muke je cukupla. Aku dah gumuk cam almari 4 pintu. Silap hari bulan almari 4 pintu pon kerdil sebelah aku. Kahkahkah.


~Wanie~

09 February 2013

Apa yang nak diblogkan? Banyakkk...

Life macam biasa sebenarnya, takde apa yang menarik. Hatta keluar makan memana sekalipon takde. Kuar makan biasa2 adala. Apatah lagi nak upload gamba cuti2an gumbira sana sini.

Sekarang time untuk lepak di rumahlak selepas poket sudah kendur hihihi. Incik Daus yela syiok, sakan whatsapp gambar kat aku dari Shanghai..snowing katenye. Tapi dia dah balik Malaysia la. 2 minggu berturut2 outstation. Seminggu Shanghai, balik rumah 2 hari pergi outstation balik. Haih pasrah jela bini oi..tembolok perlu dipenuhi kihkih.


Kemain sonyum lagi. Ceit.


Ni keje bini di kala bosan. Kahkah. Rasa nak tampar kan. Kemain gedik ko nak masuk three series dah tahun depan. Opss.

Soalan paling aku dapat sempena tahun 2013 ni:

Bila nak siap master?
Jawapan default: Tengah siapkanla ni.

Bila Aqeel nak dapat adik?
Jawapan default: Tunggu keje dulu.

Stress gakla soalan2 nih tapi abaikan jela. Sama konsep kot dengan soalan, "Bila nak kahwin?" atau "Bila nak ada anak ni?" atau "Dah dapat keje ke belum?".

Sapa penah dapat soalan ni mesti bengang kan. Yang penting dah usaha, selebihnya tawakal jela. Abaikan jela soalan2 menjengkelkan itu. Sapa yang pernah lalui je tau kot betapa susahnya nak lalui perkara2 tersebut di atas. Kang bagi jawapan "Whateverrr, talk to the hand!" kang sentap lak kan yang bertanya tu. Kakakaka.

Oh satu lagi tak best bila anak aku ni tak berapa nak makan nasi, mula la terdengar ayat2, "Tula dlu kecik2 takmo bagi makan nasik. Orang dulu2 tu 3-4 bulan dah bagi nasi lenyek". Bengang kot everytime nak suap makan pastu Aqeel takmo mesti dapat ayat ni. Selalu dapat ayat ni daripada orang2 lama la kan. Nasib baik mak abah aku memahami. Mak abah aku je tau effort aku masak macam2 nak bagi anak aku makan. 3 months tu terlalu muda ok nak suap nasi segala. Usus baby belum ready. Dahla anak aku tu premature. Benganggggg gile.

Normal la bebudak tak lalu nak makan. Kene usaha cari apa yang dia suka makan. Cuma aku belum jumpa makanan yang Aqeel bebetul suka. Kopok2 tu memang dia sukala. Apa sajala aku tak masak nak bagi anak makan. Mak mana kat dunia ni takmo bagi anak makan? Mak mana takmo bagi yang terbaik kat anak? Sakit hati betol. Ni anak aku, masakan aku nak tengok anak aku kebulur. Haish.

Buat sakit jiwa.
posted from Bloggeroid

05 February 2013

Najma yang cantik...coxsackie yang pffffttt!!!

Hehe Najma tu nama shawl terbaru CouleursHijab bukan name model ni, nama model ni Fiena. Tapi memang model aku ni cun meletop pon kan. Anak dah dua k tapi maintain cun cam miss unibes gitew.

Fiena ni classmate merangkap schoolmate skolah rendah smpai ke menengah. Fiena memang hot stuff la dari zaman skolah2 lagi. Kalau dulu sape tak kenal Fiena memang macam "ceruk ulu manakah di sudut skolah ni ko hidop?". Haa gitew.

Yang aku pulak tak sempatla nak update blog, busy dgn rutin harian yang huru hara. Incik Daus lak outstation smpai 2 minggu, penin gak aa, dgn nak urus anak, urus thesis, urus MATLAB programming yang tak settle2, urus Couleurs..rasa nak nangis tapi sapekah yang mengerti huhuhu.

Maklumla baru nak mula berbisnes, tengah blajar lak, anak kecik lagi..huhu mencabar. Memang banyak pengorbanan pon bila dah jadik mak2 ni. Kalo stress gile boleh nangis dalam hati jela. Tabik spring kat ibu2 yang berjaya dalam kerjaya dan jugak bisnes.


Tantek tak shawl ni..sebenarnye shawl ni bersambung dengan inner, so pakai inner and lilit je shawl. Guna pin biasa kiri kanan kepala, dah siap. Memang senang la kot bagi yang tak biasa bershawl pon. Lace kan tengah in skarang ni, so Couleurs pon takmo la ketinggalan buat shawl lace.

Kalau berminat, boleh la lawati www.facebook.com/couleurshijabonline.

Ok habis hal couleurs..hal anak pulak. Hari tu Aqeel terkena penyakit kaki, tangan dan mulut. Panik gakla aku ada 2-3 hari tu Aqeel takmo makan langsung n minum susu kurang gile. Keliling mulut pon dah naik bintik2 merah. Pastu aku tengok kat tangan kaki dah naik dua tiga blisters.

Pergi Demc, Dr confirm la hand, feet and mouth disease. Virus coxsackie katenye. Dem u virus. Dr kata ulser memang dah penuh dalam mulut, siap kt lelangit pon ada ulser. Dr kata kalo berterusan takmo makan minum susu ni, kena masuk ward sbb dah nampak simptom dehidration. Mukut dah kering sume. Adoi..dahla apaknye outstesen. Risau giler..huhuhu.

Treatment hanyalah based on simptom. If demam bagi ubat demam, if ulser tu bagi je ubat bagi kebas dalam mulut so that time nak minum susu tak rasa sakit ulser tu. No antibiotics sbb ni virus. Yang buat bahaya hmfd ni if budak kena dehidration and satu lagi, dekat luka2 blisters tu dah terdedah and terkena jangkitan bakteria. Ha tu yang kalo demam dah ok pastu tetiba datang balik, sila pergi hospital dgn segera sbb takut jangkitan. Wah pakar kanak2 sgt aku.

Balik dari Demc tu Aqeel tertido dalam pangkuan aku. Gagah la aku bawak kete sebelah tangan, nasib baik kete auto. Haiyoh. Memula elok je Aqeel duduk kat seat dia, tetiba masa nak reverse dr parking Demc tayar kete dh termasuk lopak. Perah minyak gile2 la sampai bebunyik kuatla kete kan. Lopak dalam lak tu. Dem u lopak. Terus la Aqeel takmo dok tempat dia. Minum susu dalam pangku sampai tertido. Nak buat camno lagi, terpaksa la aku drive.

Nak kejut dah kesianlak, dahla Aqeel tak makan, minum susu pon sikit gile. Tido jela dia mampu. Pengalaman tolla. Nak lebih drama hujan lebat gile lak sepanjang jalan balik. Adoi sama lebat dengan air mata yang melalui pipi gebu aku. Hahaha nak jugak tambah gebu.


Si budak kurus. Tak gomok cam mak dia.

Okla...tatatatatatatatata.