Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

25 June 2012

Emmm...dapnyer..Krispy Kreme

Ye ker? Sedap ke doughnut Krispy Kreme ni? Ni nak bitau la nih kihkihkih. Sile jangan lempang saye.

 First choice aku pastila almond..almond tu ranguppppppp...kruk krak kruk krak aku geget. Sedap la..aku suke. Same je cam donut J-Co, Big-Apple sume tu..same spesis lain mak lain pak je kot. Nom nom nom...dap.

 Seken, ape ke name...sat nak gugel. Glazed Chocolate Cake. Aku bajet KK ni saje je letak name donut ni ada 'cake'. Skali memang betul cake daa..Masa beli aku membayangkan akan menggigit donut dengan kemampatan coklat yang hebat, skali geget2 berderai, anti-klimaks btolla..mak tetipu nyahhh..Hahaha...sedapla jugak. Manisss...

 Mementang I beli due kehtul je, tak bagi I kotak pon. I sentap. Sentap.

Eh tetibe teselit gambar cendawan goreng tepung. Bedal jela letak dalam entry ni. Takmo delete. Takmo. Takmo.

Dah...pendek je entry ni..hihihi...tatatatatatatata

~Wanie~

22 June 2012

Aku dah gile Tupperware hahaha

Fine...fine...makcik sangat statement aku ni. Tupperware pon nak gile. Hahaha. Dulu masa duk rumah mak, duk la bising, "Buat pe la mak beli tupperware bebanyak ni makkk. Kan dah banyak dalam cabinet tuh". Sekarang hambik. Aku pulak keje nak beli tupperware je. *Hukum karma sangat*. Hew hew hew.

Bila kite dah duduk sendiri baruuuuu la tau. Nak serve lauk pikir tupperware, nak simpan lauk pikir tupperware, nak isi kopok pon pikir tupperware. Hihihi. Ha kau, skarang baru ko perasan ye semua bende memerlukan taperwer ye. Of course la ada bekas2 isi makanan memacam brand. Tapi oleh kerane aku dah didedahkan dari kecik oleh mak aku dengan kemantapan, kekedapan udara dan kualiti tupperware, makanya pembeli tegar Tupperware la mak sekarang noks.

Baru-baru ni aku telah berjaya membeli belah tupperware2 ni. And ada some aku dah terlebih beli, maybe ada yang nak dijual jugak. Bergune I tell you bekas2 nih.

 Mangkuk idaman hati untuk serve lauk sebab ada penutup. Takyah pakai tudung saji. Modern gitew.

 Hasil tangkapan pertama. Taruk gule, rempah dan sebagainye.

Hasil tangkapan kedue, selamat jadi Tupperware export import lauk rumah mak aku dan jugak isi susu formula Aqeel.

Ni la hasil tangkapan terbaru aku. Ho yeahhh. Mase mak pak mentua aku datang ritu, aku serve nasi dengan angkat periuk nasi ke meja makan hahaha sebab takde serving bowl. Kesian tak aku. Best set nih sebab microwaveable, kalo nak panaskan pape trus masuk dalam microwave je. 

Bergune kan? Terpengaruh la tewww. Hihihi.

~Wanie~

19 June 2012

Semoga cepat sembuh suamiku...

Aku skarang dekat Waiting area DEMC, tengah tunggu suami aku buat endoskopi. Lately ni asben aku memang tak lalu makan, pastu macam tak larat je. Selalu dia la paling bertenaga, tak kenal erti penat langsung sampai aku kompiusla. Kalau aku dah terjelepok kepenatan, dia leh lagi berjimba tengok bola pukul 3-4 pagi. 

So bila kebelakangan ni asben aku si Incik Daus ni nampak lain macam, terdetik jugak dalam hati aku nape la Incik Daus ni lately makan tak lalu, asik la nak baring je, bola pon tak larat nak bangun tengok and dia banyak diam dari bercakap, sakit ke dia? Sampai mak aku pun perasan, kenapa skang asben aku macam tak berselera makan. 

Sampaila hari Ahad lepas, masa tu dekat Shah Alam Mall baru lepas makan Nandos. Incik Daus kata sakit perut, nak gi toilet. Tetibe kluar je dari toilet, Incik Daus bersuare "Kite kencing berdarahla". Terus sentot niat aku nak pilih bra. Takde mood lagi nak tengok kiri kanan, balik...balik. Balik je hantar Aqeel kat umah parents aku, terus aku heret suami aku gi DEMC. 

So Dr tanye ini itu, suruh bagi sample urine. Aku nampak je sample urine terkujat la, merah nye..takkan selama ni asben aku tak prasan? So Dr kata, "kite ada jumpe banyak darah dalam urine, and daripada simptom2 yang awak alami ni, kite suspect batu karang. Saya admitkan awk malam ni jugak ye". Memule hubby macam reluctant la sebab minggu ni dia ada nak kene oustation ke Kuching la mana. Tapi setelah dipujuk2 oleh aku and Dr pun cakap, health lebih penting sebab kalau lambat kita taktau apa lagi complication lain kan. So incik Daus pon agreed. Nebesla tew...tak penah2 kena masuk spital kan. 

Semalam Buat x-ray, ct scan semua. Jumpa la puncanya. Jumpa 2 batu, satu dekat saluran kencing, satu dekat dalam buah pinggang Incik Daus. 2-2 batu dekat belah kiri. Batu dalam saluran kencing tu dah 8mm, Dr kata batu ni dah lama ni, bukan baru. Skarang batu 8mm tu dah block air kencing dari kidney untuk turun membuatkan kidney bengkak sebab air kencing dah berkumpul. Dah tu pulak, ada lagi satu batu lagi dalam kidney. 

So sekarang tiub akan dimasukkan dekat saluran tu dulu. After two weeks insyaAllah kalau takde masalah, akan buat laser pulak untuk batu kecik dalam kidney. Apa-apa pun diharapkan semuanya berjalan dengan lancar dan kalian yang terbaca post ni diharap dapat mendoakan kesihatan dan keselamatan suami aku dan kami sekeluarga. Terima kasih... 

 ~Wanie~

15 June 2012

Yeay dah ada idea nak deco courtyard!

Gambar ni aku jumpe masa browse2 rumah cahaya alam. Kot2 la ada owner rumah kat area cahaya alam ni yang buat blog update progress mendeco umah kan. Boleh la aku cari inspiration. Skali tejumpe rumah cahaya alam untuk dijual, wah..cantik sangat. Tapi dah sold ye harap maklom. Pandai sangat owner ni deco rumah dia. Yang aku focuskan dekat area courtyard, sebijik camtula size courtyard rumah kitorang ni. Asikkk.

 Lawa kan courtyard dia renovate? Lawaaaaaaaaaaa sangat. Tapi mesti kos tinggi gak kot kalo nak buat camni. Dengan wood floor lagi. Kalau letak pond kecik pon cantik kan? Bela ikan koi, wahhh perfecto!

 Cantiklaaa..pandaila owner ni deco rumah. Nampak berseri je and nampak exclusive.

Admire sangat cermin besor kat dining area tu. Nampak rumah luas giler.

 Okeh...tu je..update malas pade hari jumat. Huehuehue.

~Wanie~

14 June 2012

Jangan ulang kesilapan saye tentang pencahayaan rumah

Ok...sebenarnye bukan la kesilapan besar sangat tapi aku rasa, sedikit sebanyak kecewa gaklah bila semua dah siap and tentang yang satu ni memang tak boleh lagi nak adjust2 buat masa terdekat ni. Ini just pandangan aku je sebab aku memang suka pencahayaan yang cukup, so aku kongsikan sedikit sebanyak untuk sesiapa yang masih merancang untuk renovate rumah.

First is, dekat hall langsung kitorang tak letak wall lights. Kalau perasan, dekat plaster ceiling kitorang, downlights adalah dalam L-box which is bila kita on lampu, dekat luar L-box tak cukup pencahayaan. Bagi aku, kalau dinding tak cukup cahaya, macam tak berseri wall paper and esok-esok if nak tambah gambar ke lukisan ke, tak nampak outstanding walaupun lukisan tu nanti harge riban-riban. Haha ok tu aku tipu, takdenye aku nak beli lukisan riban-riban.

 Nampak tak macam mana gelap dinding tu.

Hal wall lights tu, aku dah bagitau hubby dah, discuss la dengan kontraktor untuk buat wiring sekali wall lights di area dining dan living hall tapi takkkkk, dia takmo dengar cakap aku. Huhu..sedih. Dia kata buat pe nak ade wall lights lagi, downlights dah banyak. Ok la fine takmo jadi bini durhaka, aku akur. Tapi sekarang tiap2 minggu aku ungkit nape tak letak wall lights, dinding gelap, wallpaper tak naik seri la, nanti bila dah letak cermin besar dekat dining area, tak nampak cantik sebab takde wall lights. Haha..tu la long term effect untuk suami aku krane mengabaikan request aku :P Yang sebenarnya dia pun angguk2 jugak bila aku kata sepatutnya kena ada wall lights kalau takmo buat downlights dekat luar L-box tapi angguk2 lepas semua dah siap adalah tak berbaloi. Nah skarang...trime sajela kan bebelan aku. Sikit2 jeeee bebel. Tiap-tiap minggu je. 


Mesti berseri sikit kalau ada wall lights atau downlights dekat luar L-box tu. Ni asben aku serah bulat-bulat dekat kontraktor untuk hal lampu lampi ni. Dalam L-box tu dah ada lampu, patutnya downlights letak dekat luar L-box. Atau pun letak je luar dalam L-box ada lampu, bila memerlukan bukak yang patut je, bukan nak bukak semua lampu serentak.

Oh bukan la aku ni tak bersyukur, cuma pada pendapat aku, alang-alang dah nak renovate, buatla siap-siapkan segala apa yang kita nak. Wall lights ke downlights ke sebab aku nak suh tambah due point lampu je dekat tingkat bawah nih. So sesape yang plan nak renovate rumah, sila consider dan plan bebetul hal pencahayaan. Sebab once dah siap semua, takkan tetibe nak ketuk, tebuk buat wiring tambah pulak. No no no, rosak wallpaper I. *Penunggu wallpaper in d house y'all.* Haha. Asben aku siap perli aku lagi masa orang Jakel datang pasang curtain hari tu, "Tak marah ke diorang ni nak tebuk wallpaper awak tu? Ngehngehngeh". Aku jeling je. Hehehe habis mana lagi nak letak penyangkut langsir tu kan. Mestila kena drill jugak atas wallpaper.

Bukan ape...kalo pape jadik kat wallpaper aku tu, dah takde galang gantinye. Kakaka. Yang sebonar eh poket den dah nipih :P Masa aku pergi home deco hari tu, ada la pergi dekat booth Avalon. Dah masuk booth tu, sales nye orang pon approach la tanye rumah kat mana la apa semua kan. So dia pon bagi la consultation sikit2 sebab dia ada buat promotion pasang lampu rumah and free consultation sume tu. So dia pon bagitau la pencahayaan yang betul. Aku jeling je asben aku bila tang wall lights. Hehehe. Ok..sikit tips yang dia bagi. 

1. Kalau macam dekat living hall aku ni, biasanya kiri dan kanan kipas, orang letak decorative lights, and downlights adalah di luar L-box. Contoh gambar bawah ni. 

Aku dah suggest kat asben aku camni, but my words have no power T__T

Cantikla rumah ni..

2. Pasang wall lights untuk mencantikkan rumah, especially untuk lukisan, gambar, cermin etc. Ala macam kat galeri2 tu. Tapi kalo takde paintings ke apa pun, takpe letak wall lights. Malam-malam leh bukak wall lights satu dahla. Lomentik maaa.



Memula plan camni la..letak wall lights atas tv. Tapi wall lights yang lebih tantek :P

3. Kena ada reading lamp. Yang ni aku rase takde pon takpe pon...sebab aku bukannye rajin membace hikhikhik

Reading lamp tu yang macam floor lamp tu. Yang tinggi naik dari lantai.



Memangla diorang ni nak jual lampu, mestila nak jual lampu bebanyak, tapi bila fikir-fikir balik, ada betulnye gak, ada kegunaan semua lampu-lampu ni. Oklah...jumpe lenkali....tatatatatatatatatata....

~Wanie~

11 June 2012

Pencarian TV cabinet

Pening rupenye ok nak mencarik tv cabinet rumah aku ni. Kalau ada duit memang nak buat yang built in jela kan. K.a.l.a.u.A.d.a.D.u.i.t. T__T Tapi tak mampoo maka mari hunt ready made. Ciri-ciri utama yang aku nak adalah tv cabinet tu mesti dekat corner-corner meja adalah bulat. Aku takmau bucu tajam. Ade anak kecik harus la mengutamakan keselamatan kan. Kite berusehe Allah menentukan. Ciri utama kedua aku nak adalah, nak tv cabinet warne hitam and design modern, ciri ketiga adalah panjang kabinet tv tu mesti 6 kaki. Ciri terakhir pastilah harga yang within budget. Banyak nau pemintaan bukak kilang perabot sendiri la. Hikhikhik.

Aku ada survey-survey dekat Perabot Bahagia, banyak yang aku berkenan tapi bucu cabinet adalah tajam jadi teettt, cancelled from the list. Walaupun aku confident dengan service Perabot Bahagia, delivery on time, and quality barang pun bagus based from akunye experience beli katil and wardrobe hari tu la. And aku survey jugak dekat satu kedai ni, dekat Plaza Perabot Seksyen 7, Shah Alam. Dienya tv cabinet cantik2 la, and ada yang jenis bucu tak tajam, tapi tak amik sebab warna pulak putih plus harga pon mahal la. Akunye poket dahla nipis skang nih. Jadi tettt, cancelled lagi. Dah merata la aku round, at last sampai la ke kedai last ni. Aku nampak je bucu tv cabinet tu tak tajam, tengok cam quality nampak ok, warna pulak gelap kire on jela. Tapi slack nye sebab panjang cabinet adalah 5 kaki je. Huhu..

Maka pada hari sabtu yang lepas, smpai la tv cabinet aku. Aikkk. Apsal kaler putih nih?? Aku order kaler itam. Haih..abang yang anto barang ni kate, kekadang yang display tu design lama, kekadang kilang dah tak buat dah macam display tu tapi code sama macam lama. Tahla kekadang tuh kekadang nih. Aku kata bolehlaaa..putih pon putihla. Kang kalo suh tukar2 kang bila lagi nak ada tv cabinet. Asik kene tunjal je tv aku tu dek bebudak haha. Janji bucu tak tajam. Lantokkan je. Dah tertulis rejeki sebegitu...Aku beli dekat 99 Home Design Seksyen 9, Shah Alam..


Seb baik top dia glass hitam, baru contrast sikit ngan wallpaper aku.


 Kecik je nampak tv cabinet kitorang kan? Takpela kiri kanan kang aku letak floor lamp ke apa bagi memenuhi ruang sikit.

 No bucu tajam-tajam...me loike!

Bawah ni contoh decoration area tv cabinet. Tapi tak perlu la kot pasu bagai, idea floor lamp tu boleh buat and also frame atas tv tu pon boleh pakai. Cuma frame atas tv tu aku nak gantikan dengan modern art paintings + jam.


Modern art paintings + clock2 niii tomey tak? Tomey kan. Contoh deco guna jam2 nih cam kat bawah nih...


Smart kan?

Floor lamp english style ni kiutnyeee...rumah kitorang bukannye ada konsep modern ke classic ke english ke..blasah je. Hehe.
source 


Or maybe...simpler floor lamps can do?

Oh dah terpanjang sangat entry ni..till then. Toodlesssss.
~Wanie~