Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

29 August 2012

Ni baru betul marah kuat-kuat!

Aku kompius ni..minda aku takleh nak digest langsung apa yang mereka ni cuba sampaikan. Aku yang lembab kah? Cube bace betul2 ayat kat bawah ni.. Kalau ada yang terer cube terjemahkan untuk aku. Ish ish ish...

A: Aku boleh pahamla sebab dah pernah dengar ayat "kuat-kuat" ni. Hahaha. Boleh baca dekat sini.

B: .........................................................................????!!!!! Aku...aku...aku perlu bohong kerana aku tak mampu buat offer? Offer apakah?

C: Hot price.

Kelu lah aku...

Pastu ni apehal takde lagu raya ni? Masa bulan puasa kemain lagi awal2 dah main lagu raya. Dah raya ni nak dengar satu pon susah. Lagu raya main2 ada la. Sakit ati betul bila dengar awal2 keluar muzik lagu raya yang catchy tetibe yang menyanyi keluar suara tah siapa-siapa buat lirik sendiri lak. Huh.

~Wanie~

20 August 2012

Eksennye raye kali ini

Cakkk..lama gila tak bersiaran..busy menyiapkan paper la sampai tak sempat buat kuih. Dapat sejenis je kuih honey cornflakes..lain nan hado. Beriye aku mintak resipi kuih suji dari makcik aku. Nampaknya janji tidak ditepati. :P

Well..tema baju raye iols tahun ni kaler pink. Getik tak tengok kepinkngan aku? Muntah darah pon aku tepek jugak gambar aku. Aqeel ngan apaknye pon kene pakse pakai pink tahun ni. Sile ikut selere mem besor. Hehe. Gambar mereka menyusul kemudian hari.


Yours truly ;)

Antara kejayaan aku raye ni ialah:

1) Berjaye jahit manik sendiri untuk kebaya raya aku. Yippiieeee.


Tema manik ini adalah bedal. Asal aku rasa nak taruk manik kecik, taruk yang kecik. Rasa nak taruk manik pearl besor, kaut sajaaa. Tapi it took me 2 days to finish. Letih woo. Gigih lepas masak rendang, balut ketupat, hantar kete polish, bawak aqeel meraung potong rambut kat kedai, aku sambung jahit manik ni. Ekceli separuh jalan aku dah give up nak jahit manik lg, tp memikirkan baju raya, gagahkan jugakla, habiskan. Ape jadahnye manik separuh jalan kan. No wonder la upah jahit manik beratus. Remeh, letih, leceh, peh.


Close-up

Memule aku jahit manik cam gambar bawah ni few days before raya, tapi Incik Daus kate tak cun..besor2 sgt. Aku tgk2 balik, ye jugak kan cam tak berseni la plk. Jadi aku pon cabut la balik semula.



2) Kejayaan kedua adalah...berjaya memusnahkan 3kg babat..yeay. Tapi raya first ni aku bedal ketupat lain macam je. Takuit tetibe naik balik berat melampau lak. Aku, sile control napsu makan.

Bolela kan turun 3kg..kalo tak sejak aku bersalin ni 500g pon susah nak turun. Tahun pertama puasa lepas bersalin mmg takde efek langsung. Tak begerak langsung jarum penimbang. Tahun kedua (tahun ni) alhamdulillah..bergerakla sikit.

3) Berjaya disiplinkan diri minum ephyra dan tea4life everyday..kalo tak aku ni suke benor separuh jalan. Incik Daus kate muke aku ada nampak tegang n bersih sikitla. Dia la kata.. aku tumpang berbunga-bunga je :P

Nak citer, memule aku amik ephyra, muka aku jadi merah2 tau kat pipi, pastu jerawat nasi keluar banyak kat dahi. Meloncat gak aku masa memula jerawat keluar. Ahh sudah. Ephyra tak sesuai dengan aku ke. Mak aku pun kate nape muke aku nampak tak bersih,nampak bertompok2 pastu jerawat2.

Lepas tu aku search kat internet kalau2 ada yg kena naik jerawat mcm aku. Aku terjumpa kat forum mana tah, dia kata jerawat ni keluar sbb healing process.. so aku pon confident je teruskan minum ephyra. So Alhamdulillah ok..jerawat dah takde.. satu due tu mmg standardla, aku bukannye bidadari :P. Skarang ni dah ok..eh tapi jangan tetipu dgn gambar atas skali tu. Tu aku edit bg nampak getik telebih. Kihkih.

Yang orang kata ephyra tang bagi lebat rambut tu aku tak tau sangat sebab rambut aku ni memang jenis lebat tapi senang gugur..bukan2 punye gugur. Lepas minum ephyra aku tak check pulak masalah keguguran rambut ni. Nanti aku update lg pasal rambut.

Apa lagi yang berjaya aaa...tu je kot..jadilerrr daripada takde...

Tatatatatatata...selamat hari raye, maaf zahir batin ye kepada semua..
posted from Bloggeroid

07 August 2012

Mari masak Nestum-Oat Butter Prawn senang giler!

Cakkk! Aku dah sihat. Kembali montel. Hikhikhik. Ok..sebenarnye hari yang sama aku terlantar hari tu, rupenye aku masih mampu memasak sebab tertengok gambar butter prawn kat magazine. Dah tertengok ape lagi, bukak peti ais wah...ada sotong. Tak dapat butter prawn, butter sotong pon ok je.

Kalo diet tu, takyah la masak eh, haha kang mencanak naik nombor kat penimbang tu terjejes lak air mata nak2 raya ni.

Senang sangat nak buat masakan ni. Moh lihat resepi. Bahan-bahan ni selalu aku campak2 je, susah nak bagitau kuantiti.

Bahan-bahan

Udang@Sotong 1/2 kilo
Cili padi 5-6 batang dihiris (kalau suka banyak boleh tambah, aku selalu guna 10-12 batang)
Daun kari 1/2 cawan (lagi banyak lagi sodap)
3 sudu besar Butter@Marjerin
2 sudu besar Nestum (aku selalu lebihkan nestum sebab aku suka manis2 sikit)
3 sudu besar Oat
Tepung jagung agak2 untuk gaul udang@sotong
1/2 sudu teh lada putih
garam (sila adjust ikut kuantiti udang)
1 sudu teh gula (terpulang citarasa masing-masing)

Cara-cara

1. Sangaikan oat bercampur nestum sampai keperang-perangan, angkat dan ketepikan
2. Gaulkan udang bersama tepung jagung, lada putih dan garam. Goreng terendam dalam minyak yang banyak. Bila udang dah masak angkat dan tapiskan minyak. Minyak goreng udang boleh simpan sebab dah tak guna minyak lagi.
3. Panaskan butter ke dalam kuali, masukkan gula, cili padi dan daun kari.
4. Bila daun kari dah garing-garing sedikit, masukkan udang dan gaul rata.
5. Akhir sekali masukkan nestum dan oat yang telah disangai. Adjustkan garam dan gula ikut selera sendiri. Siap untuk dihidangkan.

Senang giler dish ni. Aku buat butter prawn ni selalu 20 minit siap semua. Aku suka pedas cili padi dan manis2 sikit. Setengah orang tak suka manis kan, jadi kuantiti tu kena pandai adjust.

 Aku buat dua bekas...satu untuk berbuka puasa, satu untuk sahur. Licin tak tinggal walau sehelai daun kari. Hewhewhew. Terusla aku prasan aku masak sedap :P


Lepas makan butter squid sila lari setempat setengah jam ye murid-murid. 


Eh tetibe terselit gambar si tonet ni..hehe. Lama dah Aqeel tak menonjolkan diri kan. Lihatla muka Aqeel yang merah-merah kena gigit nyamuk adalah 10 gigitan kat muka sahaja. Sampai dekat telinga pon kene gigit. Kesian betul. Nyamuk2 ni sekarang ni bahaya. Mintak-mintak dijauhkan daripada sakit2. Amin..

~Wanie~

03 August 2012

Iftar at Concorde Hotel Shah Alam

Bersiaran dari atas katil kerane telebih makan. Pagi ni tepaksala aku bergegas ke Demc gara2 pening yang terlampau, memusing2 sampai asal aku baring je muntah, baring je muntah. Sakit kepala kalu, bedal jela actifast ke uphamol, kalo pening ngan muntah2 ni mmg takleh tahan la harus jugak berjumpa tuan doktor.

Ceit. Apela aku ni. Napsu makan besor, makan telebih sikit mulela perut buat hal. Aku memang dari dulu camni, kalau terlebih makan akan mengakibatkan muntah2 dan loya segala. Padahal bukannye badan aku ni macam pengidap aneroxic pon. Badan lebor jeee, maybe perut aku sendiri terlebih2 perasan langsing. Choiii.

Masalahnye takleh nak elak sebab buffet makanan kat concorde semua sedap2 belaka. Aku bedal air je 4-5 gelas. Pastu bab makan pulak korang tengokla sendiri gambar. Ni due orang makan punye je ni ok.



First round punyer. Nasi biar sesudu. Lauk biar sepinggan.



Kambing bakar and ayam bakar.



Apple crumble with vanilla sauce n chocolate sauce. Sedappppp.



Pizza pon amik. Mane tak kenyang melampau. Pizza ni mini je tapi sebab roti kan jadi kenyang.



Table 29, same ngan besday kitew lew.



Yours truly.



Sup ekor..sodap oii. Cukup rase.



Yang atas dia ade strawberry tu sedap tau. Tah hape ke name die.



Nasi lomak Incik Daus yang bedal. Aku amik suku sudu. Sedap sambal die. Aku focus on lauk lauk lauk.



Sedap2 la pendek kate. Satay pon. Isi je, takde campur lemak2.



Time tunggu azab maghrib.



Laksa pon sodap aihhh.



Pau tu tak larat dah nak makan. Yang dimsum tu sedap gilers except tang telur masin atas dia tu aku tak berapa suka. Dianya inti dia udang kot, memang sedap la.



Haa..nampak tak gambar jauh sikit. Ada band yang perform kat tepi2 meja. Memule diorang perform atas stage pastu diorang gerak2 dr meja ke meja. Sedap gile suare. Sampaikan diorang nyanyi acoustic version lagu kuda hitam pon best. Ada lagu nazam lebaran, apa lagi eh..hotel california. Tah tak ingat apa lagi. Perut dah sengkak sangat untuk otak berfungsi dengan baik.

Sampai sini dulu...tatatatatatatata.

~Wanie~
posted from Bloggeroid

01 August 2012

What's for buka puasa? = kelmarin

Haha kelmarin peginya..semalam aku masak honey prawn sama macam entry aku yang lepas tu tapi lupe nak ambik gambar la pulak. Yang kelmarin nye lupe nak update tapi sempoi ya amat laaaa aku masak. Masak megi goreng je.

Memang favourite aku tak kire mase. Selalu kalau malas-malas nak masak susah2, aku goreng je megi. Incik Daun pon suke. Tapi dia tak suka pedas meletup cam aku. Akunye pedas kekadang smpai bengkak bibir. Haha megi ganas.

Bukak peti ais nampak udang, bukak cabinet nampak cendawan shitake jadi bermulala sesi mencampak. Aku buat sebungkus je tapi dapat banyak. Megi ni kire meal sampingan la. Ada lagi lauk lain, nasi pon ada.

Selalu sayur aku letak carrot hiris nipis2. Ni carrot takde, cendawan pon jadileee..dah masak keje meratah cendawan je aku.

Resepi Maggi Goreng Simple Bangat

Sebungkus maggi(rendam dalam air panas takyah lama sangat satgi kembang sangat tak syiok)
Rencah maggi curry tu bancuh dengan 3/4 cawan air
1 sudu besar cili kering yg dah direbus and diblend
*Sos cili
*Sos tiram
*Kicap manis
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 biji bawang besar dihiris
Sedikit carrot dihiris nipis2
Sedikit cendawan shitake - optional
1 biji cili merah dihiris
Cili padi diketuk (kuantiti bergantung pada selera masing2)
1 biji telur
Udang@ayam

Cara-cara:

1. Tumiskan bawang putih dalam sedikit minyak sampai naik bau
2. Masukkan cili kering yang dah diblend dan tumis smpai naik minyak
3. Masukkan air yang dibancuh bersama perencah maggi kari diikuti dengan cili merah, cili padi,  bawang besar, carrot dan cendawan
4. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap dan kacau2
5. Bila air dah mendidih masukkan udang (kalau ayam masuk awal sikit)
6. Kacau2 la sikit, bila kuah dah agak kering, pecahkan telur dan biar telur masak.
7. Akhir sekali masukkan maggi yang dah direndam dan kacau2 bagi rata je. Tak payah lama sangat nanti maggi lembik.

*sos dengan kicap ni agak2 je sesuai dengan kuantiti bahan-bahan

Dah siappp...tadaaaa...maggi goreng basah2 sikit. Slurppppp.



Terliur pule tengok cendawan. Ambik. Sendiri upload entry, sendiri kebulur. Hewhewhew.




Sampai sini je dulu...tatatatatatata...

~Wanie~