Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Lilypie - Third Birthday

25 April 2013

Bakarla ayam tu Abang Mas Mono

Hari ape last week aku round seksyen 7 shah alam area jakel tu.Ingat nak belikan Aqeel nasi ayam bakar kot2 dia suka. Jenuh aku suap macam2 nasi dengan lauk sume dia taknak..haih la anak. 

Sekali teringat kawan aku cakap, Ayam Bakar Mas Mono ni sedap jugak..So mohler kite ke sana. Aku belikan Aqeel set ayam bakar dengan nasi, bungkus sebab dia tinggal kat rumah. Sebabnya sebelum tu aku ke DEMC. Macam2la penyakit hoi aku ni sekarang. 

Degupan jantung ni laju je dah berapa hari. Pergi jumpe Dr...ada 3 sebab kenapa apa jantung aku laju. Pertama, sebab aku sedut Ventolin Inhaler...ok yang ni memang la sebab aku asma. Lagipon bukan aku baru pakai, dah berbelas tahun kot aku pakai ventolin ni, tak penah lagi jadik camni. Overdose gamaknye.

Seken..Dr kata kemungkinan adalah thyroid. So dia pon tanye la ada tak simptom2 thyroid yg aku alami. Hmm..macam takde. Yang ketiga adalah kemungkinan ada masalah jantung. Dr tanye ada tak family member yang ada jantung..aku katela ada, ayah aku. So dia kata tengok lagi beberapa hari, if simptom persists maka silelah pegi jumpe Dr semula. 

Pelikla jgk. Sebelum jadi ni, aku dah 3 minggu start cycling selang sehari ke due hari skali. Ala basikal setempat tu. Kayuhla sampai boring tapi biasa aku kayuh 20-25 mins camtu je. Untuk kesihatan la kan. Ada sehari tu aku kayuh, baru 5 minit petama aku dah semput..sejak tu la jantung duk degup laju. Trus stop dah tak exercise dah.

Haa..gambar kat bawah ni gambar pisang goreng Mas Mono, ada taburan cheese dengan chocolate rice, dengan sos coklat sekali. Sedap hoi!! Pengsan la kesedapan. Teringat2 aku. Ingat nak buat sendiri je tapi kemalasan melanda. Hidangan ni RM5.50 tapi okla..muai dengan cheese dengan coklatnyer lagi.



Kat bawah ni gambar Esteller...ais batu hancur macam ABC tu, tapi makan dengan hirisan nangka and avocado..ada susu cair kot dalam tu. Pon sedap. Dulu aku makan rasa cam avocado ni tak sedap je, sekali makan avocado dalam esteller ni mak aii..sedap oit, lemak2 gitu. Hahaha matikla buat orang meleleh ailio je. Aku nak minum jus avocado atau dipanggil jus Alpukat kat sini..dah habis la pulak. Sedih. Harga esteller RM4.


Set ayam bakar sini tak mahal sangat..sedap gak ayam bakarnya. Sambal dia tak berapa pedasla pada yang suke pedas tapi still meleleh ailio teringat. Aku beli set ayam bakar dengan nasi je, takde tauhu n tempe sebab Aqeel bukan makan pon..RM7.50.


 Akhir sekali diselitkan gambar budak mrajok. Hoih budak skarang. Ipad tu bateri dah kong pon nak amokan. Haha mak ko ni dulu ngamok kalo lapar je. Masukla bawah katil tu, skali aku jerit "Aqeel, cockroach!!!" menggagau2 panjat katil balik. Hahaha.


Tatatititutuuuuuuuuuuuuuu...


~Wanie~

No comments:

Post a Comment