Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

31 March 2010

Bunga Dulang

Ok..atas pemintaan cik belle, nak tengok bunge dulang saya yang comot itew...saya paparkan ... taraaaaa... Yang betul-betul menonjolkan bunga dulang takde, tapi terselit di antare hantaran adela cik belle..simple-simple je, tau diri ni amateur, jadi tak buat la bunge-bunge yang susah-susah... tapi bila dah buat dua tiga kuntum, kita sebenarnya boleh explore macam-macam bentuk, tak susah buat bunga stokin ni, kalau buat besar-besar, tak perlu banyak pun diletak atas dulang, satu kuntum pun dah cantik, cuma diselang-selikan la dengan bunga-bunga kecik. Idea nak selit dengan bunga kristal pun cantik jugak. Bunga kristal saya dah cuba buat, sangatla senang membuatnya. Cuma perlukan kristal,dawai yang lutsinar tu(tatau nama) untuk dibuat batangnya dan gam uhu je..senang bangat! Sowie kerana gambar yang betul-betul focus dekat bunga dulang memang takde... Saya yang mengada ni mencampurkan bunga dalam hantaran. Ada yang guna bunga stokin, ada jugak yang guna organza. Untuk bunga organza, kita cuma perlu bentukkan dawai yang lurus jadi bulat, boleh lilitkan kat apa saja, tiger balm, deodorant rexona, penutup botol mineral, asalkan size nya untuk satu kelopak sesuai dengan dulang kita. Lepas dah jadi bulat sapukan gam di sekeliling bulatan kelopak dan lekatkan kain organza, biarkan sampai kering, guntingkan ikut keliling bulatan. Jadilah satu kelopak. Pas dah buat banyak mana kelopak yang kita kehendaki, sambungkan kesemua kelopak-kelopak itu... Jadila bunga macam saya punya ni. Minta maaflah, saya takde gambar satu kelopak, satu kelopak..saya ada gambar satu bunga je. Hehehe...

Contoh bunga organza


Contoh bunga stokin





~Life is wonderful~

Diary: Perasaan yang tak best!




Ola...pagi ni me n my hubby were supposed to berangkat ke kl sbb kije die... but then tibe2 big boss hubby kata nak gi kl jugak dgn hubby... pagi-pagi dah call hubbyku... aku ape lagi... huwaaaaaaaaaaaaaa... mula la tarik muka, meraban merapik tahape-hape sebab last minute cancel nak balik umah aku.. oh tak patut tak patut. Bile ingat balik, terfikir la kenapala aku ngok sangat nak merajuk tak tentu hala padahal bukan salah en hubby pun. Yang sebenarnya aku excited lebih, adik baru dapat first gaji, nak belanja satu family. Dah lama tak kumpul satu family makan-makan dekat luar, ni la first time tambahan pulak hubby pun dah jadi part of the family, rasa berbunga sangat perasaan ni. Sebelum ni my younger brother tu belajar overseas..jadi tak pernah dapat kumpul semua sekali even time raya. Bila dah kena cancel macam ni, emosi terabur berkecai punah hampa semua la bercampur aduk...bila hasutan syaitan dah mula meresap dalam jiwa, ni la jadinya..dengan suami mana boleh tarik-tarik muka masam, berdosa. Mana boleh cakap banyak-banyak bebel-bebel sampai dia kecik hati,berdosa! Tak patut wani tak patut...Laling, wani nak mintak maaf banyak-banyak pagi tadi, ketahuila diri ini tak sengaja... T_T. Ampunnnn! Walaupun dah text minta maaf kat abang tadi, abang kata  abang dah maafkan and mintak wani lupakan, wani still rasa bersalah. Masak pun tahape-hape jadinya. Tak sedap, tak cukup kasih sayang! Mintak maaaaafffff sangat...

Multi-styled Text Generator at TextSpace.net
Pliz sayang...jangan duk mengadap laut camni...

Sayang, if u're reading this...I'm sorrrrrrrrrrrrrryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!! So so so sorrrryy!!!

~Life is wonderful~

24 March 2010

Honeymoon Krabi + Photography Class

I went to Krabi for honeymoon..Semuanya via Airasia Go.Online sahaja. Mudah, senang dan cepat. Semestinya Mr Hubby yang buatkan semua, saya pandai cerita je..hehe. Bawah ni antara gambar-gambar yang kami ambik di Krabi. Selain holiday, dapat jugak saya practice skill photography saya. Nampaknya banyak yang perlu diperbaiki. Sebelum-sebelum ni memang minat sangat photography ni tapi belum berkemampuan lagi nak beli camera DSLR kan. Yang ni H dah belikan DSLR, saya pun bersemangat la sikit nak belajar in depth lagi segala yang berkaitan dengan photography. Nak sangat tolong ambikkan gambar orang kahwin ke tunang ke saja untuk suka-suka saya, nak belajar lagi skill-skill daripada yang pakar...so siapa dalam masa terdekat nak kahwin angkat tangan?Hehe.Kami tinggal di Aonang Princeville Resort,Krabi,Thailand. Senang di resort ni sebab makanan di resort sendiri dah halal. Saja kami book resort yang memang dah tau halal, takdela susah hati nak cari tempat makan. Kalau ikutkan rupanya banyak lagi makanan-makanan halal di sini bila keluar berjalan-jalan di sekitar resort sendiri. Local people ada buka macam gerai-gerai di sepanjang jalan-jalan berdekatan resort, very convenient tinggal di Aonang princeville ni. Nak beli barang cenderahati pun banyak sangat di kedai-kedai berdekatan resort je. Keluar je dari resort, tak sempat nak semput dah sampai Aonang beach. Hehe. ..oklah enjoy the photos...

LCCT
Sempat posing sementare tunggu flight

KRABI
Dalam coach dah sampai Krabi on the way ke resort...Gajah sangat glemer di Thailand. Merata-rata ada. Keychain pon kebanyakannya bentuk gajah saja.


Gambar-gambar ni diambil di Aonang Princeville Resort
               Shower place at swimming pool...unik kan?                    
Orchids banyak di sini...macam trademark resort ni pulak. Nama restaurant di resort sendiri pun, White Orchids Restaurant. Dalam bilik air ada orchids, order air pon ada orchids, makanan pon ada orchids.
 Swimming pool
My hubby tengah register di lobby.

Jalan-jalan di sekitar Aonang Princeville Resort
 Akak ni tengah buat my banana pancake and egg. Sedap sangat! Di top pulak dengan chocolate syrup ngan milk...wallaaaa...yes yes fatty but who cares? Hehehe...
 
Saya dengan chubbynye hari-hari makan banana pancake ituuu...
See the Halal sign...Yahoo boleh makan dengan gembiranya.

 Pemandangan ni diambil dari depan resort...terus nampak Aonang Beach.
 Aonang Beach 

4 Islands Tour
Ni dalam boat untuk 4 Islands Tour...Phra-Nang Cave, Chicken Island, Tup Island, Poda Island. Pakej ni kami beli dari Airasia Go jugak...coach ke jetty disediakan, berangkat naik boat ke island-island ni. Nak snorkeling akan dibawa ke tempatnya, tak perlu sewa snorkeling gear pon cuma pakai baju yang sesuai untuk snorkeling sahaja. Jangan jadi macam saya ye, huhu pakai t-shirt ngan jeans pulak T_T.

 Me and hubby at Phra-Nang Cave
Isk isk tak banyak pon gambar berdua dengan encik hubby T_T
 
Untuk tatapan 18 tahun ke atas sahaja. Sila besarkan untuk melihat dengan lebih jelas.Hahahahahaha...benda-benda ni ada di Phra-Nang cave...lupa nak tanya sejarah benda ni kat tour guide la...takpe-takpe...encik google kan ada.

Tup Island
 Di Tup Island...sayang tak bawak swimming suit, tak dapat snorkeling...sini cantiks!
 Dah nama pun tak snorkeling, aktiviti lain? Tido!!Yihaa.. :-D

 My hubby snorkel kat Tup Island ni...amacam, leh jadi iklan cite Baywatch tak.hehehe...
Chicken Island
Chicken  Island ni dilihat dari dalam boat je. Boat akan berhenti macam dekat tengah laut sikit (sikit je, bukan betul-betul tengah, mau kene attack paus :-P)  untuk siapa-siapa yang nak snorkeling lagi. Again, tak bawak swimsuit. Isk isk uwaaaaaa T_T.
Lihatla aksi kegembiraan hubbyku yang dapat snorkeling, dapat sembang-sembang ramah mesra dan gurau senda dengan ikan-ikan chomel.


Poda Island
Kalau ikut trip 4 Islands Tour ni...Poda Island ni perhentian last sekali, lunch semua kat sini...kira picnic la gitu. Lunch dibekalkan, nasi putih dengan lauk biasa, ada telur dadar and ayam masak apa tah...bolehla dah lapar tapi tak berapa gemar.

Krabi Airport
Dah nak balik dah kat Airport Krabi....bye bye Krabi..till we meet again ;-)

 Well, my hubby loves krabi ;-)


~Life is wonderful~

23 March 2010

Hari pertame sebagai suri rumah

Oh yeah. Hari ni hari first sebagai suri rumah. Mengujakan? Ya! Menakutkan? Definitely! Mr Hubby (H) dah gi kerja, saya tinggal umah seorang diri. Huhu...pagi-pagi lagi H dah bawak balik breakfast. Tugas pertama? Cuma hidangkan. Hehehe senang.Bagus-bagus H sangat memahami memandangkan ini kali pertama saya duduk bejauhan dengan family (ye saye anak manje, mengade, ank pompuan sorang :-P) di tempat yg saya kira boleh lagi nak jalan kaki nak balik umah family (Melaka-->Shah Alam). Lepas breakfast, benda petame yang saya lakukan adalah....listkan barang keperluan rumah! Gulp! Macam banyak je. Biar betul aku nak ngabihkan duit H untuk barang-barang ni.Nak masakla kononnya.Takpe-takpe, kite beli dlu. Bila barang dah ada, nak taknak, ko masak jugak wani.ko masak jugak! Hubby tinggal sorang di rumah ni, kira ni dulu dia duduk bujang. Rumah bujang tau sajalah. Mana nak ada benda-benda kegemaran wanita seperti asam jawa, jintan putih, belacan, cili kering....kuikuikui :-P Sekian diari hidup seorang isteri yang baru mula nak jadi suri rumah. Mak tolong anak mak ni mak. T_T

 Instant food yang dibeli oleh saya bile kemalasan maksima melanda :-P


~Life is wonderful~

22 March 2010

Hiasan bilik pengantin

Masih lagi dalam mood pengantin baru :-P hehe nak cerita pasal hiasan bilik pengantin...macam saya, saya hias sndiri je..dgn bantuan mak kawan yang buat hiasan di kepala katil dan tiang-tiang katil...bilik saya takla grand sangat tapi bolelha utk saya yg sukea deco-deco simple..semuanye serba sederhana, takde lebih-lebih ye...antara hiasan bilik saya yang paling saya suka adalah......wall sticker saya! hehe kawan baik saya sempat lagi kelentong kata saya lukis sendiri hiasan ni dekat kawan-kawan saya yg datang nak tengok bilik pengantin. ish ish ish bebakat benor la kawanmu bernama siti salwani ni nak lukis-lukis camtu.kuikuikui klakar jugak..mmg nampak real agaknya...saksikan sendiri...jeng jeng jeng...


Oh jangan risau...wall sticker ni murah bangat! saya beli di nilai 3...harga untuk yang soft pink tu rasa cam rm3.33 (beli 3 RM10 kot), yang pink terang, rm10 kot...paling kuat pon total RM15 (beli byk dpt murah) ade lagi belen sepaket wall sticker ni..saye pon dah lupa harganya tapi tula untuk bunga-bunga anggun di dinding saya ni nih harga RM15 maximum ye ibu-ibu bapak-bapak. Murah bukan? Anda bagaimana? Tertipu? Ada rasa seperti lukisan tangan kaku saya? :-P

Di bawah ni pula hiasan bilik tido saya...gambar adalah diambil daripada fb kawan2 saya yang sungguh baik hati tolong upload untuk saya, gambar dua yang bawah pula daripada OP.

Harap bersabor jela ye, nak tunjuk deco bilik pengantin, ade la pulak pengantin nye nyelit ;P







My mom's friend, who is an architect bitau I. Walaupun tema bilik pengantin kita katakan warna brown kayu kayan macam bilik saya, kita tak perlula semuanya serba serbi nak brown. Kita boleh combine dengan warna lain jugak untuk lebih menyerlah contohnya kata dia, warna brown cantik jugak bila digabungkan dengan hijau. Kalau ikutkan aunty suggestkan saya beli green rug, tapi masa tu saya dah beli rug warna gold ikut warna curtain, so just pakai je. Kalau pakai green rug sure nampak lebih menyerlah bilik saya ni kan. So untuk menimbulkan konon-konon suasana alam semulajadi, dah bedroom set kayu kan, I belila 2 pasu lutsinar untuk dressing table, dalam tu I letakkan batu sungai and guli. Layer by layer la, susun dulu batu sungai, atas tu guli. And I tak letak bunga biasa, I beli bebola daun hijau tu untuk bagi effect natural and lively. Lilin hijau yang banyak-banyak tu pulak I beli dekat Ikea je. Guli and batu sungai berapa sangatla harganyakan. Pasu tu pun beli dekat Ikea, I rasa RM10 kot satu. Kalau tak silap I la yang pasti murah je. Tak lupa jugak pasu besar sikit dekat belah kiri dressing table tu jugak I selitkan bunga pom pom warna merah biar ada seri sikit deco tu. Combine kan dengan bunga lili putih. Tadaaa...siapla. Murah saja deco-deco ni. Karpet warna gold tu beli di nilai, I rasa price around RM300 kot.

Kalau side lamps I beli macam yang kat bawah ni, pakai pulak green rug, mesti vavavoom kan. Kuikuikui. Abehla perasan je designer. I je kot rasa cantik :P.



Wokey guys...tata!