Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

18 November 2012

Durian pancake lagi version lain pulak



Burp..alhamdulillah...

Melayang-layang bau durian seantero Setia City Mall kahkah. Hari tu aku pergi belum ada lagi durian pancake a.k.a durian crepe kt Sweet Chat SCM. Ini kali sudah ada juga.

Entry lepas aku test durian crepe yang aku order online dekat facebook brilliantaste.homemade kan sodap gak kan.

Oleh kerana keinginan membuak2, walopon baru lepas mengketedarah durian crepe aku buat sndri, tatap jugak aku nak rasa Sweet Chat punye durian crepe. Ngap ngap eh apsal semua durian crepe ni aku rasa sama je ni. Kehkeh.

Sebabnya rasa durian tu kuat kan, bila makan dengan whipped cream, rasa ala2 eksrem gitu. Eskrim deroyan. Depends on type of durian la. Pakai durian musang king, rasa la mcm mkn eskrem durian versi baskin robin kan. Pakai durian kampung rasa la macam ala2 eskrem Malaysia kan.

Yang membezakan semua2 crepe ni adalah tang kulit dia tu. Kalau crepe nye nipis lagi sedap sebab ala2 rasa tak rasa gitu kulit dia. Rasa cam eh eskrem durian 100%, kalo tebal sikit kulit dia, eh rase eskrem durian 83%, or kalau tebal bebonar kulit nye, eh rasa ketayap inti durian. Ha gitu.

Brilliantaste.homemade nye kulit plg nipis, Sweet Chat nye tebal sikit 0.2%, yang akunye buat sndri kulit dia sama tebal ngan lemak aku, 88%. Haha.

Ha udahla..dah mcm2 versi durian crepe aku makan, smpai dah naik muak nak makan durian dah. Takmo...takmo konon tau2 esok pagi kol 10am aku dok tggu depan Sweet Chat. Kakaka.

Ni eksen sikit, ni buatan sendirinye crepe. Not bad la tapi aku gelek kulit dia tu tak dapat nipis. Tah nape, bancuhan pekat sangat kot.



Tatatatatatatatatata....
posted from Bloggeroid

16 November 2012

Durian crepe yang marvelous!



Terliur tak? Terliur laaa..terliur laa..
Sodap oitt..baru je dapat merasa durian crepe ni. Dah lama dah aku mengidam nak makan, aku siap pergi Setia City Mall semata2 nak makan durian crepe ni selepas diwar2kan kat Sweet Chat punya durian crepe ni mantop!

Sekali masa aku pergi hari tu Setia City Mall, takde lagi la pulak durian crepe nye tu atau dipanggil durian pancake kat Sweet Chat.

At last ada jugak yang meng"add" aku kat fb. Tak teragak2 utk approve sebab ada gambar durian crepe kat profile picture. Hahaha nasib baik betul mmg jual durian crepe, buatnye jual ubat besar kan tu, besarkan ni, kuatkan tu, kuatkan ini, menyosal den approve.

Tang harge tu aku takleh nak cakap apa la sbb lain org lain bahan kan. Maybe ada yang guna durian D24 la, tahla segala macam durian jenis lagi. Tapi yang aku beli ni harga 6 biji durian crepe = RM15.

Tapi aku sorang je dah makan 3 bijik camno tu. Haha. Tu pon kalo bole 6-6 aku nak bedal sorang tapi sabarrrrrr..ingat sket baru kluar spital. Tapi sedapla pada aku. Rasa tak puas je makan. Lenkali bole order lagi.

Gambar di atas adalah daripada facebook tempat aku membeli durian crepe idamanku. Facebook mereka, click Brilliantaste.Homemade
posted from Bloggeroid

15 November 2012

Shawl cantik kan?



Cantik tak shawl ni? Tantek kan, kalau berminat nak view2 tudung baru kami..like2 la page kami at www.facebook.com/couleurshijabonline hehehe..
posted from Bloggeroid

07 November 2012

Nak keluar hospital puhlesssss

Tadi doc datang review balik aku punye blood test result. Darah aku kena ambik lebih kurang pukul 5 pagi tadi. So total kene tusuk jarum sejak kena penyakit ini adalah sebanyak 5 kali. Hambik ko..baru bape hari duduk. T__T

Alhamdulillah..white blood cell count turun kepada 12..daripada jumaat lepas 15.5. Normal 4-11. Kira aku dah ok sikitla, bp aku pulak bila duduk kat spital ni elokkkk pulak dia. Maybe sebab aku kat sini makan tido makan tido tak bergerak berjalan drive sana sini. Malas weh nak bejalan sebab dipenjara drip ni.

Ni dinner semalam punya. Wahh tak beragak gitu. Spaghetti bolognese. Hahaha. In term of rasa not bad at all memandangkan kt hospital kan. Habis licin aku makan. Nak compare to hari first admit nye dinner. First time aku makan nasi dengan broccoli dengan carrot sahaja seomor hidop. Haha gilo saiko ini pompan.


Sebab kat spital kan, dish ni aku bagi 4 bintang kejora. 



Comparekan dengan gambar sebelum pada entry yang lepas. Broccoli n carrot gone. Dahla broccoli carrot stim je pon gila sedap aku makan. Ikan tu gitula ropenya time dah habis makan pon. Kesian mr ikan. Dahla besar gile ikan tu. Jadi makanan neko kot. 



Bekalan di malam hari. Yang roti belang2 tu laki den bolikan, laki den yang makan. Tak sompek den nak bodal. Ceis.

Ada lagi satu gak makhluk yang sakit. Kejap2 kena tekan2, kejap2 kena tekan. Last2 aku cabut plaster aku, nah rasakan kau! Nak charge tipon pon susah.





Pose penumbuk ni nak bagi amaran "kasi hantam satu kali" kat laki den sebab dia pulak jadik boss kat ward aku. Bukak tv tukar channel tu channel ni, jap kuat kan ekon jap slowkan ekon, japgi nyanyi2 kegembiraan, paling rasa nak seligi bila dia komen, "eh nampak makin gemok je awk mama". Boleh? Aku tengah terlantar ni. Grrrrr.
posted from Bloggeroid

06 November 2012

Jom beli tudung murah dan cantik

Assalamualaikum semua rakan2 dan taulan...

Mohler like page online shop kami di facebook, ada jual tudung cantik-cantik dengan harga yang murah tapi berkualiti...

Jemput like ye...

http://www.facebook.com/couleurshijabonline

Nanti akan diupload macam-macam jenis tudung lagi and some ada original design by couleurs tiada di pasaran luar. Tunggguuuu..

Buat permulaan kami ada upload beberapa jenis tudung untuk anda. Ada jugak bawal airbrush CitrAida yang tengah famous tu, kami jual retail ^__^. Meh tengok gambar sikit..














posted from Bloggeroid

05 November 2012

Tak semestinye cerita yg hepi2 ajeeeee

Sakit ni datang tiba2 kan tanpa diduga. Tula Allah kalau nk tarik nikmat kesihatan ni sekelip mata je. Peringatan untuk aku ni haaa...dah tuo tak gheti2 insap.

Aku sekarang tengah warded kat hospital ni. Friday hr tu buat blood test resultnya pulak white blood cell tinggi. Maybe sebab time tu demam la kot kan. Tapi yang buat aku runsing tu bukan apa, tetiba lak kepala aku pening2 dengan blood pressure pulak asyikla tinggi je. Dah seminggu mcm tu gaya.

Tula bila demam lepas tu pening associate pulak dengan high bp ni la yang membuatkan aku kena mendaftarkan diri kat hospital ni haa. Tadi kena buat ECG, test jantung tapi aku tak tanya pulak result. Hopefully semuanya ok. Amin.

Tadi amik darah thru urat kat atas tangan belah kanan, dahla sakit adehhh. Diperah2nya tangan aku nak kuarkan darah. Sekali dah habis perah, nurse cakap jarum tak masuk betul kat tangan kanan ni, cucuk lak tangan kiri untuk masukkan jarum untuk nak masukkan ubat semua kan. Adehhhhh. Nak menangis ke nak terkucil aku pon tak pasti. Yang pasti terus aku demam. Haha dasar badan besor tapi pentakot ya amat.

Aku risaukan Aqeel je. Aqeel malam2 mesti nak tido bawah ketiak aku, jd sedih je aku ni tinggalkn Aqeel kat rumah dengan tok dia. Kalo la bole seludup masuk si tonet tu tido kat sini alangkah bahagianya.

Sunyi je, kat luar hujan renyai2, aku di sini kebingungan. Ops doc masuk.

Ok smbung balik, baru lepas kene interview, apa simptom2 yang aku alami. Blood test result dah dapat, Alhamdulillah liver n kidney functioning well. Tapi white blood cell tinggi lagila daripada normal. Meaning ada infection. Oh ye, kolestrol tinggi gak daripada normal. Hish. Kenala jaga makanla wani oiii. Jangan nak masak butter prawn je keje kau.

So sad kalo mude2 dah ada high bp kan. Gambar diri sendiri takyah letakla, dah macam Sarakit. Ceh nak jugak jadi hantu lawa. Kahkah.

Nak mempersembahkan menu hospital untuk hari ini. I need more santannnnnn. Where is santannn? The fish got no santannnn. I need saltttt. Why so tawar. Yelah gua sedar diri gua kat spital.


Papa, pls bring me some homemade food pretty2 pls. I know u want me to lose weight for my own good but pls not at the moment. Uwaaaaa.


Sakit oiii.
posted from Bloggeroid