Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

25 April 2013

Bakarla ayam tu Abang Mas Mono

Hari ape last week aku round seksyen 7 shah alam area jakel tu.Ingat nak belikan Aqeel nasi ayam bakar kot2 dia suka. Jenuh aku suap macam2 nasi dengan lauk sume dia taknak..haih la anak. 

Sekali teringat kawan aku cakap, Ayam Bakar Mas Mono ni sedap jugak..So mohler kite ke sana. Aku belikan Aqeel set ayam bakar dengan nasi, bungkus sebab dia tinggal kat rumah. Sebabnya sebelum tu aku ke DEMC. Macam2la penyakit hoi aku ni sekarang. 

Degupan jantung ni laju je dah berapa hari. Pergi jumpe Dr...ada 3 sebab kenapa apa jantung aku laju. Pertama, sebab aku sedut Ventolin Inhaler...ok yang ni memang la sebab aku asma. Lagipon bukan aku baru pakai, dah berbelas tahun kot aku pakai ventolin ni, tak penah lagi jadik camni. Overdose gamaknye.

Seken..Dr kata kemungkinan adalah thyroid. So dia pon tanye la ada tak simptom2 thyroid yg aku alami. Hmm..macam takde. Yang ketiga adalah kemungkinan ada masalah jantung. Dr tanye ada tak family member yang ada jantung..aku katela ada, ayah aku. So dia kata tengok lagi beberapa hari, if simptom persists maka silelah pegi jumpe Dr semula. 

Pelikla jgk. Sebelum jadi ni, aku dah 3 minggu start cycling selang sehari ke due hari skali. Ala basikal setempat tu. Kayuhla sampai boring tapi biasa aku kayuh 20-25 mins camtu je. Untuk kesihatan la kan. Ada sehari tu aku kayuh, baru 5 minit petama aku dah semput..sejak tu la jantung duk degup laju. Trus stop dah tak exercise dah.

Haa..gambar kat bawah ni gambar pisang goreng Mas Mono, ada taburan cheese dengan chocolate rice, dengan sos coklat sekali. Sedap hoi!! Pengsan la kesedapan. Teringat2 aku. Ingat nak buat sendiri je tapi kemalasan melanda. Hidangan ni RM5.50 tapi okla..muai dengan cheese dengan coklatnyer lagi.



Kat bawah ni gambar Esteller...ais batu hancur macam ABC tu, tapi makan dengan hirisan nangka and avocado..ada susu cair kot dalam tu. Pon sedap. Dulu aku makan rasa cam avocado ni tak sedap je, sekali makan avocado dalam esteller ni mak aii..sedap oit, lemak2 gitu. Hahaha matikla buat orang meleleh ailio je. Aku nak minum jus avocado atau dipanggil jus Alpukat kat sini..dah habis la pulak. Sedih. Harga esteller RM4.


Set ayam bakar sini tak mahal sangat..sedap gak ayam bakarnya. Sambal dia tak berapa pedasla pada yang suke pedas tapi still meleleh ailio teringat. Aku beli set ayam bakar dengan nasi je, takde tauhu n tempe sebab Aqeel bukan makan pon..RM7.50.


 Akhir sekali diselitkan gambar budak mrajok. Hoih budak skarang. Ipad tu bateri dah kong pon nak amokan. Haha mak ko ni dulu ngamok kalo lapar je. Masukla bawah katil tu, skali aku jerit "Aqeel, cockroach!!!" menggagau2 panjat katil balik. Hahaha.


Tatatititutuuuuuuuuuuuuuu...


~Wanie~

22 April 2013

Kuku Aqeel tercabut!

Semalam tengah elok je landing2 atas katil tetibe Aqeel merengek2, sambil tunjuk2, ni..ni..
Memula tak prasan apa Aqeel tunjuk, biasala bebudak kan semua bende excited nak tunjuk..ingatkan mainan dia ke ape..

Skali mak aku yang prasan kuku Aqeel dah tercabut..

Adoilaa..mcm mana aku tak prasan. Kuku Aqeel dah terkopek sebelah, boleh flip macam selak helai buku. Uwaaa..tinggal sikit je yang bersambung ngan ibu jari kaki.

 
Belah yang darah2 tu yang bersambung dengan jari lagi..yang sebelah tu dah tercabut habis. Tinggal sikit je kuku yang ada skarang ni. Huhuhu.

Bawak pegi klinik..Dr kata, saya boleh cabut sekarang, atau nak tunggu lama sikit baru cabut pon bole..aku pikir2 balik kang dah balik umah tersangkut kat mana2 kang dah berdarah2 kang lagi aku tak sanggup. Maka Dr..silekanlah. 

Siap Aqeel kene bedung lagi, papa dia la peluk. Aku mana sanggup nak tengok. Tau2 Dr bagi kuku je kat aku. :'(

Sob sob...

~Wanie~

09 April 2013

Love is not a mystery...

Love is a decision...

Terbaca blog Dr Harlina..an entry about marriage.. 

Memetik sikit kate2 Dr Harlina.. 


" Wedding is fun, honeymoon phase is a.w.e.s.o.m.e. but marriage is really a lot of work! You’re juggling your work, daily house chores, children and husband every single day. If you don’t enjoy what you’re doing, you’re killing yourself slowly inside because you barely have time for yourself " - Dr Harlina

Dulu masa awal2 lahirkan Aqeel, aku memang stress sebab I thought I will neeeeeeeeeeeever have time for myself. I will never get to go shopping whenever I like anymore *tu je ko ingat kan wanie*, I will never get to go for a facial on the weekends anymore, I will never have time for myselfffffffff anymore!  But I was wrong. Like totally wrong...

Sebenarnya semua tu masih boleh buat cumaaaa, kene mintak bantuan sesape tolong jagakan anak. Hehehehe..pastinye "sesape" tu bermaksud suami ler kan. Aku dulu ada trust issue. Aku tak pecaye kalo Incik Daus jaga Aqeel. Eh smpai sekarangla aku tak pecaye hahaha. 

Sebabnya Incik Daus akan biar je ikut suke Aqeel nak buat ape asalkan bukan yang super merbahaya la. If terantuk ke, jatuh ke..nnti dia pujukla sambil cakap, "budak baik memang macam tu kan Aqeel". 

Aku pulak memang overprotective. I will watch Aqeel main like an eagle. If aku tengok dia main dengan cara yang agak "risky", contoh panjat kerusi tinggi.. I will pull him right away. Kahkahkah patutla anak aku sekarang asik nak suh aku pakaikan lipstik lak. Salah sape? Kuikuikui.

Of course dah ada anak sangat sangat sangat lain dengan masa masih berdua..totally different. If kain baju malas gosok, sorok tepi dinding, tutup dengan selimut..atau hantar je dobi settle. Kalau malas kemas rumah, tutup lampu tido, esok sambung. Kalau malas masak, start your engine vrooom pergi kedai, order je. Time malas, semua bole settle, pasti ada caranya kan?

BUT.... *change to hugest extremely humongous font size here* BUT kalau ada anak, kalau ko malas, mane la leh ko sorok tepi dinding, atau pegi kedai lari tinggal anak. Gilo ko? Anak adalah amanah! AmaNAH! AMANAH! Ko kene bela, jaga, didik anak sebaik mungkin. Tanggungjawab yang digalas atas nama "anak" ni lah yang akan membawa ke neraka atau ke syurga. Pilihan kamu? 

Dari lahir..susui lah..belailah anak tu dengan kasih sayang. Berikan yang terbaik untuk anak. Macam2 cara untuk menzahirkan kasih sayang mak ayah pada anak, cuma caranya mungkin berbeza. Didiklah dia ikut nilai2 murni Islam...tunaikanlah tanggungjawab sebagai mak dan ayah sebaik mungkin.. Berikan yang terbaik untuk anak, selebihnya serahkan pada Allah.

Cuma, carila jugak masa untuk diri sendiri. Bukan semestinya ada anak tu semuanya terbatas. Boleh je enjoy macam dulu, cuma perlu ada batasan. Itu biasa..parts of growing upkan. Kene terima keadaan semasa. 

Dulu boleh hu ha sampai kul 11-12 malam, sekarang no more, kalau pun keluar, mesti rasa guilty tinggal anak.Rasa guilty tu datang sendiri, takde sapa remind pon. Automatic diri tu ingat anak anak anak. 

Cuma sekali sekala tu boleh je nak pergi facial ke, spa ke, mintak tolong asben jagakan anak, pujukla asben di malam jumaat sebelumnye.. eh.

Oh well..aku buat entry ni semua pon untuk diri sendiri jugak..sebagai persediaan mana tau ada rezeki Aqeel nak dapat adik. Hehehehehehe..doakan ye. Amin...



 Are u ready Aqeel? Or to be exact...are you ready mama Aqeel? Hewhewhew.

~Wanie~

03 April 2013

When I was young #1

Pernah dye rambut colour blonde pastu pakai hair mascara warna biru. Haha terasa habis cun la konon yang sebenarnya macam sakai.

What was I thinking. Memang tak la cun kan..jauh gile daripada istilah cun, more to errr.. pompuan gumuk huduh yang prasan as the prettiest woman ever to live on earth bila berambut blonde. 

Dah aa rambut tu blonde, kulit itam..pegi pakai hair mascara warne biru lak. Gilo apo. Nasib baik dulu belum wujud fb ke myspace ke friendster ke.

Kot la terasa lawa giler tu aku pi upload lak gambar, 7 keturunan aku tak abis kene kutuk nak2 gambar kuar kat gugel image huhuhu.

Model buat camni pon org dah pandang keji..apatah lagi aku. Hahaha.

Ni ha rupe hair mascara tu..kaler biru electric ok. Tak main soft2 blue ni. Biar kene renjatan letrik sume yang memandang wajahku.. Kuikuikui. Puii! 



Skang gua dah insap pon..di kesempatan ini, aku nk mintak maap pada yang penah menderita tekena biru elektrikku. Kahkahkah. Bye!


~Wanie~