Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

13 May 2013

Makan lagi kat Serai

Adik aku, Safwan dapat bonus..tah berapa bulan gaji, kemain syok lagi eh kalo keje dapat bonus bebulan2. Baru rasa berbaloi-baloi bertungkus lumus kan. Pastu baru ada semangat nak terus bekeje. So dia ajak family aku n family gf dia makan sekali kat Serai. Yahoo..pucuk dicita ulam mendatang.

Kebetulan dah lama tak makan kat Serai..aku rasa buat family gathering ke reunion ke mmg sesuai la buat kat Serai sebab satu, harga tak begitu mahal. Kire sekali sekala nak makan mewah sikit, masih mampu lagi la. 

Second, masakan dia memang berkualiti and sedap. Ni I'm talking about Serai kat Seksyen 3, Shah Alam.. Kat Serai @ Empire aku penah makan sekali je tu pon bukan order lauk2 camni. Serai seksyen 3 ni takde segala pavlova lova lova tu. Dia focus on Thai food je.


 Tadaaaa....clockwise, chicken lemon, asparagus belacan, broccoli and mushroom, in the middle tu sizzling seafood...dalam gambar missing steamed garoupa with hot and tangy lime sauce. Semua sedap! For details, http://seraithai.com.my/


Lain cerita...asben aku belikan Aqeel, Thomas and Friends train set ni..ada train due ketol pastu track dia. Besar gak bende ni, kena build kat hall sebab dalam bilik tak muat.Time train tu turun bukit kan cam laju sikit kan, excited kemain Aqeel, sampai terbaring2 gelak. Pas dah lama sikit, dah boring la tu, habis runtuh track hasil titik peluh papa and mama. Sabor jela. Dah aku simpan balik semuanya dalam plastik, darjah satu esok baru mak ko bukakkan balik ye nak.




Sebagai suami yang slalu outstesen, pandai lak Incik Daus amik hati bini kesepian. Kahkah. Balik je bagi coklat, terus bini senyum lebor macam clown nak terkoyak mulut. Kejap bawak balik toblerone, kejap Cadbury Snack..camno bini nak kuruih. Tapi sekurang2nye ingat jugak kat eden yang selebet ni kan. Maklumla naik flight stewardess kan cun2. Teringat gak kat bini tu kire ok ler hihihi.


Last trip Incik Daus outstesen, dia belikan aku handphone casing. Comel gile. Kihkih sronot aku. Umur tak menggambarkan jiwe eh. Lagi casing comel2 camni lagi aku suke. Cube gugel Romane Momo'S Blog Silicone Casing. Banyak lagi design yang cute2. 

Yang Incik Daus belikan ni koala.. name die Eupeptic Cozy. Ada memacam bentuk lagi. Memang geram la nengoknye. Bile aku upload gambar casing ni kat fesbuk dgn ig, kawan aku kate telinge koala ni menggelikan. Cam ala2 bulu telinge tercacak2 keluar telinge kot. Haha. 


Last but not least, sampai ke spek pon Incik Daus belikan frame die mase outstation. Baguih2, time kasih daun keladi, lain kali belilah lagi. Tinggal buat lens je. Aku buat lens sahaja kat kedai spek kat Giant Seksyen 13, RM200. Katenye german nye lens, Carl Zeiss. Ada warranty sume la. Hopefully bertahan lama dengan spek ni. 

Aku dahla pakai ganas. Buat pulak prangai baru si Aqeel ni suke tarik spek baru aku ni. Saja je si kenit tu nak kepak2 kan spek aku ni. Haish..nak tengok mak ko jadi singe jadian ke ape.

Hai..saya cikgu Wanie. 

Okla..tatatatatatatatatata.


~Wanie~

6 comments:

  1. MQ pun plan nak tukar spek gini tahan lasak sikit dari frame besi tu.. Ade anak ni dah 3 spek jahanam ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan, kene beli yang tahan lasak kan..spek mcm bahan ujikaji anak2 je kikiki..nak pakai lens mata lak sensitip.pasrah jela mq..

      Delete
  2. sedapnya. broccoli tu nampak sedap. eh kat shah alam baru bukak ye u serai?

    haha ayat u tak boleh tahan nk bukak balik masa umur anak u dah darjah 1 haha punyala malas haha

    alalal cantikla u. nerdy but pretty eceh :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cha..serai seksyen 3 ni dah lama dah yang..paling awal yg dibukak dr serai2 yg lain..hehe i mmg peminat tegar serai dr i kecik2 lgi..

      Haha mane tak nye..bepeluh2 i dgn asben pasang track siap kene bukak2 balik sbb tebalikla salahla sekali aqeel ketuk je bederai haha emo keh..

      Haha pakai camera 360 la cha..semua org bole jd cntik tp u dh mmg cntiklaaa takyah pakai camera 360 pon ;)

      Delete
  3. cantiknya awak salwani.. kerja cikgu ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha sy bukan cikgu..sy student master lg masreena. Sy tak cntik pon..ni pakai apps camera 360 tu yg nmpak lain hihi

      Delete