Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

25 August 2013

Masalah belajar, masalah bekerja, semua pun masalah.

Peh..lama tinggal blog. Tak terkejar nak update huhuhu.

Sebab aku dah start bekerja skarang ni so waktu terluang sangat-sangat terbatas. Kalau dulu bangun pagi siapkan aqeel, lepas tu sambil2 buat thesis kalau dah letih sgt, break ada jugak masa nak baca blog orang and update blog sendiri. Sekarang harapanla huhuhu.

2 hari sebelum raya hari tu boleh lak dapat berita tak best pasal biasiswa aku. Dapat call kate aku nak dapat tindakan undang2 la bagai sebab aku tak habis on time. Tahape je.

Pergila kejar orang yang takde progress, yang hilang tanpa berita. Aku memangla tak habis on time tapi aku tak lari2, sentiasa ada progress, sentiasa update, supervisor aku pon support je, sebab dia tau aku buat kerja.

Macam mana nak habis on time, aku buat research. Sentiasa ada je benda tak cukup..sentiasa nak kena tambah itu ini.
Kalau aku sorang je yang tak habis on time, maybe bole la label aku sbg student paling ngok abad ini haha, ini masalahnye ramai. Eh tapi aku memang la ada ngok sikit tang belaja. Kihkihkih.

Kekadang nyesal lak terima biasiswa ni. Terumbang ambing hidup aku jadinya. Kalau aku stay dengan TM dulu pon dah stable dah financially and aku rasa emosi pon stable kot. Takdela mcm ni.

Ini kes aku jela, lain org lain jalan hidupnye ye tak. Ada gak org yg elok je keje-blaja-family.

Stress gile tapi tabahkan jugak, pujuk hati insyaAllah ada hikmah atas apa yang dah berlaku ni. Sekarang ni aku kerja je dulu, lagi la bertambah2 tekanan kan, kerja lagi, blaja lagi, kerja kt umah lagi, kekangan masa lagi tapi takkan nak harap Incik Daus je tanggung semua. Kesianlak dia. Kereta lagi, bil itu ini...macam2 la nak kena bayar.

Jadi..berkorbanla bete. Cuma shian Aqeel terabai. Huhu mama keje jauh sikitla syg..sbb tu Aqeel bangun pagi2 sekarang mama takde di sisi. Nanti ada rezeki mama kerja dari rumah ok syg.

Tapi cakap pasal masalah, teringat satu cite kawan aku.

Dia kata, ada hari tu husband dia bawak beberapa pekerja la naik van, husband dia yang drive. Selalu husband dia tak pernah tak pakai seat belt, hari tu je husband tu tak pakai sebab dekat kot tempat nak pergi.

Sekali memang nak jadi la kot, kena tahan pulak dengan polis trafik. Polis tu tanya la itu ini kan.

Polis: Habis aku nak cakap apa dekat bos aku ni?

Husband kawan aku ni cakapla tolongla lepaskan. Kali ni je dia terlupa pakai.

Polis: Okla, aku bagitau kat bos aku, ko la manusia paling banyak masalah kat dunia ni.

Hahahaha sumpah lawak gile. Elokla kena batang idong aku ayat polis tu kan. Kahkahkah.


Lorry besar ni aku belikan masa tengah tunggu makanan sampai. Kemain menjeling bapaknye Aqeel tengok harga menan anak. Hihi bior aaa skali skale beli yg mahal sket, tahan lama sikit (kot!). Kikiki..

Bukan ke pompuan kalau nak hilangkan stress mesti shopping. Pastu stress tengok balance dalam bank kakaka. Pedulik tak.

Nah setepet gambar raya buat tatapan dengan ucapan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Tahun ni bete tak buat open house sebab bete stress :P

4 comments:

  1. sabar ye u. susah sekarang senang kemudian :)

    selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  2. Thank u cha..harap2nye begitula..aminnn

    Selamat hari raya cha ;)

    ReplyDelete
  3. Salwani sambung blaja ye... blaja memang susah nak renyah tapi insy ada rezeki di syarikat-syarikat GLC nanti =)

    ReplyDelete
  4. salam..wanie..ahaha..kzue pun lama giler tinggal 'umah'..apa nak buat..byk lagi kerja yg lebih penting..heheh

    ReplyDelete