Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

13 January 2012

Aqeel admitted to DEMC

Salam and hi...
Aqeel kena admit at DEMC on 1st January 2012. Before this bukan Aqeel tak pernah kena batuk-batuk so at first I thought it was just normal coughing and I bagi dia ubat kahak. Biasalah kan budak-budak dengan batuk. Tapi tiba-tiba malam tu Aqeel terjaga and menangis tak henti-henti. I thought because I bawak dia keluar maghrib ke hari tu. Because Aqeel ni, I dah perasan, kalau I bawak dia keluar and balik terlambat sikit sampai around maghrib or masa maghrib tu I dengan dia still dekat luar, malamnya dia akan selalu terjaga and nangis-nangis. I dodoi and baca segala ayat kursi and lain-lain, after 2 hours baru Aqeel tertidur. I masa tu memang tak sedar yang Aqeel nangis-nangis because dia susah nak bernafas. 

Berapa kali jugak Aqeel bangun nangis-nangis until la pagi tu bila dia bangun and minum susu semua taknak, baru I nampak Aqeel bernafas so laju. Masa tu panic sangat and ada sekali tu dia macam tercungap-cungap. I kejut my husband dengan sekuat-kuatnya, I think I terhempuk dia dengan diaper bag sebab panic sangat. Hehehehe sorry yang...Bawak pergi DEMC dekat bahagian emergency and I requested for nebulizer (ubat dalam bentuk gas, kite bernafas guna mask) dan-dan tu jugak because I know mesti kahak dah terlampau banyak and Aqeel susah bernafas. After the nebulizer, I jumpa Dr biasa yang bahagian klinik biasa tu, he asked whether I want to come to DEMC for Aqeel to take nebulizer every 4 hours or admit terus. I said I want Aqeel to be admitted because I can see that he has trouble with his breathing at that time. Anything I can always call for the doctor. So after buat x-ray, check darah, Aqeel pun dimasukkan ke ward on Sunday 1st January 2012. Huhu start the year with a scary experience.

After dah admit, I asked where is the paediatrician, the nurse said she has called the Dr (Dr Koshy), he will come in a short while. Masa tu around 9 - 10am kot, I couldn't remember. But because Sunday kan, of course Dr on-call. Around 12pm baru Dr sampai. Bila dia sampai, dia kata condition Aqeel sangat teruk, terkejut sangat I dengar, I tak sangka within a day Aqeel boleh kena attack teruk sangat. Dr Koshy kata, from the x-ray boleh nampak kahak terkumpul dekat lungs, and also blood test showed that Aqeel kena infection. Perasaan I masa tu tak boleh gambarkan, sedih, terkejut, risau, marah semua la. I marah dengan diri sendiri sebab tak perasan yang Aqeel has trouble breathing at the night he was crying so badly tu. It was because I didn't hear any wheezing (whistling sound that can be heard indicating a person is having trouble in breathing especially when exhaling ) so now lesson learned, if tak dengar wheezing pun, sesak nafas tetap sesak nafas ok.   

So for the treatment, for the first hour, Dr suruh Aqeel take the nebulizer 3 times dalam sejam tu. See how serious his condition was. Kalau I ikut cakap the first Dr tu and come for 4 hours sekali, I can't imagine macam mana Aqeel punya condition. Tapi I tak salahkan Dr tu because dia bukan pakar kanak-kanak. I tetap berterima kasih sebab dia yang suggest for the admit kan. So apa-apa pun kena mintak consultation pakar jugak. After nebulizer 3 kali sejam tu, continue pulak dengan sejam sekali. Malam tu after pukul 12malam, baru nebulizer 2 jam sekali. Kesian sangat Aqeel, nangis-nangis buat nebulizer. Dahlah sesak nafas kan, nangis pulak lagi, pressure pulak lagi. Sampai Aqeel dah tau, if ada perempuan pakai uniform peach (the nurses) masuk je bilik, dia akan menangis dulu even belum bagi ubat pape pun lagi. I think dia trauma sangat-sangat. 3 hari 2 malam Aqeel dekat DEMC, tu pun third day tu me and my husband requested for a discharge sebab Aqeel macam tension sangat-sangat duduk dekat ward tu, even condition dia improved, still dia asyik nangis-nangis je. I rasa dia tension tengok tempat tertutup, ward kanak-kanak kat tingkat 3 pulak penuh, duduk ward dewasa, lagi-lagi nurse keluar masuk paksa dia makan ubat and take nebulizer. Elok je dah packing semua, on the way nak turun tu, elok je dia sengih lambai-lambai tangan bye bye dekat semua nurses. Tau je dia it's time to go back home.

Oh ya, masa dekat hospital, tiba-tiba je Aqeel bangun berdiri masa sakit tu. Kalau tak sebelum tu takde tanda-tanda nak berjalan or berdiri langsung. Orang tua-tua kata, budak kalau nak pandai memang sakit-sakit kan tapi ini sakit yang sangat serious. Huhu. Risau sangat, please Aqeel eh, mama berdoa kalau Aqeel nak pandai buat pape pun janganla begini sekali. Mama risauuuuu... Balik je rumah, I pulak sambung bagi nebulizer every 3 hours. I siap beli machine nebulizer baru untuk bawak balik Aqeel. I fikir-fikir kalau Aqeel asyik nangis and stress je kat hospital tu, macam mana budak nak baik kan. So I la jadi Dr and nurse. Every 3 hours without fail (Alhamdulillah Allah bagi I kekuatan) I bagi nebulizer and bagi ubat on time. Friday tu, Aqeel ada appointment dengan Dr Koshy lagi, I bawak Aqeel jumpa and Dr kata Aqeel's condition has improved a lot but has to continue with nebulizer like 3 to 4 times a day and continue the ubat kahak (mucoflux), ventolin salbutamol and also ubat selsema sampai batuk Aqeel hilang. Dr kata even Aqeel tak selsema, makan jugak ubat selsema because it helps in reducing the lendir also. So after 2,3 hari buat nebulizer 3 kali sehari, I berhenti bagi ubat and nebulizer sebab Aqeel dah tak batuk. So total cost 3 hari 2 malam dekat DEMC ni RM2800+, masa nak admit tu deposit adalah RM2000 estimated for 3 days stay tak silap I. 

But until today I still monitor batuk Aqeel, pernafasan Aqeel, whether dia bernafas laju or tak... I trauma sangat, so after this, whenever Aqeel batuk, I akan take it seriously. Walaupun masa awal-awal Aqeel kena batuk tu pun I memang take it seriously, I terus bagi ubat pun, tapi maybe sebab dah kena infection, tu yang tak baik-baik. Masa dekat hospital, Dr bagi antibiotics to treat the infection. So after this, if la dia batuk-batuk, I akan terus bawak ke pakar untuk diagnose.

Semoga Allah memberi kesihatan yang lebih baik untuk Aqeel ye sayang...Mama and papa sayang sangat dekat Aqeel...

Pic ni Aqeel and papa at DEMC

 
~Wanie~

2 comments:

  1. budak2 zaman skrg memang senang kena asma. huhu.. moga aqeel cepat sembuh ya..
    jemput ke blog sy http://hebatkan.blogspot.com ;)

    ReplyDelete
  2. Tula..udara skarang kot kan? Tak sebersih dulu.. Amin..terima kasih kerana mendoakan Aqeel..ok nnti i'll pay a visit to ur blog ye.. :-)

    ReplyDelete