Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

31 January 2012

Gunung Empire ku daki, lautan api Chillis ku renangi

Haha tajuk hampeh. Last week my hubby and I jenjalan dekat Empire. Hati ada dup dap dup dap sebab takut melotup. Hahaha ampeh, shopping punya pasal saya redahkan aje. Tetambah sejak dah montel ni, terpaksala menjenguk ke Ms.Read nak carik seluar. Kuikuikui. Baju senang cari, seluar nak cari yang selesa amatla payah. Terasa ingin bermastautin di London pula bila berbadan montok sampaila kurus balik (I tak pernah kurus pon, kurus tu tetap gumuk tapi pada I, kalau muat seluar lama tu "kurus" la) barula mengaku,"I Malaysian, helllooo tak nampak ke I selim melim nih?". Orang London dengor berbulu je kan, yelah orang London, bukan semua pon orang engkau montel :P.

Dapat jugak la sebijik seluar Ms.Read dengan harga RM107.90 lepas diskaun. Ada auntie ni sorang berbaik hati offer I kad dia for me to get additional discount 10%. If not I boleh dapat 20% discount je sebab I takde member card. I tanya jugaklah macam mana nak dapat member card, kena beli above RM500. T__T Matikla saya tetibe nak memperabih RM500 untuk dapat member card.

Dah pergi Ms.Read, ajak (read: paksa) hubby gi Toys R us. Sejak dah ada anak ni, memang wajib singgah kedai mainan. Hubby memang marah sebab saya selalu sangat belikan Aqeel mainan. Bukan berkira tapi hari-hari keluar, hari-hari bawak balik mainan.Haha sapa yang excited lebih sebenarnya, maknye ke anaknye.Padahal Aqeel bukan pandai sangat nak main, pandai sikit-sikit je plus Aqeel cepat jemu. Agaknya dah I sogok sangat dengan mainan kot sampai boring dah dia.Kihkihkih. Tapi gi Empire ni I tak bawak Aqeel sebab ingat keluar sekejap je, tau-tau terasa nak ngap dulu sebelum balik.

Jadi ke Chillis la kite. I tak pernah makan kat Chillis, eh pernah tapi dah tak ingat bila. Lama dah jadi dah tak ingat yang mana pernah I makan. Hubby pulak tak pernah, dia tak terasa nak try pun sebab favourite dia Tony Romas. Oleh kerana I ajak jugak, teringinla ape, hubby mengikut jelah tekak bini montok.

Masa kat Chillis, I order Monterey Chicken and hubby pulak order Southwestern Grilled Lamb. I rasa ok-ok la food dia tapi dia punya mashed potato memang terbaikkk. Sedap gilos ok. Tak tipu. Lenkali I makan Chillis boleh tak I nak makan mashed potatoes dia je.

Monterey Chicken

Southwestern Grilled Lamb

Next time ngap lagi di Chillis demi mashed potatoes nye yang terbaeeek. Sekian bersiaran langsung dari atas katil nak abum. Gud niteee...

~Wanie~

Sewakan Baju & Aksesori Pengantin

Salam and hi...

I nak sewakan baju bersanding I ye. I ni kategori pengantin berisi dulu. Hehe. Sekarang no chubby-chubby lagi, montel terus. Hahaha. I sewakan sekali dengan veil (tudung tak termasuk ye, tudung I biasa-biasa je). Kalau nak sewa veil sahaja pun boleh. Gambar dekat bawah ni gambar I pakai baju yang I nak sewakan. veil tu kalau I pakai paras pinggang, but digandingkan sekali dengan satu veil plain, chiffon panjang. Kalau awak dalam kategori big M, L atau smaller XL boleh pakai la baju ni. Badan I jenis yang pear-shaped so cutting dress ni adalah A-Line. Amat sesuai untuk pengantin yang body macam I. Sebab nampak tinggi la katanya. Warna adalah off-white digandingkan dengan manik pink, seswai gitu untuk jadi baju nikah or tunang, kalau untuk sanding kira simple tapi I memang suke yang simple. Apa pun terpulang pada minat masing-masing kan ;-). Tinggi I dalam 163-164cm. Masa bersanding ni I pakai kasut 1 inci ke 1.5 inci je sebab takut terpeleot pakai heels. Hahaha. Tapi I sewakan baju perempuan je k, baju lelaki tiada sebab hubby pakai buat solat jumaat hehehe. Baju lelaki baju melayu biasa je, warna off-white. Anyways, my friend and I jugak ada sewakan aksesori pengantin yang lain-lain macam crown, veil, rantai, dulang. So feel free to visit our blog ye layangan-accessories.blogspot.com. Kalau berminat nak sewa baju and lain-lain, boleh emailkan ke sitisalwani262[at]gmail.com atau sitinailah[at]gmail.com.

Baju ni I tempah dekat Salikin Sidek ye kotla ada yang nak tau. Untuk lengan tangan, I request untuk tukarkan daripada lace biasa kepada chiffon tapi I buat 2 layer so that tak nampak jarang and also lengan chiffon ni I pakai chiffon 2 tones. And also ditambah manik di pergelangan tangan.

Dari pandangan depan, A-line cutting dress for tall and slim effect ;-)

From sisi

Off-white + Soft Pink (Warna Purplish Pink)

Veil dari pandangan sisi

Masa Amy Janz tengah adjust-adjust the veil

Veil dari sisi depan (sorry nampak sikit je)

Labuh veil sampai pinggang I, chiffon panjang sampai lebih kurang tengah betis
So apa-apa sila la email saya ye sitisalwani262[at]gmail.com. Thanksssss...

~Wanie~

13 January 2012

Aqeel admitted to DEMC

Salam and hi...
Aqeel kena admit at DEMC on 1st January 2012. Before this bukan Aqeel tak pernah kena batuk-batuk so at first I thought it was just normal coughing and I bagi dia ubat kahak. Biasalah kan budak-budak dengan batuk. Tapi tiba-tiba malam tu Aqeel terjaga and menangis tak henti-henti. I thought because I bawak dia keluar maghrib ke hari tu. Because Aqeel ni, I dah perasan, kalau I bawak dia keluar and balik terlambat sikit sampai around maghrib or masa maghrib tu I dengan dia still dekat luar, malamnya dia akan selalu terjaga and nangis-nangis. I dodoi and baca segala ayat kursi and lain-lain, after 2 hours baru Aqeel tertidur. I masa tu memang tak sedar yang Aqeel nangis-nangis because dia susah nak bernafas. 

Berapa kali jugak Aqeel bangun nangis-nangis until la pagi tu bila dia bangun and minum susu semua taknak, baru I nampak Aqeel bernafas so laju. Masa tu panic sangat and ada sekali tu dia macam tercungap-cungap. I kejut my husband dengan sekuat-kuatnya, I think I terhempuk dia dengan diaper bag sebab panic sangat. Hehehehe sorry yang...Bawak pergi DEMC dekat bahagian emergency and I requested for nebulizer (ubat dalam bentuk gas, kite bernafas guna mask) dan-dan tu jugak because I know mesti kahak dah terlampau banyak and Aqeel susah bernafas. After the nebulizer, I jumpa Dr biasa yang bahagian klinik biasa tu, he asked whether I want to come to DEMC for Aqeel to take nebulizer every 4 hours or admit terus. I said I want Aqeel to be admitted because I can see that he has trouble with his breathing at that time. Anything I can always call for the doctor. So after buat x-ray, check darah, Aqeel pun dimasukkan ke ward on Sunday 1st January 2012. Huhu start the year with a scary experience.

After dah admit, I asked where is the paediatrician, the nurse said she has called the Dr (Dr Koshy), he will come in a short while. Masa tu around 9 - 10am kot, I couldn't remember. But because Sunday kan, of course Dr on-call. Around 12pm baru Dr sampai. Bila dia sampai, dia kata condition Aqeel sangat teruk, terkejut sangat I dengar, I tak sangka within a day Aqeel boleh kena attack teruk sangat. Dr Koshy kata, from the x-ray boleh nampak kahak terkumpul dekat lungs, and also blood test showed that Aqeel kena infection. Perasaan I masa tu tak boleh gambarkan, sedih, terkejut, risau, marah semua la. I marah dengan diri sendiri sebab tak perasan yang Aqeel has trouble breathing at the night he was crying so badly tu. It was because I didn't hear any wheezing (whistling sound that can be heard indicating a person is having trouble in breathing especially when exhaling ) so now lesson learned, if tak dengar wheezing pun, sesak nafas tetap sesak nafas ok.   

So for the treatment, for the first hour, Dr suruh Aqeel take the nebulizer 3 times dalam sejam tu. See how serious his condition was. Kalau I ikut cakap the first Dr tu and come for 4 hours sekali, I can't imagine macam mana Aqeel punya condition. Tapi I tak salahkan Dr tu because dia bukan pakar kanak-kanak. I tetap berterima kasih sebab dia yang suggest for the admit kan. So apa-apa pun kena mintak consultation pakar jugak. After nebulizer 3 kali sejam tu, continue pulak dengan sejam sekali. Malam tu after pukul 12malam, baru nebulizer 2 jam sekali. Kesian sangat Aqeel, nangis-nangis buat nebulizer. Dahlah sesak nafas kan, nangis pulak lagi, pressure pulak lagi. Sampai Aqeel dah tau, if ada perempuan pakai uniform peach (the nurses) masuk je bilik, dia akan menangis dulu even belum bagi ubat pape pun lagi. I think dia trauma sangat-sangat. 3 hari 2 malam Aqeel dekat DEMC, tu pun third day tu me and my husband requested for a discharge sebab Aqeel macam tension sangat-sangat duduk dekat ward tu, even condition dia improved, still dia asyik nangis-nangis je. I rasa dia tension tengok tempat tertutup, ward kanak-kanak kat tingkat 3 pulak penuh, duduk ward dewasa, lagi-lagi nurse keluar masuk paksa dia makan ubat and take nebulizer. Elok je dah packing semua, on the way nak turun tu, elok je dia sengih lambai-lambai tangan bye bye dekat semua nurses. Tau je dia it's time to go back home.

Oh ya, masa dekat hospital, tiba-tiba je Aqeel bangun berdiri masa sakit tu. Kalau tak sebelum tu takde tanda-tanda nak berjalan or berdiri langsung. Orang tua-tua kata, budak kalau nak pandai memang sakit-sakit kan tapi ini sakit yang sangat serious. Huhu. Risau sangat, please Aqeel eh, mama berdoa kalau Aqeel nak pandai buat pape pun janganla begini sekali. Mama risauuuuu... Balik je rumah, I pulak sambung bagi nebulizer every 3 hours. I siap beli machine nebulizer baru untuk bawak balik Aqeel. I fikir-fikir kalau Aqeel asyik nangis and stress je kat hospital tu, macam mana budak nak baik kan. So I la jadi Dr and nurse. Every 3 hours without fail (Alhamdulillah Allah bagi I kekuatan) I bagi nebulizer and bagi ubat on time. Friday tu, Aqeel ada appointment dengan Dr Koshy lagi, I bawak Aqeel jumpa and Dr kata Aqeel's condition has improved a lot but has to continue with nebulizer like 3 to 4 times a day and continue the ubat kahak (mucoflux), ventolin salbutamol and also ubat selsema sampai batuk Aqeel hilang. Dr kata even Aqeel tak selsema, makan jugak ubat selsema because it helps in reducing the lendir also. So after 2,3 hari buat nebulizer 3 kali sehari, I berhenti bagi ubat and nebulizer sebab Aqeel dah tak batuk. So total cost 3 hari 2 malam dekat DEMC ni RM2800+, masa nak admit tu deposit adalah RM2000 estimated for 3 days stay tak silap I. 

But until today I still monitor batuk Aqeel, pernafasan Aqeel, whether dia bernafas laju or tak... I trauma sangat, so after this, whenever Aqeel batuk, I akan take it seriously. Walaupun masa awal-awal Aqeel kena batuk tu pun I memang take it seriously, I terus bagi ubat pun, tapi maybe sebab dah kena infection, tu yang tak baik-baik. Masa dekat hospital, Dr bagi antibiotics to treat the infection. So after this, if la dia batuk-batuk, I akan terus bawak ke pakar untuk diagnose.

Semoga Allah memberi kesihatan yang lebih baik untuk Aqeel ye sayang...Mama and papa sayang sangat dekat Aqeel...

Pic ni Aqeel and papa at DEMC

 
~Wanie~