Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

06 May 2010

Butter Prawn yang yummy

 Ni salah satu resipi yang memang mantap and menjadi kegemaran aku...huhu beshnye. Meleleh air liur bila teringatkan butter prawn nih. Esok nak buat kalau larat. Walaupun aku selalu buat telur goreng tak jadi halus dan rangup macam selalu kat kedai-kedai buat, rasa masakannya tetap tip top (wekkk puji masakan sendiri haha).

Recipe: Source

BUTTER PRAWN @Jeni
Bahan A
600 gm udang besar
1 camt. gula
1 camt. garam
1/2 camt. lada hitam
1 camt. minyak bijan

Bahan B
3 camB tepung jagung
1 camB serbuk kari ikan

Bahan C
3 biji kuning telur
1 camB susu cair
1/2 camt. garam
1/4 camt. serbuk lada hitam
2 camB butter 

2 camB nestum (masuk kemudian)

1 camB bawang putih - dicincang
2 camB cili padi - dicincang
1 camB daun kari - dicincang
2 camB butter


Bahan perisa
1 camB sos tiram
1/2 camB gula
1/4 camB serbuk lada hitam

Cara-cara
Bersihkan udang, buangkan kakinya dan keringkan dengan menggunakan kitchen towel.
Perap udang dengan bahan A selama 20 minit.
Campurkan bahan B dan masukkan udang yang telah diperap. Gaul rata.
Goreng terendam udang tadi sehingga masak dan tuskan minyaknya.
Gaul rata bahan C. Ketepikan.
Panaskan kuali, masukkan butter. Kemudian, masukkan bahan C. Kacau campuran C dengan cepat untuk mendapatkan telur goreng yang halus dan rangup. Angkat dari kuali.
Panaskan kuali dengan 2 camB butter. Goreng bawang putih, cili padi dan daun kari hingga wangi. Masukkan udang dan bahan perisa.  
Gaul rata sebelum dimasukkan telur goreng dengan nestum. Butter kena lebih sikit sebab nestum serap butter. (kinda weird but nestum when combined with butter taste very differently... rasa sekali memang bukan macam nestum. furthermore, telur goreng halus akan nampak banyak).
Gaul rata dan hidangkan semasa panas. 

TIPS:

Panaskan minyak dalam kuali hingga betul2 panas kemudian masukkan butter.
Biar butter cair dan tutup api.
Tuang telur ke dalam jaring / acuan roti jala dan goyang2kan mcm buat roti jala tu..
Sambil tu telur dikacau menggunakan chopstick laju-laju supaya tidak melekat.

Tips: source

*Semoga esok udang-udang akan masuk ke dalam perutku dan menari-nari keriangan. Amin.




~Life is wonderful~

2 comments:

  1. Saye rase...

    kalo stakat cite je, tp tak bagi readers rasa udang tu, xde makna juge. mcm x berapa mencabar je...hakhakhakkkk :D

    ReplyDelete
  2. hehehe makan la gambar tu ok :-P

    ReplyDelete