Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

29 January 2014

Kerjaku di kilang kicap

Phew..lama sudah tinggal blog gue. Kok ditinggalin berhabuk blognye. Puh..puhhh.

Aktiviti memang banyak aku buat. Tapi semua menjurus kepada makan. Haha. Well, see the vontot please.

Kalau tengok apa yang aku follow kat instagram. Hampir semua berkisar makanan. Kate hobi kan. Ok nanti korang scroll bawah2 sikit la nanti jumpa gambar makanan ok. Ni cite lain dulu.

Sekarang aku dah tak letih tejelepok bagai bawang putih yang ditindas mak tirinya lagi. Sebabbbb...opis baru pindah dari seri kembangan ke seksyen 22 shah alam. Aku kan dok shah alam :P.

Muahahhahaha gelak evil lebih sikit ditujukan pada neklah. Rejeki2..aku pon tak sangka. Masa aku dapat keje kat seri kembangan sinun..kampeni ni mmg tgh cari bangunan utk pindah. Tapi aku budget mesti cari area-area seri kembangan jugak..tak pon cheras.

Elokla pindah..kat bilik aku keje tu ekon pon dah rosak..tikus pon tetibe wujud entah dari mana. Siap gigit kaki colleague aku lagi. Hahaha lawak weh. Aku tak kena memang la kate lawak. Kalo aku yang kena mau menangis terus ambik injection tetanus.

Bak kate hr lama dulu, ramai yang datang intebiu tapi bila sampai je depan opis, dan-dan la ada yang takmo masukla, buat-buat tak jumpa jalan la. Hahaha. Maklumla rupa bangunan cam kilang kicap. Bukan aku yang kate.. akak tu yang kate. Kahkah.

Masa intebiu dia tanya aku, "Kamu tak kisah ke keje tempat macam kilang kicap ni?". Aku kata "saya ok je kat mana-mana pon asalkan kerja". Padahalll..drama kot sebelum aku masuk. Nak masuk tak masuk kakakka.

Aku pon buntang bijik mata masa sampai. Biar betul tempat ni. Nama kemain canggih. Sampai adik aku pon kate, "Tempat ni wani nak keje?? Ni??". Masa tu adik aku safwan yang anta aku.

Masuk jela dulu..dalam opis ok kot..pujuk hati sendiri aku masa tu. Tertelan-telan air liur aku sampai kenyang la. Cea cea..alasan padahal kenyang makan roti canai sebelom intebiu. Haha.

Kilang kicap lagi cantik ok..tapi manager baru aku kata..masa agensi pekerjaan tu call dia untuk intebiu, orang agensi tu dah sound awal-awal..jangan terkejut tengok opis kampeni ni, memang buruk tapi opis diorang dah nak pindah.

Manager aku kata, masa sampai-sampai dia rasa taklah teruk sangat, macam workshop kereta je. Yolah tu..dah ekau orang agensi dah warning pasal opis buruk. Cuba tak warning..aku rasa ko pon dan-dan sesat sampai ke sudah kot. :P

Colleague aku sorang lagi kelakar. Kawan dia nak datang opis nak ajak lunch sama, mati-mati dia kata takpe2 dia tunggu dekat tempat lain je, opis susah nak carik. Padahal dia malu nak ngaku keje kat situ. Haha bole bayangkan tak.

Tapi aku tak kisah pon. Tempat mencari rejeki halal weh. Ape ade hal kalo skali2 tikus melintas depan ko..ternampak nepal dgn vietnam belenggeng pakai towel dok peewit2 ko..hampir terpijak puppy sedang enak lena diulit mimpi. Kahkahkah.

Nepal ngan vietnam tu bangunan sebelah tapi dalam satu compound sebab dua2 building tu satu owner. Building sebelah dua tingkat..bawah tempat diorang buat keje, tingkat atas tempat tinggal diorang.

Tu yang kadang2 diorang ni bersidai dengan towel je. Kata kat rumah kan. Sabor jela. Nasib tak penah jumpa spender jantan jela melayang-layang. Kalo towel belang-belang selalu la aku nampak. Eh nampak sangat aku menjeling tingkat atas bangunan sebelah. Euuwww hahaha.

Dah..panjang pulak aku nye cerita. Eh opis baru aku cantik tau. Haha eksen sikit. Sejukkk..ekon kuat ala2 di eropah gitu. Hari first start keje sejukkk sangat. Lupe nak bawak winter coat. Tu yang kene pakai benda alah bawah ni. :P


Tantek tak baju kak ton?


Kelakar ke kalau jahit lace kat hujung shawl camni? Nampak pelik ke?


Seperti biasa..nah gambar makanan. Cube cari instagram chot_fadhlie. Kuih sapit tengah2 ada nutella@peanut butter. Aku suka yang peanut butter. Kruk krak kruk krak tau2 je dah nak habis. Ceis.

Okla..seperti biasa cerita aku mana ada ending.haha. mohon pasrah. Tatatattatatata.