Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label lampu. Show all posts
Showing posts with label lampu. Show all posts

14 June 2012

Jangan ulang kesilapan saye tentang pencahayaan rumah

Ok...sebenarnye bukan la kesilapan besar sangat tapi aku rasa, sedikit sebanyak kecewa gaklah bila semua dah siap and tentang yang satu ni memang tak boleh lagi nak adjust2 buat masa terdekat ni. Ini just pandangan aku je sebab aku memang suka pencahayaan yang cukup, so aku kongsikan sedikit sebanyak untuk sesiapa yang masih merancang untuk renovate rumah.

First is, dekat hall langsung kitorang tak letak wall lights. Kalau perasan, dekat plaster ceiling kitorang, downlights adalah dalam L-box which is bila kita on lampu, dekat luar L-box tak cukup pencahayaan. Bagi aku, kalau dinding tak cukup cahaya, macam tak berseri wall paper and esok-esok if nak tambah gambar ke lukisan ke, tak nampak outstanding walaupun lukisan tu nanti harge riban-riban. Haha ok tu aku tipu, takdenye aku nak beli lukisan riban-riban.

 Nampak tak macam mana gelap dinding tu.

Hal wall lights tu, aku dah bagitau hubby dah, discuss la dengan kontraktor untuk buat wiring sekali wall lights di area dining dan living hall tapi takkkkk, dia takmo dengar cakap aku. Huhu..sedih. Dia kata buat pe nak ade wall lights lagi, downlights dah banyak. Ok la fine takmo jadi bini durhaka, aku akur. Tapi sekarang tiap2 minggu aku ungkit nape tak letak wall lights, dinding gelap, wallpaper tak naik seri la, nanti bila dah letak cermin besar dekat dining area, tak nampak cantik sebab takde wall lights. Haha..tu la long term effect untuk suami aku krane mengabaikan request aku :P Yang sebenarnya dia pun angguk2 jugak bila aku kata sepatutnya kena ada wall lights kalau takmo buat downlights dekat luar L-box tapi angguk2 lepas semua dah siap adalah tak berbaloi. Nah skarang...trime sajela kan bebelan aku. Sikit2 jeeee bebel. Tiap-tiap minggu je. 


Mesti berseri sikit kalau ada wall lights atau downlights dekat luar L-box tu. Ni asben aku serah bulat-bulat dekat kontraktor untuk hal lampu lampi ni. Dalam L-box tu dah ada lampu, patutnya downlights letak dekat luar L-box. Atau pun letak je luar dalam L-box ada lampu, bila memerlukan bukak yang patut je, bukan nak bukak semua lampu serentak.

Oh bukan la aku ni tak bersyukur, cuma pada pendapat aku, alang-alang dah nak renovate, buatla siap-siapkan segala apa yang kita nak. Wall lights ke downlights ke sebab aku nak suh tambah due point lampu je dekat tingkat bawah nih. So sesape yang plan nak renovate rumah, sila consider dan plan bebetul hal pencahayaan. Sebab once dah siap semua, takkan tetibe nak ketuk, tebuk buat wiring tambah pulak. No no no, rosak wallpaper I. *Penunggu wallpaper in d house y'all.* Haha. Asben aku siap perli aku lagi masa orang Jakel datang pasang curtain hari tu, "Tak marah ke diorang ni nak tebuk wallpaper awak tu? Ngehngehngeh". Aku jeling je. Hehehe habis mana lagi nak letak penyangkut langsir tu kan. Mestila kena drill jugak atas wallpaper.

Bukan ape...kalo pape jadik kat wallpaper aku tu, dah takde galang gantinye. Kakaka. Yang sebonar eh poket den dah nipih :P Masa aku pergi home deco hari tu, ada la pergi dekat booth Avalon. Dah masuk booth tu, sales nye orang pon approach la tanye rumah kat mana la apa semua kan. So dia pon bagi la consultation sikit2 sebab dia ada buat promotion pasang lampu rumah and free consultation sume tu. So dia pon bagitau la pencahayaan yang betul. Aku jeling je asben aku bila tang wall lights. Hehehe. Ok..sikit tips yang dia bagi. 

1. Kalau macam dekat living hall aku ni, biasanya kiri dan kanan kipas, orang letak decorative lights, and downlights adalah di luar L-box. Contoh gambar bawah ni. 

Aku dah suggest kat asben aku camni, but my words have no power T__T

Cantikla rumah ni..

2. Pasang wall lights untuk mencantikkan rumah, especially untuk lukisan, gambar, cermin etc. Ala macam kat galeri2 tu. Tapi kalo takde paintings ke apa pun, takpe letak wall lights. Malam-malam leh bukak wall lights satu dahla. Lomentik maaa.



Memula plan camni la..letak wall lights atas tv. Tapi wall lights yang lebih tantek :P

3. Kena ada reading lamp. Yang ni aku rase takde pon takpe pon...sebab aku bukannye rajin membace hikhikhik

Reading lamp tu yang macam floor lamp tu. Yang tinggi naik dari lantai.



Memangla diorang ni nak jual lampu, mestila nak jual lampu bebanyak, tapi bila fikir-fikir balik, ada betulnye gak, ada kegunaan semua lampu-lampu ni. Oklah...jumpe lenkali....tatatatatatatatatata....

~Wanie~

11 June 2012

Pencarian TV cabinet

Pening rupenye ok nak mencarik tv cabinet rumah aku ni. Kalau ada duit memang nak buat yang built in jela kan. K.a.l.a.u.A.d.a.D.u.i.t. T__T Tapi tak mampoo maka mari hunt ready made. Ciri-ciri utama yang aku nak adalah tv cabinet tu mesti dekat corner-corner meja adalah bulat. Aku takmau bucu tajam. Ade anak kecik harus la mengutamakan keselamatan kan. Kite berusehe Allah menentukan. Ciri utama kedua aku nak adalah, nak tv cabinet warne hitam and design modern, ciri ketiga adalah panjang kabinet tv tu mesti 6 kaki. Ciri terakhir pastilah harga yang within budget. Banyak nau pemintaan bukak kilang perabot sendiri la. Hikhikhik.

Aku ada survey-survey dekat Perabot Bahagia, banyak yang aku berkenan tapi bucu cabinet adalah tajam jadi teettt, cancelled from the list. Walaupun aku confident dengan service Perabot Bahagia, delivery on time, and quality barang pun bagus based from akunye experience beli katil and wardrobe hari tu la. And aku survey jugak dekat satu kedai ni, dekat Plaza Perabot Seksyen 7, Shah Alam. Dienya tv cabinet cantik2 la, and ada yang jenis bucu tak tajam, tapi tak amik sebab warna pulak putih plus harga pon mahal la. Akunye poket dahla nipis skang nih. Jadi tettt, cancelled lagi. Dah merata la aku round, at last sampai la ke kedai last ni. Aku nampak je bucu tv cabinet tu tak tajam, tengok cam quality nampak ok, warna pulak gelap kire on jela. Tapi slack nye sebab panjang cabinet adalah 5 kaki je. Huhu..

Maka pada hari sabtu yang lepas, smpai la tv cabinet aku. Aikkk. Apsal kaler putih nih?? Aku order kaler itam. Haih..abang yang anto barang ni kate, kekadang yang display tu design lama, kekadang kilang dah tak buat dah macam display tu tapi code sama macam lama. Tahla kekadang tuh kekadang nih. Aku kata bolehlaaa..putih pon putihla. Kang kalo suh tukar2 kang bila lagi nak ada tv cabinet. Asik kene tunjal je tv aku tu dek bebudak haha. Janji bucu tak tajam. Lantokkan je. Dah tertulis rejeki sebegitu...Aku beli dekat 99 Home Design Seksyen 9, Shah Alam..


Seb baik top dia glass hitam, baru contrast sikit ngan wallpaper aku.


 Kecik je nampak tv cabinet kitorang kan? Takpela kiri kanan kang aku letak floor lamp ke apa bagi memenuhi ruang sikit.

 No bucu tajam-tajam...me loike!

Bawah ni contoh decoration area tv cabinet. Tapi tak perlu la kot pasu bagai, idea floor lamp tu boleh buat and also frame atas tv tu pon boleh pakai. Cuma frame atas tv tu aku nak gantikan dengan modern art paintings + jam.


Modern art paintings + clock2 niii tomey tak? Tomey kan. Contoh deco guna jam2 nih cam kat bawah nih...


Smart kan?

Floor lamp english style ni kiutnyeee...rumah kitorang bukannye ada konsep modern ke classic ke english ke..blasah je. Hehe.
source 


Or maybe...simpler floor lamps can do?

Oh dah terpanjang sangat entry ni..till then. Toodlesssss.
~Wanie~

20 March 2012

Lampu lampi lampa *Updated*

Rumah kami adalah dipenuhi dengan downlights, dekat bilik ada la wall lamps standardla kan untuk tidur tambah ada budak tonet Aqeel, mana leh tutup lampu bila tidur, kang tah mana-mana Aqeel explore. Pendapat aku seri rumah sebenarnya banyak dibantu oleh pencahayaan. Macam mana kita bermain dengan warna mentol. Biasanya kalau untuk nampak exclusive suasana dalam rumah, mentol warna kuning la orang pakai. Tapi untuk lebih practical semestinya lampu putih. Yela pakai lampu untuk bagi pencahayaan yang cukup kan.

Masa kitorang gi Houses Lighting, Puchong, memang kitorang aim downlights jela. Tapi tetibe terpikir takde langsung decorative lights dekat rumah tu. Nampak macam takde seri la. Tak abis-abis seri. Kihkihkih. Tetibe ternampak sebijik pendant light yang menarik tapi tak begitu mahal..hmmm...terpikir mana boleh letak lampu macam ni eh? Takkan dekat porch? Takkan dekat toilet? Tapi kitorang beli jugakkk, 3 bijik lagi. Taknak kalah engkau. Nanti pepandaila pikir mana nak letak. So bila dah decide nak buat plaster ceiling, tetibe tinggg, timbulla idea nak susun lampu 3 bijik tu kat hall. Macam mana cara kitorang nak susun? Haaa...macam ni ha...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

 
Pics apabila dinyalakan belum amik lagi sebab kitorang beli mentol salah. 2 kuning, 1 putih. Tak harmoni daaa. Nanti dah amik bila dah betulkan, aku upload. Aku nak semua pakai bulb putih nanti bila dah nyala, lampu ni nampak ala-ala biru sikit. 

*Updated* 

Ni la dia lampu silap bulb huhu. Tak tukar pun lagi, takde tangge. Nanti-nanti jelah..aku rasa bulb putih lagi ok kots.Nampak outstanding sikit.



Selalu lampu susun tiga camni, zaman skarang ni, orang selalu letak dekat dining area, modern la nampak. Tapi oleh kerana dari hall ke dining rumah kami memang takde almari ke apa yang separate hall and dining area, jadinya lampu ni konon-konon jadi partition, belasah aje, rumah sendiri sapa jela nak tengok. Kat tempat lampu 3 ni, macam-macam jenis lampu boleh letak. Kalau ikutkan nak letak yang macam bawah ni hah.. Tapi tu adalah nafsu semata-mata. Akal kata hang gila ka, banyak jutawan? Haha.


 





 

Kalau disusun pendant lights dekat dining area, jadilah macam kat bawah ni. Vogue nye dining area kau ye.
 

Toodles folks...
~Wanie~



07 February 2012

Kembung lepas tu kempis balik

Kite sampai lagi ke segmen makan timee..kehkehkeh macam la ada orang nak tau kan.My blog my diary whattt. Oleh kerana sekarang ni tengah busy nak masuk rumah baru, nak taknak kenala round satu Malaysia nak cari barang rumah dengan harga terbaik. Kalau ikutkan malas memang malasla, dengan duit keluar macam air lagi. Serius macam air paip tak tutup. Eh ke macam paip pecah?

Plan hari tu nak mencari lampu lampi sebab kontraktor tengah buat plaster ceiling. Sebab nak letak downlight kan, diorang akan tebuk plaster ceiling ikut size downlight kite tu. Ingatkan nak pergi Houses Lighting kat Puchong sebab rata-rata yang I jumpa masa google tempat nak beli lampu murah, memang suggest Houses Lighting ni. I pun semangat api la pergi sekali tutup daa..cuti CNY tak habis lagi agaknya. So plan B I pergila Top Ten nama dia. Kat Puchong jugak, satu row dengan Tesco Puchong, sebelum Tesco Puchong. Ramainya umat dalam tu penin fale I. Lampu lampi banyak tapi yang I minat banyak dah tinggal last piece. Ceh, kekecewaan macam jumpa kasut yang berkenan tapi tinggal yang display je. Tapi banyak jugakla I borong hari tu, lampu tangga, lampu courtyard, lampu luar, lampu hall rumah parents I, lampu toilet. Harga pulak I rasa ada jugak yang mahal daripada kedai lain, ada jugak yang murah. Kite kena survey banyak tempat and compare. Jangan sebab tengok satu benda murah, maka semua benda dalam kedai tu murah. Jadila pengguna dan pembeli bijak ye. Jangan terburu-buru.

I beli wall lamp ni ingat nak letak kat tangga..we'll see..we'll see..


Rambang mata nak memilih lampu lampi sampai rasa nak muntah sebab berdiri lama sangat tengok atas pulak tu.

Banyak lagi tak beli macam downlight, lampu untuk master bedroom, wall lamp untuk bilik-bilik. Yang tu semua nanti hunt tempat lain. Haaaaiii letih sampai 4 jam tau I kat sana pengsanla kalau selalu.

Before pergi beli lampu tu kitorang dah makan dulu, dekat Restoran Al-Munawarah Seksyen 9, Shah Alam. Restoran Cina Muslim. Restoran ni sederet dengan Restoran Cili Merah, area dia dekat belakang Hotel Concorde. I pergi tu siang dalam pukul 1. Sedap jugak makanan dia. I sukela dia punya ayam masak marmite. Marmite tuuu, yang orang duk makan dengan roti tuuu..tak sangka dah jadi lauk eh sedap jugak eh.



Ni la marmite, pic from google

Ni pulak ayam masak marmite. Ayam tu garing, digoreng dulu kot pastu baru agaknya digaul jadi bersos. I loikkkkeeee.

Dory fish fillet masak sweet and sour

Ni pulak telur udang...

Makan dengan nasi putih licin due orang makan. Total makan ni semua dengan air, RM38.80...Burp Alhamdulillah...

Sebab tu tajuk entry, kembung lepas tu kempis balik sebab dah makan kenyang sampai kembung menghabiskan lauk, pastu round cari lampu, exercise dalam Top Ten 4 jam terus kempis balik. Kahkah.