Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label cat. Show all posts
Showing posts with label cat. Show all posts

19 April 2012

Proses mengecat bilik *Updated*

Yeah finally siap jugak mengecat master bedroom. Nak save budget kan, kitorang husband n wife cat sendiri je. Punyela lama ambik masa nak siapkan, sampai seminggu lebih. Padahal cat satu bilik je. Ni la jadi nye bila cat setengah jam, lepak sembang minum 2 jam. Pastu tup-tup dah malam, mari sambung mengecat tulat.

Kan hari tu aku dah berkire-kire nak cat bilik aku either purple or tiffany blue kan. Discuss punye discuss, kitorang pun agreed untuk pilih.......purple! Yeah..purple. Mari saksikannya..

 Soft purple for other walls in the room, the darker one for feature wall. *Deco bersame Eric 2012 sangat*

 Purple untuk feature wall tu takde la gelap sangat mcm dalam pic ni, ni camera phone camni la jadiknye.

 Me loike it mama.

 Aqeel and bibik Bitah. Nape wat mulut camtu Aqeel?

 Merasa la lain gambar lain purple. Kahkah.


 Very soft purple, dalam gambar ni nampak cam pink. No no no definitely not pink. Me hubby no likey2 pink.

Memule masa mengecat first layer rajin la pakai masking tape untuk bagi straight, dah masuk second layer, freehand sajork...

We used Nippon Paint Satin Glo Bouquet Orchid 3126 (Soft purple) and Nippon Paint Satin Glo Mt. Smokey 731 (for dark purple but this one not very sure. I'll check back the colour codes and update later ^__^)

 *Updated*

Confirm, cat yang aku gune for soft purple adalah Nippon Satin Glo Bouquet Orchid 3126 and Nippon Satin Glo Mt. Smokey 731 for dark purple.

Till then...toodles folks...

~Wanie~

17 April 2012

My dining table

At last dining table marble jugak jadi pilihan hati. Kunun berat kan, takmo beli, skali tido tak lena, mandi tak basah, makan memang tak penah kenyang2 sebab tu mok-mok haha..aku pun discuss2 dengan hubby, hubby pon agreed nak beli dining set ni sbb dia pon minat jugak black marble nih.. Dah 2 minggu jugak la meja ni dengan kitorang, yang aku dapat detect is meja ni takleh kasar-kasar sangat. Contoh kalo main campak je kunci kete kat atas meja ni nanti lapisan acrylic tu cepat calar. Kena invest beli cermin besar la pulak kan nak cover marble tu. Ceit, aku ingatkan malas tak payah nak beriye-iye jaga meja makan kan, kunun malas nak tukar-tukar plastic cover la bagai, sekali kena pakai cermin. Fadan muke aku. Unless aku sanggup menghadap calar-calar atas meja itam ni feeling-feeling design marble tu jugak. Kihkihkih. 

Lepas orang dah antar meja ni balik, tetibe hubby bersuare, "Bawah meja ni kena letak carpet ni, baru cantik". Aku macam arkk..why now, sapo plk nak mengangkat meja ni. Berat nak mampuih, aku pulak silap adjust masa orang hantar meja ni, aku tersilap suruh diorang letak meja ni agak ke tengah rumah sikit. Bila diorang dah balik, aku try nak alihkan dekat sikit dengan dinding, aku konon hulk kuat try la tolak meja ni, seinci pun tak gerak oii. Tapi takpela, lagipon not now la membeli-beli carpet bagai, we are officially broke now. Haha meja makan dah beli, bedroom set yang penting tak beli lagi, jadi mari tidur berjemaah atas tilam. T__T


And we have finally made our decision on our bedroom colour. A combination of dark and light. Here's a little sneak peek of the colour we chose.

Lalala~

Tatatatatatata...

~Wanie~

02 April 2012

Proses mengecat rumah tapi...

Hasilnye menyedihkan..uwawawawawaaaaaaaaaaaaaaaaa....T__T. Aku ni poyo. Perasan je semua benda nak buat sendiri. Kalau boleh bertukang pun aku nak buat. Dalam kepala ni duk terpikir apa benda yang aku boleh buat sendiri kat courtyard.  Tapi selepas kejadian ni, aku dah sedar diri, skills aku adalah limited. Aku hanya pandai berimaginasi hasil yang gorjes tapi lupa nak imagine fasa-fasa pembuatan. Paham tak ayat complex aku. Haha biasela ayat pun sama serabut macam aku. Kuikuikui. 

Macam ni, hari tu  kitorang gi kedai cat kat Pandamaran. Katanya cat murah-murah kat kedai ni. Ye kot, aku pun tak sure sebab tak pernah beli cat and bila goole-google pun kedai cat murah, takde yang betul-betul tekankan this particular shop, that particular shop. Hubby tanye member, dia kata kedai ni jual murah gak.

 Kedai cat (date salah haha advance betulla tetibe 2/4/2012 lak dienye resit)

So dah sampai sana, aku pun beli cat untuk master bedroom. Sekali tetibe tepikir, kat hall nak cat tak? Hubby kate on aje. So kitorang pun pilih-pilih sekali tinggg, aku teringat cat Nippon Momento. Aku pernah terbaca pasal Nippon Momento ni dalam  Utusan Malaysia. Konon nak dapat effect macam wallpaper la, kan aku berkira-kira nak beli wallpaper tapi tak jadi masa home deco hari tu. Aku pun belila cat ni. Sebab aku tengok contoh-contoh cat Nippon Momento ni gorgeous gilos. Sekali tadi baru aku terbaca kat blog Fainie, rupe-rupenye groupon punye harga RM98 je untuk 1 set including:-

 Top coat

 Undercoat

Toolkit

Tak ke aku tekanan? Aku beli harga set atas ni total RM150. Toolkit RM30, undercoat RM30, top coat RM90. Aku siap beli 2 set. Walaupun kedai ni jual kire murah tapi disebab kan groupon ada pulak jual Nippon Momento ni, kire aku rugi RM104 la T__T. 

Memang gorgeous la contoh-contoh hasil Nippon Momento ni. Silap aku la masa beli tak ukur baju di badan sendiri, main bedal beli kunun nak buat sendiri. Sekali bile dah buat tak cantik. Pengajaran untuk aku, lenkali nak buat cat special-special effect ni kena suruh yang pakar jugak, baru la hasil letop-letop macam kat bawah ni. Ni hasil imaginasi aku la ni.





Dah cite panjang lebar mesti orang nak tengok jugak kan kan hasil kerja aku kan kan. Walaupun  mengkecewakan, aku uploadla jua untuk tatapan umum. Sesape nak buat tu, buat la dengan penuh dedikasi ye. Jangan jadi macam aku. Study la dulu cara-cara buat nye kat youtube ke atau yang sewaktu dengannye la. Ni hasil kejadian sebenar.

 Lepas ni aku nak bukak galeri. Aku rasa aku ada bakat pelukis abstrak. Hahaha.
 *Ketawa sambil lap air mata bertitisan*

~Wanie~