Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label hantaran. Show all posts
Showing posts with label hantaran. Show all posts

13 September 2012

Hantaran Coklat Exclusive

Duluuuuuu...dulu aku ada post pasal kedai abang sepupu Incik Daus, The Historical City Chocolate kat Melaka. Boleh baca kat sini. Kalo korang pergi Melaka tak rasa lagi Cheezemel Truffle dia yang mantap tuuu, manyak lugi wooooooooooo..kire la aku punye o tu.

Haa..baru-baru ni pakcik Incik Daus, Pak Mi kitorang baru saja melangsungkan perkahwinan. Hantaran coklat dia memang terbaik dari dapur. Mantap weh. Pak Mi tempah dari Abang Ngah punya kedai la. Aku tengok pon rasa nak ngap ngap je. Nasib baikla pak sedara punya hantaran. Kot orang lain, ilang la sebijik daun tu. Haha. Semua-semua coklat tau..semua boleh dimakan. Daun pon coklat.

Tak merasa la aku coklat tu tapi lawa gilos la..Harga tempahan coklat ni RM450. Mana taknye bukan senang nak membuat hantaran ni. Handmade woo. Tak main mesin-mesin. Lagipun tempahan mengikut budget jugak, kalau budget kurang sikit, pilih la simpler design betul tak? Moh tengok gambar. Gambar-gambar adalah dicilok daripada FB THC Chocolate


 Mantap kan? Kan? Kan?

 Yang warna oren tu buah kedondong betul tau, disalut coklat. Pergh!











Akhir sekali diucapkan Selamat Pengantin Baru buat Pak Mi dan jugak Cik Suzana..Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat la hendaknya. 

Cuba cari di mana beta. Hew hew hew.

Oklah...jumpe lenkali...Tatatattatatatatatata....

P/S: Hantaran kete Pak Mi bagi kat Cik Na Honda City baru okeh...kau ade? Aku pon takde. Hahahahahahahahah.

~Wanie~

31 March 2010

Bunga Dulang

Ok..atas pemintaan cik belle, nak tengok bunge dulang saya yang comot itew...saya paparkan ... taraaaaa... Yang betul-betul menonjolkan bunga dulang takde, tapi terselit di antare hantaran adela cik belle..simple-simple je, tau diri ni amateur, jadi tak buat la bunge-bunge yang susah-susah... tapi bila dah buat dua tiga kuntum, kita sebenarnya boleh explore macam-macam bentuk, tak susah buat bunga stokin ni, kalau buat besar-besar, tak perlu banyak pun diletak atas dulang, satu kuntum pun dah cantik, cuma diselang-selikan la dengan bunga-bunga kecik. Idea nak selit dengan bunga kristal pun cantik jugak. Bunga kristal saya dah cuba buat, sangatla senang membuatnya. Cuma perlukan kristal,dawai yang lutsinar tu(tatau nama) untuk dibuat batangnya dan gam uhu je..senang bangat! Sowie kerana gambar yang betul-betul focus dekat bunga dulang memang takde... Saya yang mengada ni mencampurkan bunga dalam hantaran. Ada yang guna bunga stokin, ada jugak yang guna organza. Untuk bunga organza, kita cuma perlu bentukkan dawai yang lurus jadi bulat, boleh lilitkan kat apa saja, tiger balm, deodorant rexona, penutup botol mineral, asalkan size nya untuk satu kelopak sesuai dengan dulang kita. Lepas dah jadi bulat sapukan gam di sekeliling bulatan kelopak dan lekatkan kain organza, biarkan sampai kering, guntingkan ikut keliling bulatan. Jadilah satu kelopak. Pas dah buat banyak mana kelopak yang kita kehendaki, sambungkan kesemua kelopak-kelopak itu... Jadila bunga macam saya punya ni. Minta maaflah, saya takde gambar satu kelopak, satu kelopak..saya ada gambar satu bunga je. Hehehe...

Contoh bunga organza


Contoh bunga stokin





~Life is wonderful~