Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Bedroom Set. Show all posts
Showing posts with label Bedroom Set. Show all posts

04 July 2012

Share-share idea rumah contoh

Cakkk!! Lama dah aku nak share gambar-gambar ni tapi aku ni pemalas nak mampuih tak sempat nak transfer gambar rumah contoh ni haaaa...cun kannn!

 Kitchen

Kitchen ni kire gune konsep open concept. Haha apela yang aku merepek ni labu oii. Yela betulla open concept, dia takde dinding2 pemisah benua antara hall dengan kitchen. Satu point penting di sini adalah, dining table adalah built-in. Perasan tak table top dari kitchen terus sambung ke dining table. Smart giles kan. Save ruang jugak. Bijak bijak...cuma kalau tengah buat sambal kompom satu umah bau belacan hihihi. Belum lagi basuh ikan sotong dan segala haiwan yang lain kan. Eh tapi memang smart la konsep ni. Ada la pros and cons. 

Pros - Save ruang, nampak kemas dan teratur, modern, stylo dan unique, save cost, rumah nampak luas, tak semak mata memandang kalau ada dinding tang sana, dinding tang sini.

Cons - Tak bole nak alih2 dah meja makan dah uols oiii dah boring camno pon susunannye totapla begitu. Bila tetamu datang leh tengok direct keadaan dapur. Memang la time ni kosong je barang apa pon takde, nampak cunla kan, kang satgi dah pindah, segala periuk nasi, toaster, lesung batu, kuali, belanga sume kene intai..brand ape le deme pakai. Kihkihkih.

Eh apsal ayat cons lebih daripada pros nih. Ape pon, aku tetap suka konsep ini!

 Nak pinjam fridge barang sepuluh doploh tahun buleh ke? Roller blind juge smart. Simple sesuai dengan modern concept bukan?

 Mane nak carik kerusi smart camnih?

 Makan sambil tengok pemadangan luar...ahhh heaven. Asalkan tiada sesiapa yang membuat tarian bogel di luar itu. Mau terbelahak balik. Oh tapi begantung tarian dilakukan oleh gender yang mana jugak kot :P

 Putih so semat! So moden! So suci!

 Open concept! Semattt. Curtain jugak so semat, guna sheer curtain je. Modern modern modern. Tapi orang nampak la pulak kalau tengah terbongkang terngaga kat hall tuh. Takde can aku nak pakai suar katok. Kah kah.

 Nampak tak susunan lampu nye seperti yang aku bagitau dalam entry yang ini.

 Akak..ngape lariksss. 


Bedroom

Memang lawa and modern semuanya. Semua bilik pakai cat cerah tapi tetap menyerlah. Tau kenapa nampak smart? Sebab floor nyer laaa... nampak tak semua floor kayu kayan?

 Owh meja tepimu cantiks. Begitu juge dengan lampu sisi mu...

 Simple but adorable. Kalau nak yang affordable adorables leh cari kat sini. Hikhikhik.

 Meja sisi mu yang smartttt...semuanya putih putih putih. So suci so modern. Notice something else yang menyerlah? Penggunaan cermin yang maximum! Bilik nampak luas and exclusive.

 Same goes to this room, menggunakan cermin yang besar and something unique lagi adalah penggunaan pendant light pada kiri dan kanan katil.

 Simple je...second room boleh buat macam ni je. Ada side table, satu lampu sisi dan jugak built in wardrobe. Settle.

 Built in wardrobe sekali dengan display kabinet. Boleh display trophy menang sukan balapan.

 Siap sofa lagi...master bedroom deco leh buat begini sebab biasenye master bedroom adalah luas kan...

Wall panel smart...costnye berapa la agak-agaknye ye? Sesape mau sponsor gue?


Toilet

Kalo dapat toilet ada bathtub memang ler tetiap pagi aku swimming dalam ni. Kurus mak noks.



Hall

Penat nak menaip...tengok gambo dan desciption jela eh. Hehehehehehe...

 I heart that coffee table! No sharp edges. Sesuai untuk rumah yang mempunyai kanak-kanak riang.

Simple...Display cabinet besar ni tah berapa kosnye eh?

 Manola nak dapat krosi putih+orange tu...tantek anggun begaye.

 Sofa kaler shocking orange, dinding kaler dark orange, floor lamp kaler hitam. Anggun bukan?

Tv cabinet + display cabinet. Save ruang dan cantiks juge. Letak vase colourful tang situ tang sini kompom outstanding. Nampak exclusive gitu.

Vase camne? Macam kat bawah ni haaa...
 Source: Google Image

 Source: Google Image
 Source: Google Image

 Source: Google Image

Source: Google Image

Courtyard

Pokok togel juge bole jadi menawan bile digabungkan dengan batu sungai.


Semoga berjumpa di lain kali...tatatatatattatatatatatata
~Wanie~

14 May 2012

Perabot bilik sudah mari...

Katil and almari ni aku beli dekat Perabot Bahagia Seksyen 7, Shah Alam. Memang purposely aku cari kedai yang dah ada nama dan reputasi yang baik sebab aku dah terkena dengan dining set aku yang beli kat kedai yang jumpa masa home deco hari tu. Tapi malas dah aku nak ingat-ingat balik, boleh darah tinggi akaks. 

Masa pegi showroom Perabot Bahagia tu, aku duk tawaf berpuluh kali kat showroom tu nak tengok yang betul-betul berkenan dan sesuai dengan budget. Salesman tu bagus, tak buat muka tensi ke ape ke dengan aku. Aku kalau salesman/saleswoman dah start buat muka masam ke buat2 penat ke ape masa aku duk pilih2, sorila, so long jela aku cakap kat dia. Memule aku pergi Perabot Bahagia Seksyen 9 tapi duk la bangun duduk bangun duduk duk pikir nak beli tak beli nak beli tak beli. Hahaha situ pon salesman dia bagus, soft spoken and layan je pertanyaan aku. Last2 tak jadi beli sebab hubby takde time aku kat situ, hubby outstation time tuh. Tak sedap pulak nak beli tanpa suami di sisi. Yang sebonar eh den takuit kalo ada pape tak kene kang :P

Later bila hubby balik, aku ajak la hubby pergi showroom Perabot Bahagia dekat Seksyen 7 lak..duk tengok satu set perabot ni, divan bed and wardrobe dia warne putih la, alamak so cun laaa...tapi harga pun cun jugak la. Belum masuk mattress lagi. Haih..takleh2. Kite jangan ikut sangat nafsu dan kehendak, sampai bile2 pun tak akan puas. Kite ikut keperluan. Jadi, aku pilihla set yang murah sikit tapi still dalam budget. White Set kat gambar bawah ni, kalau tengok live memang lawa la especially wardrobe tu. Katil aku, aku pilih macam gambar White Set kat bawah ni tapi warna katil aku pilih dark brown untuk matchkan dengan wardrobe warna dark brown jugak (gambar Brown Set kat bawah ni) yang harganya murah banyak gak. Dekat seribu beza antara almari putih and brown tapi of course yang putih tu banyak keistimewaan, doors penuh kaca and compartment pun lebih la. Apa-apa pun, dua-dua almari pun anti-jump. Itu yang penting kan.



Aku just beli katil, almari and tilam je, tiga basic things yang kena adalah kan. Takde katil susah kan, takde almari, baju2 nak letak mana. Dressing table and bedside table tu aku tak beli pun. Dah takde budget dah. Cermin dah beli banyak dekat Ikea, jadi pasanglah di toilet dan berhiaslah di dalam toilet, pasti akan tetap vogue :P. 

Ini la gambar katil and almari aku, gambar kurang memuaskan, macam biase, camera henpon. Camera yang ada tu nak buat tukun ke noks? 

Ni la katilnye..duduk sorang-sorang tengah-tengah bilik tanpa ditemani bedside table, lamp ataupun dressing table.

Wardrobe ni 8x8 feet and anti-jump katenye..Anti-jump tu salesman tu kata, guna la lama mana pun, pintu almari tu takkan jatuh@tumbang. Mudah-mudahan betulla kan (InsyaAllah),  bahaya kan pintu berat2 camni kalau jatuh. Nauzubillah..

Orang Perabot Bahagia datang hantar and pasang dekat rumah. Memule dia ada call, nak pasang siap2 atau pasang dekat rumah kitorang tapi aku cakap pasang kat rumah kitorang jela sebab nya tangga kitorang tu jenis pusing2, memang susah nak angkat perabot besar2. Kang sumbing sana, sumpit sini. And orang yang hantar and pasang katil and almari ni ada jugak buat bisnes sampingan, dia ada buat perkhidmatan ambik perabot dari rumah lama nak hantar perabot ke rumah baru, siap pasang sekali. Sesuai la untuk orang yang nak pindah rumah. Masa aku tanya tu satu trip dia charge dalam RM200-RM250 dalam area Shah Alam (bab area and charge ni boleh discuss la direct dengan dia). Nama dia Zul - 016-9803691.

Ok...tatatatatatatatatata...

~Wanie~