Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

05 September 2012

Siaran tergendala daa..

Tak dapat update blog sbb satu, tak melekat di satu2 tempat, due handphone buat hal jadi takleh nak update langsung. Habis segala whatsapp, Google talk semua tak berbalas. Sorry pada yang message ye. Akan diusahakan cari telefon lain.

Ni pon update guna husband punya handphone. Apsal enset aku rosak tapi dia yang dapat enset baru Ni? Aku pon kompius.
Rupenye sebab awal2 dia dah pancing belikan sliper idaman aku. Kahkah. Nak mengidam sliper yang ratus, melopehla telepon. Takkan dah dapat sliper tetiba aku nak kecek tipon lak. Aku pakai handset cokia je skarang Ni.

Sliper ni takdela Mahal gile2 tapi slalu sliper aku seploh hengget je. Ni sliper bole pakai dengan baju kurung, kasual pon boleh kan..mempersembahkan sliper fitflopku...gudbye sliper jamban. Boleh? pasal sliper pon nak blog? Bolehhhhh..kite yang buat dia..hahaha



Pilih yang paling murah skali. Baik kan bini Incik Daus? Yang aku suke warna purple tu rm399 la. Rasa cam tak syiokla kan nak Pilih mahal2 sangat. Pada aku mahalla, korang kayo takpola. Hehehe. Beli Kat Parkson Sunway Pyramid.

Bukan senang nak dapat approval dari Incik Daus. Selalu dia marah aku Pilih kasut takde heels, aku kalo boleh semua nak yang leper je. Tapi yang Ni dia kata cantik. Jadi nipisla sikit poket laki kitew. Hew hew hew. Tengkiu cayanggg. Suka sebab sedap pakai and kalau nak pakai dengan kurung pon nampak ok. Dah selamat dilenjan ke mydin, kenduri kahwin Dan juga rumah jiran(read: Umah Maimok). Hihihi.

Oklah...tatatatatatatata...

30 July 2012

Yeah Ephyra dah dapat!

Last weekend aku dah dapat 3 boxes of Ephyra..one for me, one for Kak Ju and one for Kak Pnut..
Sesi menerai pon dah bermula start masa sahur hari ahad. So kite tengokla dalam 2-3 minggu kot-kot nampak perubahan yang ketara kat mata panda aku ni.

Dari segi rasa tak dinafikan la, boleh kata sedap, rasa macam buah-buah masam2 manis gitu. Tak terlalu manis, just nice. Aku belum try lagi campur dengan susu atau juice, sahur esok pulak aku try. Nasib baik sodap, so mata separuh bukak pon aku boleh telan smpai habis. Hewhewhew. 

Pandai diorang create rasa bagi sedap eh. Ada setengah tu aku minum erkkk nak pensan. Tapi dah beli mahal rugi woo tak habiskan. So nasib baik Ephyra ni sedap la pada aku. Sile la try uolsss.

So dah dua hari aku try ni, aku tak berapa nampak lagi perubahan cuma aku rasa muka aku macam agak kemerah-merahan sikit. Macam blushing gitew. Ketara sangat tang pipi la. Adekah ini menandakan kulit aku bakal bertambah anjal dan gebu gebas dan berseri-seri? Cantikla I kan uols raye ni. Kahkah sile lempang aku, aku rela :P

 Nyum nyummm! Kalau la semua ni aku punyer. Kehkeh.

 Packaging lawa pulak tu. Ni kotak dia kotak keras tau, memang kotak pon sayang nak buang.

30 sachets, sehari satu sachet maka cukup untuk sebulan. Kalau tak sabar nak tantek tomey berseri-seri cepat sikit amikla 2 sachets sehari.

Gambar sehari minum Ephyra. Nampak tak lebam bawah mata.Kalau tak berapa nampak tu sebab faktor pencahayaan ler pulak. Yang dua lubang atas kening tu takleh buat ape la. Tu sejak azali gara-gara demam campak, tangan gatal pegi kopek skarang hambik. Haih.

So...jumpe lenkali tatatatatatatata.

~Wanie~

27 July 2012

The way to a woman's heart is through her stomach

Hiuhiuhiu. Selalu applicable untuk lelaki je kan tajuk di atas. But not for Incik Daus. Dia tak cerewet. Aku yang napsu makan dinosor.

Alkisahnye aku adalah sentap semalam. Citenye Incik Daus hari ahad lepas dah outstation ke JB, Incik Daus drive pergi dan balik, sampai la hari selase malam baru sampai S.Alam balik. Pastu esoknye hari rabu pagi2 buta kul 5.45 pagi dah amik flight outstation ke Kuching pulak. Sampaila hari khamis which is semalam la.

Sepatutnye flight touch down around 6 lebih, dia akan ambik limo la balik rumah kan. Around 7 lebih dah bole sampai rumah. Sekali kul 6 lebih Incik Daus whatsapp aku, dia kata dah touched down, Incik Daus kate kengkawan dia ambik dia dekat KLIA pastu terus nak pergi Seremban. Ehh ehhh.. aku beriye la setia menunggu kepulangan suami bole kawan2 dia sabotaj kerinduan aku.

Kan ke laki mak baru saje tibe dari Kuching. Sianla sikit, dahla kencing duk berdarah lagi, bagila dia rehat cukup2. Haih. Pening. Dah namanya lelaki, bukannye leh cakap apa dah dia nak pegi. Poielah.

Poielah poielah jugak. Sentap tetap sentap. Dahla sebulan tah bape hari je boleh jumpa sekarang ni, beriya aku tunggu tepi jendela sambil angin bertiup sepoi2 mencari2 kelibat sang suami, skali ceis. Tetibe angin sepoi jadi angin ribut taufan puting beliung.

Pape jela..dah lewat, aku pon dah lalok ngantuk sambil pakse2 Aqeel tido, Incik Daus pon sampai..sampai2 je dia hulur kat aku ceklat cadbury snack. Aiseh..lomah rajuk aku. Kihkihkih. Nasib baik pandai standby umpan. Kalo tak muncung aku ni macam idong Pinocchio. Makin dipujuk makin panjang. Elok hulur je ceklat, muncung tersumbat ke dalam balik macam orang takde gigi depan. Kihkihkih.

Kat bawah ni hasil tangkapan 2 hari 1 malam di Kuching, Sarawak...


Dapat t-shirt Sarawak gambar kuceng yeay! Pastu kat bawah tu 3 ketoi magnet Sarawak.



Yummm. Favourite nih. Kek lapis Cadbury. Kat sana besar ni RM20. Murah la kot kan. Sedappppp nih, ni jenis yang ada kelapa tu. Moist jeee. Sahur ni dah suku aku sorang bedal :P


Yang ni harge RM10...belum sompat dibedal lagi.


Yang ni pun RM10, juge belum sempat dibedal.


Yang ni bukak pose kang aku bedal sensorang. Takmo share2. Hikhik. Jangan korang nak buat ayat keji "mane tak gemok" eh. I mmg penggile ceklat. Sape fren2 dgn aku mesti tau aku dan coklat ibarat vontot kiri dan vontot kanan. Kenot pisah2 okeh.

Sekian entry buat orang terliur pagi2. Daaaaa...

~Wanie~
posted from Bloggeroid

23 July 2012

Nak kurus dengan cantik serentak gitew boleh?

Cak!!

Hari jumaat hari tu aku bersame-same dengan sifu carrot cake aku, Kak Nad dengan bahagia nye membakar carrot cake yang memang umphhh mantap beb! Tak dapat di tempat lain. Dah banyak carrot kek aku makan tapi Kak Nad punye carrot cake memang mantop! Serious tak tipu. Tak percaye silela order dengan beliau. Hehe.

 Gabak2 cupcake aku..haha. Makan sebijik kenyang 4 hari.

 Ha tu dia tangan sifu tengah buat topping. Topping apa? Cream cheese la. Cake ni cukup rasa manis masam rangup dan penuh kekacang. Ha teliur tak?  


Terjejes ayaq liuq.


Sifu segan nak posing, tangan pon jadiklerrr...

Sedap woi.

Ok enough pasal makan, aku yang migraine sebab perot dah bekeroncong.

Ni pasal kecantikan aku pulak. Boleh? Haha sila lempang aku 44 kali. Bukan pasal kecantikan aku tapi macam mana nak mencantikkan aku. Hahaha. Aku nak order Ephyra ni. Kalau aku dapat kumpul order boleh kite semua dapat special price. Amacam? Mehla order dengan aku... 

Aku nak try ni. Meronta2 jiwa raga aku nak try Ephyra ni. Boleh dapat special price tau. Kalau berminat email aku sitisalwani262[at]gmail.com. This weekend boleh dapat stock, next week aku dah boleh deliver.

Untuk kurus pulak aku sahur dengan Nutrastart4Life sebab Nutrastart ni meal replacement, minum secawan insyaAllah aku boleh kenyang la. Standard la kalo dah petang-petang makan nasi 8 pinggan pon kalau dah namanya puasa memang la kene bersabar ye. Produk ni mengandungi Transfer Factor jugak untuk meningkatan daya imun tubuh kite dari serangan dan wabak virus. 2 in 1 la kirenye. Ni pun aku baru mula. 

Nutrastart ni pon kalau berminat nak order email aku juge ye. RM160 retail price, kalau berminat aku boleh bagi special price.


Nutrastart ni aku minum sahur, sebelum tidur aku minum 4Life Apple Cinnamon Cleansing Tea pulak. Teh ni pada aku sedap la. Pagi-pagi lawassss. Biasa bulan puasa kan susah sikit nak membuang kan sebab badan kurang air. Aku minum teh ni syiok je dalam jamban. Effortless kate orang. Kahkah. Retail harga RM72. Seperti biase, kalau minat aku bagi special price.

Kalau semua-semua ni aku bedal pastu raye nanti aku cantik sikit, aku upload gambar 3 hari 3 malam tak tido pon takpe. Kihkih. 

~Wanie~

19 July 2012

Sana sini Ephyra

Serius skarang sana sini aku baca orang dok blog pasal Ephyra..Dengar kata amat bagus untuk kulit and memberi tenaga maksima, pastu rasa pulak sedap macam tutti fruitti. Macam fenomena lak Ephyra ni. 

Aku macam teringin-teringin je nak cuba untuk bulan puasa ni. Ye la aku kan kaki mengketedarah, pastu bila puasa kompom telepok kelaparan dan kelembikan haha. Matikla kalau tetibe ada keluar kat youtube "zombie gumuk mata panda kelihatan berlegar-legar di sekitar bazaar ramadhan satu malaysia". Aku la tu.

Banyak aku baca orang bagi feedback positive la lepas makan Ephyra ni. Hmm..teringin jugak nak mencuba tapi tunggu la bila beruwang sikit. Sekarang tiada beruwang. Kalau nanti-nanti aku dah try nanti aku review. Terutame bile raya dah makin dekat nak jugak kulit ala-ala flawless gitew, biar gumuk di vuntot, jangan abaikan penjagaan kulit katenye.

Selamat berpuasa semua! Semoga dapat menjalani ibadah dengan sempurna dan segala amalan kite di bulan yang mulia ni mendapat keberkatan dariNya. InsyaAllah..aminnn..

*Updated*
Aku nak order Ephyra ni, ada sesape berminat nak order sekali? Kalau dapat kumpul banyak order kite semua boleh dapat special price. Email aku at sitisalwani262[at]gmail.com. This weekend dapat stok, next week aku boleh deliver.


~Wanie~

05 July 2012

READY STOCK PART 2

 To buy kindly visit alwanezstore.blogspot.com and fill up the form or for any inquiries, please e-mail to alwanezstore[at]gmail.com, TQ.

~Shop shop shop!~

Affordable and high quality tops for kids!

We sell only the smartest design in town!

Cannot get this price elsewhere we tell you! ;)

Kindly take note that all items are available unless stated otherwise (SOLD or BOOKED)

 *Prices shown do not include postage fees*


RALPH LAUREN
 CODE A - 02
RM 32

SIZE
Size 5 (2 Years Old)
Size 7 (3 Years Old)
Size 9 (4 Years Old)
Size 11 (5 Years Old)
Size 13 (6 Years Old)



 RALPH LAUREN
CODE C - 01
RM 28
SIZE
Size 5 (2 Years Old)
Size 7 (3 Years Old)
Size 9 (4 Years Old)
Size 11 (5 Years Old)
Size 13 (6 Years Old)



RALPH LAUREN
 CODE D - 02
RM 32
SIZE
Size 5 (2 Years Old)
Size 7 (3 Years Old)
Size 9 (4 Years Old)
Size 11 (5 Years Old)
Size 13 (6 Years Old)



RALPH LAUREN
 
CODE B - 01
 
RM28
SIZE
Size 5 (2 Years Old)
Size 7 (3 Years Old)
Size 9 (4 Years Old) - SOLD
Size 11 (5 Years Old)
Size 13 (6 Years Old)



 POLO BEVERLY HILLS
CODE E - 01
 
RM32
SIZE
Size 18 Months
Size 24 Months
Size S4 (4 Years Old)
Size M5/6 (5 Years Old)
Size L7 (7 Years Old) - SOLD



POLO BEVERLY HILLS
CODE E - 02
 
RM32
SIZE
Size 2T (2 Years Old)
Size 4T (3 Years Old)
Size M5/6 (5 Years Old)
Size L7 (7 Years Old) - 2 Available



 VANCL
(Front)
CODE F - 01
 
RM28
SIZE
Size 80 (18 Months)
Size 90 (2 Years Old) - 2 Available
Size 120 (6 Years Old)



GUESS
 (Front)
CODE G - 01
 
RM28
SIZE
Size 3T (2 Years Old)- 2 Available
Size 4T (3 Years Old)
Size 6X (5 Years Old)



~Wanie~

03 July 2012

ALL READY STOCK

Salam and hi...

ALL READY STOCK

To buy kindly fill up the form HERE

Kindly take note that all items are available unless stated otherwise (SOLD or BOOKED)

RALPH LAUREN
 CODE C - 02

RM 28

SIZE
Size 5 (2 Years Old)
Size 7 (3 Years Old) - SOLD
Size 9 (4 Years Old) - SOLD
Size 11 (5 Years Old)
Size 13 (6 Years Old)



RALPH LAUREN
 CODE A - 01

RM 32

SIZE
Size 5 (2 Years Old)
Size 7 (3 Years Old)
Size 9 (4 Years Old) - SOLD
Size 11 (5 Years Old)
Size 13 (6 Years Old)



RALPH LAUREN
 CODE B - 02

RM 28

SIZE
Size 5 (2 Years Old)
Size 7 (3 Years Old)
Size 9 (4 Years Old)
Size 11 (5 Years Old)
Size 13 (6 Years Old)



RALPH LAUREN
 CODE D - 01

RM 32

SIZE
Size 5 (2 Years Old)
Size 7 (3 Years Old)
Size 9 (4 Years Old)
Size 11 (5 Years Old)
Size 13 (6 Years Old)



 ZARA
 CODE H - 01

RM 32

SIZE
Size 2/3 (2-3 Years Old) - SOLD
Size 3/4 (3-4 Years Old)
Size 4/5 (4-5 Years Old)
Size 5/6 (5-6 Years Old)



 GUESS
 CODE G - 02

RM 32

SIZE
Size 3T (2 Years Old)
Size 4T (3 Years Old)
Size 6X (5 Years Old)
Size 6T (6 Years Old) - 2 Available



GUCCI
 CODE B - 03

RM 28

SIZE
Size 5 (2 Years Old)
Size 7 (3 Years Old)
Size 9 (4 Years Old) - SOLD
Size 11 (5 Years Old) - 2 Available


22 June 2012

Aku dah gile Tupperware hahaha

Fine...fine...makcik sangat statement aku ni. Tupperware pon nak gile. Hahaha. Dulu masa duk rumah mak, duk la bising, "Buat pe la mak beli tupperware bebanyak ni makkk. Kan dah banyak dalam cabinet tuh". Sekarang hambik. Aku pulak keje nak beli tupperware je. *Hukum karma sangat*. Hew hew hew.

Bila kite dah duduk sendiri baruuuuu la tau. Nak serve lauk pikir tupperware, nak simpan lauk pikir tupperware, nak isi kopok pon pikir tupperware. Hihihi. Ha kau, skarang baru ko perasan ye semua bende memerlukan taperwer ye. Of course la ada bekas2 isi makanan memacam brand. Tapi oleh kerane aku dah didedahkan dari kecik oleh mak aku dengan kemantapan, kekedapan udara dan kualiti tupperware, makanya pembeli tegar Tupperware la mak sekarang noks.

Baru-baru ni aku telah berjaya membeli belah tupperware2 ni. And ada some aku dah terlebih beli, maybe ada yang nak dijual jugak. Bergune I tell you bekas2 nih.

 Mangkuk idaman hati untuk serve lauk sebab ada penutup. Takyah pakai tudung saji. Modern gitew.

 Hasil tangkapan pertama. Taruk gule, rempah dan sebagainye.

Hasil tangkapan kedue, selamat jadi Tupperware export import lauk rumah mak aku dan jugak isi susu formula Aqeel.

Ni la hasil tangkapan terbaru aku. Ho yeahhh. Mase mak pak mentua aku datang ritu, aku serve nasi dengan angkat periuk nasi ke meja makan hahaha sebab takde serving bowl. Kesian tak aku. Best set nih sebab microwaveable, kalo nak panaskan pape trus masuk dalam microwave je. 

Bergune kan? Terpengaruh la tewww. Hihihi.

~Wanie~

01 June 2012

Inner tudung menariks!

Macam biase...bile dah stress menelaah, window soping la ape lagi kan...lantas terjumpe link ini. Wah menariks nye. Boleh pilih sendiri pulak kaler inner...Me loike! Sebab harge tak mahal sangat pastu boleh la aku feeling2 remaje pakai inner colourful. Huehuehue. Aku minat la inner style pakai silang2 ni, nampak sikit muke tombam aku ni jadi bujur kot. Kot la...sebab aku pom belom penah try lagi. Sat gi aku beli. Kahkah. Dasar fomfuan boros.

Tantek tak tantek tak?

Inner ni boleh didapati daripade link bawah nih...Selamat menyoping!


Bawah ni salah satu video tutorial untuk pakai inner dari blogshop yang samer.


Aku ni beli macam2, gambar aku pakai tudung yang beli dari online shops2 ni manenye? Hahahaha kang pepetang sikit kot rohku diseru2 suruh upload kang aku upload la kot. So...tatatatatatatata...

~Wanie~

22 May 2012

Eating out at Tony Roma's

Slurpppp...meleleh air liur teringat balik makan kat Tony Roma's Sunway Pyramid hari tu. Order tak agak2. Itu nak ini nak. Tak plan pon nak makan kat TR ni sebenarnye. Memula nak pegi Aeon Bukit Raja je sebab encik somi nak cari minyak rambut dekat Shins. Nasib baik call dulu Shins Bukit Raja, rupanya diorang takde jual minyak rambut Anada nama dia. Untuk kaum adam, cubela try minyak rambut Anada ni, pasti terpesone. Macam la aku penah pakai. :P

Dah lama dah minyak rambut Anada ni asben aku pakai, dari zaman blajar2 lagi. Kawan dia si Ben yang introduce, try2 trus jatuh chenta. Jatuh chenta kat minyak rambut takpe, jatuh chenta kat I lagi takpe. Kuikui. Minyak rambut Anada ni best kata dia. Adik aku try hari tu pun dia kata best. Ntah tang mana yang best, sebab dia cepat kering kot. Aku nak tepek gambar pun takde kat google langsung. Memang tak glemer la agaknye. Mase kat Sunway Pyramid pun asben aku kata dah tinggal 2 botol je Anada ni, pastu macam stok lama. Dah nak pupus in the market agaknye. Abihla laki I kegersangan :P.

*Updated*
Dah dapat gambar minyak rambut Anada. Susah2 aku google, bukan ke ada atas dressing table dalam bilik nih. Ish ish ish.


Makan dekat TR ni pun sebab asben nak pujuk aku la ni. Aku ajak tengok wayang cite The Avengers sebab review kate best gilos kan. Tiket pukul 2 lebih punye dah sold out, tinggal yang pukul 4 lebih punya, asben pulak pukul 5 dia ada meeting dengan kengkawan dia. Kecik ati aku tau. Aku diam jela dah asben berkate begitu, asben tengok muke aku pon dah macam oren kecut agaknye tu yang dia pancing aku makan kat TR ni. Tau2 je mata aku duk jeling je TR. Sonang kan pujuk aku, sumbat makanan je. Kihkihkih. Terus muke kegirangan. Mari saksikan punca2 penambahan lemak pada hari tersebut..yeahhh. Sekali sekale makan bulehla..hali-hali bengkelap loh...

 Kickin' Shrimp. Patutnye aku order ni satu je dah kenyang dah..ikut napsu ler ni. Atas tu udang, bawah tu salad. Tak abis nih...bungkussss...rugi2 jangan tinggal.

Aku punyer - Bountiful Beef Ribs (Roma Rack - ada 3 ketul ribs).
Makan seketul je rib, asben amik seketul, french fries dengan mashed potatoes bungkus bawak balik. Asben tak marah kerane bini merajuk punye pasal. Ikutkan ajer. Hikhikhik.

Asben punyer - Shrimp Scampi Pasta. Bulehla..aku suke Chicken Alfredo Florentine lagi.

Makan je ke di Sunway Pyramid? Oh tidak...semestinye tidak kerane Body Shop ada buat sale mase aku pegi tuh. Compact powder aku dah selamat berkecai dek kerane papa Aqeel biarkan Aqeel main bedak aku bagaikan bouncing ball maka aku pun beli la sebijik compact powder. Apa kata nama yang betul untuk bedak? Seketul compact powder? Maybe sebuah, ye aku pun membeli sebuah compact powder, 2 in 1 sekali dengan foundation katenye. Pakai di muka yang basah boleh, time muka kering pun boleh. Best tau body shop nye bedak ni, kalau aku pakai brand lain memang tak sesuai dengan muka aku, ntah kenapa, bercapuk2 jadi. Yang ni nampak natural je, warna bedak pun sesuai dengan kulit, tak gelap tak cerah, seswai dengan kulit Asian gituh. Dapat 20% discount, tambah lagi 10% sebab ada membership. After less dapat RM50++. Tak ingat exact amount, sowieee.

 Fonction? No 04 sesuai dengan kulit aku.



Hasilnyer...
Montelnyer la haih fomfuan nih. Ni aku pakai tudung Radiusite Mila. Sungguh selese dan terbentuk di muke. I loikeee.

Opsss terpanjang puler entry ini. Till then...toodles...

~Wanie~