Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

31 October 2014

Anakanda mama, Amani Sofea, bidadari syurga...

Salam Sofea..

Mama rindu Sofea..wajah mulus Sofea yang cantik, yang suci.

Lama mama tunggu nak dakap Sofea, nak tatap wajah comel anak mama..

Mama bayangkan yang indah-indah untuk Sofea sepanjang mama mengandungkan Sofea..

Mama bayangkan Sofea membesar dengan sihat, bermain dan belajar dengan Abang Aqeel, bersekolah..macam-macam lagi yang indah-indah mama bayangkan untuk Sofea..

Mama bayangkan lepas ni Abang Aqeel ada kawan..ada adik Sofea yang menyayangi abangnya. Abang Aqeel ni ada potensi nak kena buli sebab dia manja orangnya.. nanti adik Sofea yang protect abang Aqeel..

Mama dah sediakan macam-macam kelengkapan Sofea..abang Aqeel dah 4 tahun kan..mama excited beli itu ini untuk Sofea..

Tapi mama lupa..mama lupa..
Mama hanya merancang..
Allah jualah yang Maha Berkuasa..

29 January 2014

Kerjaku di kilang kicap

Phew..lama sudah tinggal blog gue. Kok ditinggalin berhabuk blognye. Puh..puhhh.

Aktiviti memang banyak aku buat. Tapi semua menjurus kepada makan. Haha. Well, see the vontot please.

Kalau tengok apa yang aku follow kat instagram. Hampir semua berkisar makanan. Kate hobi kan. Ok nanti korang scroll bawah2 sikit la nanti jumpa gambar makanan ok. Ni cite lain dulu.

Sekarang aku dah tak letih tejelepok bagai bawang putih yang ditindas mak tirinya lagi. Sebabbbb...opis baru pindah dari seri kembangan ke seksyen 22 shah alam. Aku kan dok shah alam :P.

Muahahhahaha gelak evil lebih sikit ditujukan pada neklah. Rejeki2..aku pon tak sangka. Masa aku dapat keje kat seri kembangan sinun..kampeni ni mmg tgh cari bangunan utk pindah. Tapi aku budget mesti cari area-area seri kembangan jugak..tak pon cheras.

Elokla pindah..kat bilik aku keje tu ekon pon dah rosak..tikus pon tetibe wujud entah dari mana. Siap gigit kaki colleague aku lagi. Hahaha lawak weh. Aku tak kena memang la kate lawak. Kalo aku yang kena mau menangis terus ambik injection tetanus.

Bak kate hr lama dulu, ramai yang datang intebiu tapi bila sampai je depan opis, dan-dan la ada yang takmo masukla, buat-buat tak jumpa jalan la. Hahaha. Maklumla rupa bangunan cam kilang kicap. Bukan aku yang kate.. akak tu yang kate. Kahkah.

Masa intebiu dia tanya aku, "Kamu tak kisah ke keje tempat macam kilang kicap ni?". Aku kata "saya ok je kat mana-mana pon asalkan kerja". Padahalll..drama kot sebelum aku masuk. Nak masuk tak masuk kakakka.

Aku pon buntang bijik mata masa sampai. Biar betul tempat ni. Nama kemain canggih. Sampai adik aku pon kate, "Tempat ni wani nak keje?? Ni??". Masa tu adik aku safwan yang anta aku.

Masuk jela dulu..dalam opis ok kot..pujuk hati sendiri aku masa tu. Tertelan-telan air liur aku sampai kenyang la. Cea cea..alasan padahal kenyang makan roti canai sebelom intebiu. Haha.

Kilang kicap lagi cantik ok..tapi manager baru aku kata..masa agensi pekerjaan tu call dia untuk intebiu, orang agensi tu dah sound awal-awal..jangan terkejut tengok opis kampeni ni, memang buruk tapi opis diorang dah nak pindah.

Manager aku kata, masa sampai-sampai dia rasa taklah teruk sangat, macam workshop kereta je. Yolah tu..dah ekau orang agensi dah warning pasal opis buruk. Cuba tak warning..aku rasa ko pon dan-dan sesat sampai ke sudah kot. :P

Colleague aku sorang lagi kelakar. Kawan dia nak datang opis nak ajak lunch sama, mati-mati dia kata takpe2 dia tunggu dekat tempat lain je, opis susah nak carik. Padahal dia malu nak ngaku keje kat situ. Haha bole bayangkan tak.

Tapi aku tak kisah pon. Tempat mencari rejeki halal weh. Ape ade hal kalo skali2 tikus melintas depan ko..ternampak nepal dgn vietnam belenggeng pakai towel dok peewit2 ko..hampir terpijak puppy sedang enak lena diulit mimpi. Kahkahkah.

Nepal ngan vietnam tu bangunan sebelah tapi dalam satu compound sebab dua2 building tu satu owner. Building sebelah dua tingkat..bawah tempat diorang buat keje, tingkat atas tempat tinggal diorang.

Tu yang kadang2 diorang ni bersidai dengan towel je. Kata kat rumah kan. Sabor jela. Nasib tak penah jumpa spender jantan jela melayang-layang. Kalo towel belang-belang selalu la aku nampak. Eh nampak sangat aku menjeling tingkat atas bangunan sebelah. Euuwww hahaha.

Dah..panjang pulak aku nye cerita. Eh opis baru aku cantik tau. Haha eksen sikit. Sejukkk..ekon kuat ala2 di eropah gitu. Hari first start keje sejukkk sangat. Lupe nak bawak winter coat. Tu yang kene pakai benda alah bawah ni. :P


Tantek tak baju kak ton?


Kelakar ke kalau jahit lace kat hujung shawl camni? Nampak pelik ke?


Seperti biasa..nah gambar makanan. Cube cari instagram chot_fadhlie. Kuih sapit tengah2 ada nutella@peanut butter. Aku suka yang peanut butter. Kruk krak kruk krak tau2 je dah nak habis. Ceis.

Okla..seperti biasa cerita aku mana ada ending.haha. mohon pasrah. Tatatattatatata.

24 November 2013

Keje taknak, duit nak!

I remember once ada sorang ni cakap tepet kat aku, "keje taknak, duit nak!". Masa tu Allah je yang tau betapa sedihnya aku.

Masa tu pulak memang tengah cari keje sebab dah takde duit biasiswa tpm yang "membantu" sangat tu. Struggle la nak belajar lagi nak cari keje lagi nak bayar segala bil loan bagai lak kan.

Masa tu memang tengah cari keje like crazy gakla. Dahla stress pikir blaja lagi, anak kecik pulak lagi kan, asben akulak slalu outstation. Dapat pulak ayat setepet camtu, peh. Menusuk kalbu.

Aku memang jenis tension camne pon aku diam. Paling kuat menangis sorang diri. Aku tak reti nak share2 masalah sangat. Walau aku kate aku tengah cari keje mcm nak gila, bukan aku war2kan pon. Tu yang kene ayat "kerja taknak, duit nak" tu.

Sampai skarang aku ingat lagi kata2 tu. Nak kata life dah improved skarang ni pon taktau nak kate sangatla. Aku still lagi bergelar pelajar, dah bergelar pekerja dan sambung tugasan biasa as a mama and as a wife.

Cuma tambah title pekerja je. Bangga tu tidak tapi lebih kepada lega sebab tak payah hadap kata2 nista caci maki orang sebab tak bekerja, dalam erti kata lain tak berduit la kan.

Cita2 memang nak duk rumah buat bisnes on9, rezeki tu ada cuma belum cukup utk tampung keperluan lagi.

Tidak sekali2 nak menyusahkan mak bapak kan. Ape ke he sampai ke tua nak nyusahkan orang tua.

Salah ke aku nak jadi suri rumah duduk rumah jaga anak? Aku rasa rugi sangat kalau aku sia2kan masa bersama Aqeel masa dia masih kecik ni. Masa ni lah aku nak peluk cium 24 jam, nak Aqeel ada di sisi aku sentiasa, masa ni lah anak sentiasa mengharapkan aku ada dekat, aku pon rasa diperlukan.

Satu hari nanti, Aqeel pon akan ada life dia sendiri. Masa tu Aqeel pon mungkin dah start bina life sendiri, busy cari isteri buat peneman hati, bina kerjaya, sambung belajar. Eh tak dapat bayangkanla betapa sunyi masa tu bila anak2 dah besar.

Cuma sekarang keadaan memaksa. Aku tak boleh berhenti keje. Aku nak sangat berhenti tapi tak dapat. Aku nak duduk rumah jaga anakkkk huhuhu.

Tang kejian tu mungkinla buat bernanah telinga tapi aku lebih pikir anak. Tapi tetap tak boleh, banyak komitmen.

Ahhh..biarkan jela masa menentukan.

14 November 2013

Mini playground for Aqeel

Cak!!!

Birthday Aqeel semalam, 13 November..malangnya aku demam dengan teruknya la pulak. Maka takdela celebration untuk si tonet. Bukan Aqeel tau pon mak dia tak beli kek. Kahkahkah.

Cian lak la pulak kat Aqeel. Incik Daus lak kat Beijing. Senyap sunyi je takde kepak kepung jamuan besday untuk anak bujang aku tu.

Sebenarnya dalam hati nak beli mille crepe yang popular bebenor skang ni. Sedap giles orang kate. Sedap ke tak wajib la aku beli dulu kan. Nantikan review dari gue.

Ni salah satu tempat untuk dapatkan mille crepe. Foodsbury kat seksyen 9, shah alam. Area sebelah Shell. Aku tak penah makan pon lagi kat sini tapi makanan sume nampak tempting.



Slurppp...

Untuk birthday present, aku dah plan nak beli mini play ground untuk Aqeel. Budak kenit ni penakut ya amat. Ada ke bawak gi public playground suh aku naik tangga skali ajak turun slide. Asik nak duduk bawah ketiak mak.

Jangankan kata buntot, lengan bonda ekau pon tak muat nak untuk turun slide tu.

Plannya weekend ni kalo takde aral nak pegi kedai Ummi Nayli Collections kat Kg. Pandan tuk dapatkan mini playground ni.



Opsss siaran tergendala sebentar sebab aku gi beli mille crepe. Muahahaha dasar. Silekan jamu mate. Almond Salted Caramel Mille Crepe.





Sedap!!! Lemak berkrim..rasa susu2 camtu. Tang almond rangup2 tu pon sedap. Manis skit tapi yummy la.

Selebihnya mari bejemaah menatap gambar makanan.


Ledakan kolestrol. Tony Roma's Kickin' Shrimp. Tak dapek di tempat lain. Sedap menjilat jari.


Seafood Aglio Olio Spaghetti kat Restoran Big Brother Seksyen 7, Shah Alam. Pedas tapi sedap. Lulus! Nyum2. Wajib repeat order. Price RM19.90 tak silap aku.

Akhir skali..besday boy.


Okla...tatatatatata.

22 September 2013

Makan lagi la pedulik ape

Biarkan tajuk cari pasal. Benci aku lemak aku ni. Diet separuh mamps pon ko makin naik makin naik.

Kong ajo sket lemak aku ni. Masa kecik mesti mak bapak lemak tu tak ajor adab. Bhahaha.

Nah..hadapla gamba seketol burger yang enak bangat.


Mana nak dapatkan burger ini murid2? Di paddington house of pancakes cikgu.

Hoih sedapla pancake dia. Lembut gebu sexy. Lagi sedap sebab sos dia tula. Ni Incik Dausnye meal tapi aku rasa setingkat setengah burger ni aku yang bedal kot bhahahaha.

Biar aa aku dengki. Kalau keluar memana kan, kalau kitorang dua nak order makanan baru, kira dua2 org tak pernah try lagi kan..

Mesti Incik Dausnya order lagi sedap dari aku. Pastu aku mesti curik makanan Incik Daus banyak2. Hahaha ada jeling je lakiku itu padaku. Ke sebenarnya aku ada sindrom melayu dengki kahkah. Orang lain punya suma nampak best. Sendiri punya suma tak best. Kikiki.

Lari topik lak. Burger ni tahla apa nama, lupa nak take note tajuk makanan nih. Daging dia tu boleh tahan cam juicy2 gitu. Pancake dia best pastu sos dia pon best.

Paddington house of pancakes ni kat shah alam mall, seksyen 9 shah alam.kat tingkat bawah skali. Tingkat bawah ni ala2 food court. Aku order makanan dari kedai sebelah tah apa nama kedai.

Ni dia makanannya...


Apa tah tajuk makanan ni. Cottage pie ke apa? Lupa la..boleh tahan jugak. Atas tu mashed potatoes, bawah kentang tu daging cincang ala2 inti nachos camtu. Boleh tahan la.



Yang ni pulak kawan opis aku bagi. Dia pergi johor pastu balik tu dia bagila sorang sebijik makanan ni. Apa benda pon aku taktau, chinese punya makanan la. Tapi halal eh don weri.

Sedap gak makanan nih. Aku dah buang sebenarnya plastik ni tapi pastu aku korek balik tong sebab next time nak cari lagi hikhik. Sedap gak makanan ni. Taktau nak describe. Ada bijan kat luar2 puff tu. Dalam inti dia macam manis2 tak manis sangat. Sedang2 gitu.

Pada akula sedap. Aku memang susah nak cakap tak sedap punya orang kehkeh.

Panjang lak bebel. Entri diakhiri dengan gambar makanan lagik tapi takda cerita pasal makanan ni sebab aku malas. Bhahaha.



Tatatititutu.

10 September 2013

Senonohnye

Agak2 boleh teka tak benda apakah ini? Hahaha.

Coklat ni boss bg kat colleague aku. Masa bos bagi tu aku belum join kampeni ni lagi *kang orang kate aku dipinggirkan oleh bos kan. Nak gak bagi keterangan kikikiki*.

Taktau benda ni dalam laci colleague aku dah berapa lama, dah expired ke belum. Dapat kat aku, aku bedal je haha walopon hakikatnya coklat ini berupa sebuah errrrr kondom. Hahaha. Bile dah masuk mulut baru kembang tekak aku.kuikui perisa stoberi lak tu.


Errrmmm..dap2nya..mana tak kembang tokak den, lupa nak buat timbang tara ingredient coklat ni. Aiyakk..pasghah itu menyeghah.