Pages

Jom click! Help me buy Aqeel new clothes and toys ;-)

Daisypath Anniversary tickers

14 March 2012

Deco deco deco - Master bedroom

Hellow there...

Bilik aku yang sekarang duduk dekat rumah parents aku ni bertemakan warna coklat. Jadinya bila nak masuk rumah sendiri ni, aku rasa nak tukar la pulak. Kalau boleh nak warna yang sejuk mata memandang sebab nanti bila dah seharian penat lelah berkeroje kan, bilik tidur la tempat untuk cari ketenangan. Sekarang ni memang aku takde aim mana-mana perabot lagi, tapi kunun-kunun aku nak tema yang moden-moden sebab nya katil moden ni rendah sikit kan berbanding jati. Kalau katil jati harap maklumla memang tinggi, Aqeel dah penah tertiarap jatuh dari atas katil, nasib baik aku memang ready tilam dekat hujung katil. Mama ngan papa Aqeel ni tidoq mampuih jadinya Aqeel ni pi explore dari kepala ke hujung katil time kitorang tidur. Terkujat mama ngan papa dia ni dengar bunyi gedeguk. Huhu...seb baik Aqeel ek ek sikit je sebab tak sakit jatuh atas tilam, mungkin terkejut jela kot. Tula Aqeel dah lagak superman takmo gak bila bagi tidur kat katil dia sendiri, nak gak menyelit tidur bawah ketiak mama ngan papa yang harum. Kuikui.

Pilihan untuk bilik master nanti ada dua warna je aku aim. Satu warna tiffany blue, satu lagi warna purple. 2-2 warna yang sejuk mata memandang. Warna pink papa Aqeel reject sereject-rejectnye, tak kira la soft pink ke shocking pink ke. Kakaka bukannya orang nampak pon papa oiii tido bilik pink

Tiffany Blue Theme








Purple Theme




Pink Theme




 Combination Tiffany Blue & Pink







All pics from google


Semuanya cantik-cantik. Yang penting walaupun tema warna bilik tu katakan purple, kita boleh jugak combine dengan pink ke, dengan putih ke..kalau semuanya warna purple kelam je rasa suasana bilik kan. Macam combination tiffany Blue & pink jugak, tak nampak pelik pun combine dua warna ni, nampak cantik lagi ada, berseri-seri je. Mungkin cat dinding boleh pilih warna tiffany Blue, cadar pulak pilih yang pink-pink sikit macam gambar bawah sekali, dah nampak unik, masih lagi sejuk mata memandang. Ataupun dinding warna pink langsir pilih warna tiffany blue, carpet ke...Macam-macam cara boleh deco, tinggal lagi rajin ke tak rajin nak survey-survey kan. So...nantikan jela skill I mendeco bilik di segmen akan datang. Hahaha poyosss.


13 March 2012

Shawl and tudung cantek la

Semua blogger tegar confirm kenal punya Green Apple a.k.a kak Diana Ishak. Baru-baru ni Kak Di dah start buat business online jual shawl oh and ada jugak blouse. Aku pun apa lagi pantang la kalo nampak benda-benda nak dijual ni especially tudung ke shawl ke..Browse punya browse jumpa la yang berkenan, apo lagi aku pun e-mail kak Di tanye pasal shawl ni. Hari ni aku pun dah dapatla shawl pilihan hati, walamakkk vavavoom...100% silk, kain lembut gemalai, design cantik sangat kalau tengok live and yang penting berkualiti. Memang puas hati la aku. Sesuai dengan harga. Automatik aku punya baju raya tahun ni tema purple. Kuikuikui. Dapat-dapat shawl ni tak sampai 2 minit dalam tangan terus aku basuh sebab dah tak sabar nak pakai.

 Ni la warna shawl pilihan aku, purple lembut gitu.

Lain kali kalau Kak Di ada jual lagi shawl ni, aku nak beli yang bawah ni pulak sebab warna semuanya cantik-cantik...sekarang takleh beli dah, budget dah lari 500 meter ke hadapan.






Oh selain tu, aku pun ada beli jugak tudung Al-Humaira' Contemporary tapi aku bukan beli direct dari website diorang sebab masa aku nak beli tu dah sold out. Aku beli dari My Baby Bluebird sebab dia ada jual pre-loved item. Memang rezeki la dapat pulak beli dengan harga half price sebab pre-loved kan oh and plus RM5 untuk pos. Tapi katenye belum pernah dipakai. Pun aku dapat hari ni jugak, memang nampak baru. Kalau kena dengan baju memang cantik tudung ni. Cuma sebab dah berkenan sangat design tudung ni, aku rembat je la kaler maroon pun, jadi baju raya kedua aku tahun ni adalah maroon. Huahuahua. Puasa pun ganti tak abih lagi. Opss. Mungkin aku akan jahit manik kot (kalau rajin la) nak bagi nampak outstanding lagi.

Warna ni la yang aku nak...Cantik kan? Kan?

Ataupun yang ni...Tapi sold out saje...

Yang aku beli pre-loved tu yang ni, tantek jugak kan, kena pandai match dengan inner je.

Shopping je keje aku. Bila sampai tengah bulan macam ni, terkorek-korek wallet kot-kot terselit barang singgit due T__T.

12 March 2012

I gedik, aku tak gedik

My friend, si Maimok kate I gedik sebab nak ber "I" dalam blog, dia kata tak sesuai sebab rasa gedik maybe sebab kitorang memang kasaq gedegaq kata orang utara.  Senang ok type I,I,I kan senang tu berbanding aku,aku,aku. Tapi memandangkan dia dah mengkeji I, mulai hari ini, I adalah ditukar kepada aku. Yeee tauuu...sememangnya aku adalah ganas secara semulajadi. Maka Maimok...aku dah tukar ok. Dengki tau ko ni. Daripada orang nampak aku macam ni....


Terus jadi macam ni.....



 Lain kali aku jumpa ko Maimok, aku buat macam ni..

Rasakan!

Oh ye..pic from google. Kang kene saman pulak.

09 March 2012

:(

I'm feeling really down. Too much stupid mistakes I did, if just I could turn back time. I would if I could. But if I change it, will it turn out to be perfect the way I want it to be? I'm confused. Is it really me that have made that really bad decision or...it is the best for me. Ya Allah, please guide me. Aku hambaMu yang lemah.

Apakah?

Semalam I pergi Mydin shopping sesikit barang dapur, penjimatan bergande ok kalau beli barang dekat Mydin. Cea tetibe promote. Sampaila kat tempat buah-buah. Sekali ternampak buah ni. I blur-blur, mangga ke ni, apesal kecik gilos? Sebijik-sebijik I belek, label pulak takde dekat buah tu. Selama 27 tahun hidup I tak pernah jumpa lagi buah ni, biar betul. Hahaha betul-betul duk bawah tempurung. I tanya mak I, jawab ibunda, "Kalau orang utara panggil buah "staq". Orang sini panggil mak tak ingat". Hmm...nak tanya bangla Mydin yang timbang buah ni lagila malu weihhh. So I pun kaut-kaut pi timbang, sekali dekat bar code yang ditampal after timbang buah tu pun takde tulis daaa. Punah harapan nak tau nama buah ni. Main beli je. RM7.99 sekilo. I beli setengah kilo. Balik-balik I pun letak je dalam pinggan. Bila hubby balik, "Waaa ada buah kundang, lama tak makan buah kundang". Yeayyy! Berjaya berjumpa jawapannya. Rupanya buah kundang nama dia. Punya la I bebal buah pun tak tau. Kakakaka. Hubby kata, kalau buah kundang yang jenis bulat-bulat punya manis, yang bujur ni masam. Bila rasa, aah memang betul pun. Masam ya amat. Saper mengandung boleh la agaknya makan buah ni, sebab masam gilos. I tak tahan sebab tak suka masam. Sempena jumpa jawapan, I nak bagi pantun sikit la.

Hitam-hitam si tampuk manggis, 
Makin dipandang makin manis,
Oren-oren si buah kundang,
Pandang lama mana pun tak manis-manis. 


08 March 2012

Deco deco deco - Makan place

Cak!!!

Eh tetibe dah ter ada pulak label under deco pulak :P. Sekarang ni renovation progress dah boleh kata 80%. Yang tinggal sekarang hanya kitchen cabinet and main gate. Wiring lampu lampi kipas insyaAllah end of this week kontraktor nak settle kan. Dah nak siap ni mula la gatal je tangan cari deco sana deco sini. I rasa dapur I tak muat la kalau I nak letak meja makan walaupun kecik macam ni. Terpaksala makan dekat dining area bukan dalam kitchen. Kalau tak ahkak dah verangans nak buat macam kat bawah ni. Untuk kegunaan harian, untuk makan hari-hari, kirenye tak la kacau dining table marble (konon) yang nak beli nanti tuuu. Nampak comel and simple je untuk makan 3 orang je. Mama, papa, Aqeel...



Yang ni cantik tapi meja kecik gila, lauk ceduk dari periuk la jawabnya, no hidang-hidang. Ni sesuai untuk minum-minum petang je.
 


Yang ni jugak paling ok. Biar betul minah ni?

Betulllll 

Daaaaa...